A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: session_start(): open(/var/lib/php/session/sess_92qoqo3ep94q895g54352n40d5, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: libraries/Session.php

Line Number: 141

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Garis Panduan Skim Bantuan Pekebun Kecil

GARIS PANDUAN SKIM BANTUAN TANAMAN DAN AKTIVITI PELBAGAIAN LUAR BANDAR BAGI MEMBANTU PEKEBUN KECIL GETAH DAN KELAPA SAWIT

KELAYAKAN PESERTA.

Peserta yang layak terdiri dari pekebun kecil kelapa sawit atau getah yang mempunyai keluasan kebun 4 hektar atau kurang, termasuk peneroka skim pembangunan tanah agensi Kerajaan iaitu :-

i) Pekebun kecil kelapa sawit atau getah yang tidak layak menyertai skim tanaman semula yang sedia ada oleh kerana pokok yang belum cukup umur untuk ditanam semula.

ii) Pekebun kecil kelapa sawit atau getah yang mempunyai kurang dari 4 hektar dan mempunyai pokok yang sesuai untuk ditanam semula tetapi tidak bersetuju menyerahkan tanah mereka bagi program tanam semula secara berkelompok yang dijalankan oleh agensi pembangunan pekebun kecil seperti FELDA, FELCRA atau RISDA.

iii) Pekebun kelapa sawit atau getah yang mempunyai pokok yang sesuai untuk ditanam semula dan bersetuju menyerahkan tanah mereka bagi program tanam semula secara kelompok yang dijalankan oleh agensi-agensi pembangunan pekebun kecil FELCRA, RISDA, FELDA, LGM, LIGS dan SLDB.

SKOP BANTUAN

Bantuan ini bertujuan untuk menggalakkan peserta menjalankan kegiatan-kegiatan menambah pendapatan dengan melaksanakan kegiatan-kegiatan pengeluaran bahan makanan seperti penanaman sayur-sayuran, buah-buahan, tanaman kontan, ternakan dan akuakultur. Peserta juga boleh menjalankan kegiatan pertanian lain seperti penanaman bunga-bungaan dan tapak semaian. Di samping itu, skim bantuan juga merangkumi industri hiliran seperti memproses bahan makanan, pembungkusan, pemasaran hasil pertanian, pengeluaran kraftangan dan pelancongan asas tani. Bantuan akan diberi dalam bentuk pemberian input, peralatan dan/atau perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalankan projek menambah pendapatan yang dicadangkan. Justeru itu, bantuan adalah untuk pembelian bahan tanaman, baka ternakan, input pertanian, makanan haiwan serta kerja-kerja penyediaan kawasan dan penyediaan kemudahan-kemudahan yang berkaitan. Had bantuan bergantung kepada keperluan projek yang dicadangkan dan tidak melebihi RM 10,000 bagi setiap peserta yang layak.

Bagi negeri Sabah dan Sarawak, bantuan dalam bentuk wang tunai boleh dipertimbangkan. Tuntutan hendaklah dibuat dengan resit dan disahkan oleh Pengarah Pertanian Sabah dan Pengarah Pertanian Sarawak.

JENIS-JENIS PROJEK.

a) Projek Tanaman.

Projek ini akan memberi tumpuan kepada penanaman tanaman-tanaman jangka pendek di kawasan-kawasan kelapa sawit atau getah yang baru melaksanakan penanaman semula. Jenis tanaman yang dipilih ialah yang cepat mengeluarkan hasil seperti sayuran dan tanaman kontan termasuk jagung, pisang, betik , tembikai, nanas dan sebagainya.

Penanaman buah-buahan jenis kekal hanya akan digalakkan bagi kawasan-kawasan tanam semula getah yang mengamalkan "Sistem Pepagar" atau kawasan-kawasan kelapa sawit dan getah yang ingin bertukar kepada tanaman buah-buahan (Exit Scheme).

Selain dari tanaman makanan , galakkan juga akan diberikan kepada projek bunga-bungaan dan tapak semaian.

Contoh-contoh bantuan yang boleh dipertimbangkan ialah :

Pembersihan / penyediaan kawasan
Bajak / rotor / membina batas
Perparitan
Sistem pengairan
Benih / Bahan tanaman
Input Pertanian (kapor, baja, racun perosak)
Pagar
Peralatan (pam air, pam penyembur)
Rumah naungan

b) Projek Ternakan

Projek ini memberi tumpuan kepada projek integrasi ternakan di kebun kelapa sawit atau getah. Di samping itu projek ternakan secara "feed lot" turut digalakkan. Contoh projek ialah ternakan lembu, biri-biri, ayam daging dan ayam kampong .

