5.1 Keupayaan negara membangun untuk melaksanakan syor dalam Kod ini hendaklah diambil kira.
5.2 Dalam rangka mencapai objektif Kod ini dan menyokong pelaksanaannya secara efektif, negara-negara, organisasi antarabangsa yang berkaitan, baik kerajaan maupun bukan-kerajaan, dan institusi kewangan hendaklah memberi pengiktirafan sepenuhnya kepada keadaan dan keperluan khusus negara-negara membangun, dan di antara mereka diutamakan negara-negara yang paling kurang membangun, dan negara pulau kecil yang sedang membangun. Negara-negara, organisasi antara-kerajaan dan bukan-kerajaan dan institusi kewangan yang berkaitan, hendaklah berusaha mengambil langkah untuk memerhatikan keperluan negara membangun, terutama dalam memberi bantuan kewangan dan teknikal, pemindahan teknologi, latihan dan kerjasama saintifik dan dalam meningkatkan kemampuan mereka untuk membangunkan perikanan mereka sendiri, serta turut serta dalam perikanan laut lepas, serta kemasukannya ke perikanan tersebut.
Kemaskini pada 2014-12-29 16:04:36 daripada Portal Administrator