Sejak dahulu, penangkapan ikan sudah merupakan sumber utama makanan bagi manusia dan menyediakan pekerjaan dan faedah ekonomi kepada mereka yang telibat dengan aktiviti ini.Kekayaan sumber akuatik adalah pemberian alam yang tidak terhingga.Walaupun begitu, dengan meningkatnya pengetahuan dan pembangunan perikanan yangdinamik selepas perang dunia kedua , mitos ini telah beransur-ansur hilang dalam menghadapi kenyataan bahawa sumber akuatik, walaupun boleh diperbaharui, bukanlah tidak terbatas dan perlu diurus dengan sewajarnya, jika sumbangannya kepada pemakanan, ekonomi dan kesejahteraan sosial penduduk dunia hendak dimapankan.
Dengan pengenalan Zon Ekonomi Eksklusif (ZEE) yang meluas pada tahun tujuh puluhan dan penerimapakaian pada tahun 1982, selepas dipertimbangkan dengan teliti, Konvensyen Undang-Undang Laut Bangsa-Bangsa Bersatu menyediakan rangkakerja baru bagi pengurusan sumber marin yang lebih baik. Regim perundangan baru laut memberikan negara-negara pantai hak dan tanggungjawab untuk mengurus dan mengguna sumber perikanan di dalam ZEE mereka yang meliputi 90 peratus dari perikanan marin dunia. Pertambahan bidang kuasa negara ini adalah perlu tetapi tidak cukup langkah langkah yang diambil kearah pembangunan dan pengurusan sumber perikanan yang mapan. Banyak negara negara pantai terus menghadapi cabaran yang serius, kerana kekurangan pengalaman dan sumber kewangan dan fizikal, mereka berusaha untuk mendapatkan faedah yang lebih dari
Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, perikanan dunia telah digerakkan oleh pasaran, sektor industri makanan yang membangun dengan dinamik dan negara-negara pantai telah berusaha untuk mengambil faedah peluang baru denga melabur di dalam armada penangkapan perikanan moden dan kilang-kilang memproses bagi memenuhi permintaan ikan dan produk ikan dunia yang semakin bertambah. Di akhir tahun 1980an, adalah jelas, bahaw sumber perikanan tidak lagi dapat menampung pembangunan dan eksploitasi yang cepat dan tidak terkawal, dan pendekatan baru pengurusan perikanan yang meliputi pertimbangan pemuliharaan dan pengurusan sangat diperlukan. Keadaan ini menjadi lebih meruncing dengan kesedaran bahawa perikanan yang tidak terkawal di laut lepas, di setengah keadaan melibatkan spesies ikan "highly migratory" dan "straddling", yang terjadi di dalam dan di luar ZEE, telah menjadi perhatian.
JawatanKuasa keatas Perikanan (COFI) di Sessi Sembilan Belas pada March 1991 telah menyeru kepada pembangunan konsep baru bagi mencapai perikanan yang mapan dan bertanggungjawab. Seterusnya, International Conference on Responsible Fishering, pada 1992 di Cancun, Mexico meminta FAO menyediakan kod amalan antarabangsa bagi menangani perkara ini.Hasil dari persidangan ini, terutamanya, Deklarasi Cancun,adalah sumbanga yang sangat penting kepada United Nations Conference on Environment and Development (UNCED),tahun 1992, terutamanya Agenda 21. Seterusnya,United Nations Conference on Straddling Fish Stocks ang Highly Migratory Fish Stocks telah diadakan, dimana FAO menyediakan sokongan teknikal yang penting.
Mengambil kira perkara-perkara diatas serta lain-lain perkembangan yang penting di dalam dunia perikanan, Badan Pemerintah FAO mencadangkan formulasi kod amlan perikanan yang bertangungjawab global yang konsisten dengan instrumen-instrumen ini dan, di dalam keadaan yang sukarela, menetapkan prinsip-prinsip dan piawaian yang boleh digunakan bagi pmuliharaan, pengurusan dan pembangunan semua perikanan. Kod ini yang telah diterimapakai sebulat suara pada 31 Oktober 1995 oleh Persidangan FAO, menyediakan rangkakerja bagi usaha negara dan antarabangsa bagi menentukan eksploitasi sumber hidupan akuatik yang mapan serta harmoni dengan persekitaran (Lampiran 2)
FAO, dengan mandat yang diberikan, adalah komited sepenuhnya untuk membantu ahli-ahli nya, terutama negara yang sedang membangun, dalam melaksanakan denga berkesan kod amalan perikanan yang bertanggungjawab dan akan melaporkan kepada komuniti Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kemajuan yang dicapai dan tindakan selanjut yang akan di ambil.
Kemaskini pada 2014-12-22 17:58:55 daripada Portal Administrator