Contoh-contoh bantuan yang boleh dipertimbangkan ialah :-

Baka ternakan
Kandang
Reban
Pagar
Makanan ternakan dan ubat-ubatan
Peralatan

c) Projek Perikanan

Projek ini akan melibatkan penukaran sebahagian dari kawasan getah atau kelapa sawit kepada kolam ikan untuk ternakan ikan air tawar. Selain daripada itu projek ini juga boleh dijalankan di luar kawasan (off farm) seperti projek ternakan ikan sangkar di kawasan tasek, lombong atau sungai.

Contoh-contoh bantuan yang boleh dipertimbangkan ialah :-

Penyediaan kolam
Benih ikan/ udang
Makanan ikan dan ubat-ubatan
Sangkar ikan
Peralatan

d) Projek Industri Hiliran

Projek-projek yang boleh diusahakan ialah projek-projek yang boleh memberi nilai tambah terhadap hasil-hasil pertanian. Ini merangkumi aktiviti pemprosesan dan pengeluaran kueh tradisional. Contoh projek ialah kerepek pisang, kerepek ubi, keresik kelapa, nata de coco dan pengeluaran kueh-kueh tradisional seperti bahulu, dodol , cakar ayam dan lain-lain lagi. Selain dari pemprosesan bahan-bahan makanan, pengeluaran kraftangan menggunakan bahan-bahan dari hasil pertanian akan turut digalakkan.

Contoh-contoh bantuan yang boleh dipertimbangkan ialah :-

Bangunan/Bengkel
Peralatan dan mesin
Alat-alat pembungkusan.

 

CARA PERMOHONAN

a) Permohonan Secara Individu

Permohanan secara individu hendaklah menggunakan borang yang disediakan ( Lampiran 1). Borang ini boleh didapati di Pejabat Pertanian Daerah, Pejabat Haiwan Daerah, Pejabat Perikanan Daerah, Pejabat RISDA Daerah, Pejabat Pertubuhan Peladang Kawasan, Pejabat FELDA , Pejabat FELCRA, Pejabat LGM Wilayah, Pejabat MPOB Wilayah, LIGS dan SLDB. Borang-borang yang telah diisi boleh dikembalikan ke salah satu dari pejabat-pejabat tersebut. Ketua pejabat berkenaan akan mengemukakan borang-borang permohonan kepada Pegawai Pertanian Daerah selaku Pengerusi JK Teknikal Peringkat Daerah. Semasa membuat permohonan, satu salinan fotostat geran tanah hendaklah disertakan.

Borang-borang permohonan dan salinan geran tanah yang diterima akan diproses oleh JK Teknikal Peringkat Daerah dan seterusnya akan dikemukakan kepada JK Penyelarasan Peringkat Negeri untuk kelulusan.

Pekebun kecil yang pasangan mereka (suami atau isteri) telah diberi bantuan tidak layak lagi memohon untuk bantuan walaupun mereka memiliki kebun getah atau kelapa sawit sendiri.

Bagi kebun getah atau kelapa sawit yang dimiliki oleh lebih daripada seorang, hanya satu permohonan sahaja akan dipertimbangkan dan bantuan yang akan diberi dihadkan pada RM10,000 juga.

Setiap pekebun kecil getah atau kelapa sawit layak memohon bantuan sekali sahaja.

b) Permohonan Melalui Agensi

Permohonan melalui agensi akan diuruskan oleh FELDA, RISDA dan FELCRA . Pihak FELDA, RISDA dan FELCRA akan menyediakan Kertas Cadangan Projek bagi setiap projek dan dikemukakan 3 salinan kepada JK Teknikal Peringkat Persekutuan untuk kelulusan. Peserta-peserta yang menyertai projek berkenaan perlu mengisi borang permohonan di Lampiran 1 juga.

Permohonan melalui agensi juga boleh dibuat oleh LPP, LGM, LIGS atau SLDB untuk pekebun-pekebun kecil getah dan kelapa sawit yang bukan peserta RISDA, FELCRA atau FELDA. Kertas cadangan dibuat oleh LPP, LGM, LIGS dan SLDB peringkat negeri dan dikemukakan sebanyak 3 salinan kepada JK Teknikal Peringkat Persekutuan untuk kelulusan.

PEMPROSESAN DAN KELULUSAN

a) Permohonan Individu

Apabila borang permohonan diterima oleh JK Teknikal Peringkat Daerah, Pengerusi akan minta Pejabat Daerah RISDA atau Pejabat Wilayah MPOB untuk pengesahan bahawa pemohon adalah seorang pekebun kecil getah atau pekebun kecil kelapa sawit. Selepas itu Pengerusi JK Teknikal Peringkat Daerah akan mengagihkan permohonan mengikut jenis projek yang dipohon kepada jabatan/agensi yang berkenaan di daerah/wilayah untuk mendapat ulasan kesesuaian projek seperti berikut:-

i) Projek Tanaman - Jabatan Pertanian
ii) Projek Perikanan - Jabatan Perikanan
iii) Projek Ternakan - Jabatan Perkhidmatan Haiwan
iv) Projek Industri Hiliran - Jabatan Pertanian/LPP

