4.1 Semua anggota dan bukan-anggota FAO, entiti penangkapan ikan dan organisasi serantau dan global, baik kerajaan atau bukan-kerajaan, dan semua yang berkenaan dengan pemuliharaan, pengurusan dan pemanfaatan sumber perikanan serta perdagangan ikan dan produk perikanan, harus bekerjasama dalam memenuhi dan melaksanakan objektif dan prinsip yang terkandung dalam Kod ini.
4.2 FAO, sesuai dengan peranannya dalam sistem Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu, akan memantau pemakaian dan pelaksanaan Kod dan kesannya terhadap perikanan dan pihak Sekretariat akan melaporkan kepada Jawatankuasa Ke Atas Perikanan (COFI). Semua negara-negara, samada anggota mahupun bukan anggota FAO, begitu juga organisasi antarabangsa yang berkenaan, baik kerajaan mahupun bukan-kerajaan hendaklah secara aktif bekerjasama dengan FAO dalam tugas ini.
4.3 FAO, melalui badannya yang berhak, boleh mengkaji semula Kod ini dengan mengambil kira perkembangan perikanan dan melaporkan kepada COFI mengenai pelaksanaan Kod ini.
4.4 Negara-negara dan organisasi antarabangsa, baik kerajaan mahupun bukan-kerajaan, hendaklah menggalakkan
Kemaskini pada 2014-12-29 16:04:10 daripada Portal Administrator