Selepas mendapat ulasan, Pengerusi JK Teknikal Peringkat Daerah akan mengemukakan permohonan kepada JK Penyelarasan Peringkat Negeri yang dipengerusikan oleh Pengarah Pertanian Negeri. Kelulusan/penolakan permohonan bantuan akan dibuat oleh JK Penyelarasan Peringkat Negeri dalam mesyuaratnya. Keputusan mesyuarat diberi kepada Kementerian Pertanian supaya waran/cek boleh dikeluarkan kepada Jabatan/agensi negeri berkenaan mengikut projek. JK Penyelarasan Peringkat Negeri dimaklumkan tentang pengeluaran waran/cek.

b) Permohonan Secara Kumpulan Melalui Agensi

Selepas menerima permohonan dan kertas cadangan dari RISDA, FELCRA, FELDA, LGM, LIGS, SLDB atau LPP, Jawatankuasa Teknikal Peringkat Persekutuan hendaklah mengedarkan permohonan kepada JK Penyelarasan Peringkat Negeri untuk semakan. Pengerusi JK Penyelarasan Peringkat Negeri diminta mendapatkan ulasan dari Jabatan/agensi di negeri berkenaan seperti berikut:-

i) Projek Tanaman - Jabatan Pertanian & FAMA
ii) Projek Perikanan - Jabatan Perikanan & FAMA
iii) Projek Ternakan - Jabatan Perkhidmatan Haiwan & FAMA
iv) Projek Industri Hiliran - LPP & FAMA

Mesyuarat JK Penyelarasan Peringkat Negeri akan membuat perakuan terhadap permohonan RISDA, FELCRA, FELDA, LGM, LIGS, SLDB atau LPP berasaskan kepada ulasan yang diterima daripada jabatan/agensi di negeri berkenaan. Perakuan akan dikemukakan kepada JK Teknikal Peringkat Persekutuan untuk kelulusan. Keputusan akan dikemukakan kepada Kementerian Pertanian supaya waran/cek boleh dikeluarkan kepada RISDA, FELCRA, FELDA, LGM, LIGS, SLDB atau LPP. JK Teknikal Peringkat Persekutuan akan dimaklumkan tentang pengeluaran waran/cek.

PENGEDARAN BANTUAN

a) Permohonan Individu

Selepas waran/cek diterima dari Kementerian Pertanian, jabatan/agensi peringkat negeri yang terlibat akan bertanggungjawab untuk menguruskan pembelian input, peralatan dan/atau perkhidmatan supaya ianya boleh diedarkan kepada pemohon untuk pelaksanaan projek. Rekod-rekod pembelian, pengedaran dan penerimaan mesti disimpan.

b) Permohonan Melalui Agensi

Selepas waran/cek diterima daripada Kementerian Pertanian, agensi yang terlibat (RISDA, FELCRA, FELDA, LGM, LIGS, SLDB atau LPP) berkenaan akan bertanggungjawab untuk menguruskan perolehan input, peralatan dan/atau perkhidmatan yang diperlukan untuk menjalani projek. Rekod-rekod pembelian, pengedaran dan penerimaan mesti disimpan.

PEMANTAUAN

Pada keseluruhannya, pemantauan akan dijalankan di dua peringkat, iaitu:

i) JK Pemandu di Kementerian Pertanian, dan
ii) JK Penyelarasan Peringkat Negeri

Jabatan/agensi yang menerima waran/cek dikehendaki melaporkan setiap bulan mengenai kemajuan pelaksanaan skim bantuan. Di antara perkara-perkara yang perlu dilaporkan termasuklah:

i) Bilangan permohonan yang diterima
ii) Bilangan permohonan dan amaun yang dilulus
iii) Waran/cek yang diterima
iv) Pebelanjaan
v) Parameter teknikal kemajuan seperti keluasan tanaman yang siap ditanam, bilangan/keluasan kolam ikan yang dibina, bilangan ternakan yang dipelihara, hasil pengeluaran dan sebagainya
vi) Parameter ekonomik seperti pendapatan peserta
vii) Masalah-masalah pelaksanaan

TARIKH MULA SKIM BANTUAN

Skim bantuan ini akan bermula pada 1 Jun 2001.

Disediakan oleh:

Kementerian Pertanian .

 


Kemaskini pada 2017-03-30 16:59:02 daripada Portal Administrator

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia
(MyGCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 49002 Tarikh Kemaskini : 15-05-2021
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.    
 

 

 
 

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: open(/var/lib/php/session/sess_92qoqo3ep94q895g54352n40d5, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: Unknown

Line Number: 0

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/var/lib/php/session)

Filename: Unknown

Line Number: 0