|
Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi
- Penyebaran dan penyampaian maklumat perikanan kepada nelayan, pengusaha dan industri perikanan.
- Pembangunan Industri Asas Tani produk perikanan.
- Pembangunan komuniti nelayan melalui aktiviti pengurusan sumber dan kegiatan ekonomi setempat.
- Pemindahan teknologi moden kepada nelayan, pengusaha dan industri perikanan.
- Pengendalian lepas tuai (post harvest losses)
- Perkhidmatan Pengembangan di dalam sektor perikanan laut.
- Latihan, bimbingan dan khidmat nasihat kepada pengusaha dan industri perikanan.
Cawangan Pengembangan dan Komuniti Perikanan
- Menyelaras program komuniti seperti myKP,KJP, Kor Tani, Penternak & Pengusaha Perikanan
- Menyelaras program ekosistem bersama agensi berkaitan
- Mendapatkan maklumbalas isu –isu perikanan, menganalisa masalah dari kumpulan sasaran kepada pihak atasan jabatan untuk tindakan penyelesaian
- Merancang dan menilai program khidmat pengembangan kepada komuniti perikanan
- Merancang lawatan berkala kakitangan pengembangan bagi program pengukuhan, pemantauan, penilaian dan audit program komuniti perikanan
- Melaksana program touch point kepada Komuniti Perikanan
- Merancang dan menyelaras program transformasi kumpuan sasar melalui :
- Majlis Interaksi
- Kempen Kesedaran
- Taklimat Pemindahan Teknologi
- Seminar/Bengkel
- Melaksanakan Projek perintis Teknologi Baru yang berasaskan pendekatan ekosistem & kesukarelawanan.
- Melaksanakan Projek Perumahan Perikanan Darat.
- Melaksanakan Program Elaun Nelayan Darat
Cawangan Promosi dan Informasi
- Menyelaras dan melaksanakan pameran-pameran yang boleh memberi pengetahuan, maklumat-maklumat aktiviti dan promosi Jabatan yang dijalankan oleh Jabatan sekaligus dapat meningkatkan imej Jabatan di peringkat tempatan dan antarabangsa.
- Merancang dan menyelia penerbitan bahan-bahan bercetak termasuk bahan-bahan Penerbitan Berkala seperti Berita Perikanan untuk disebarkan kepada orang ramai terutama mereka yang terlibat dalam sektor perikanan secara berkala atau bahan penerbitan teknikal dan bukan teknikal berdasarkan keperluan dan keputusan Jawatankuasa Teknikal Penerbitan.
- Menyediakan kepakaran Jurugambar, Peralatan Audio Visual dan Bahan Cetakan kepada Kementerian/ Agensi/Pejabat Negeri, termasuk pihak swasta bagi persediaan pameran, penerbitan bahan-bahan bercetak dan media elektronik berkaitan industri perikanan.
Cawangan Inovasi dan Pembangunan Usahawan
- Merancang dan menyelaras aktiviti pemindahan teknologi bagi sektor perikanan tangkapan & industri asas tani (termasuk produk perikanan tangkapan & akuakultur)
- Menyelaras program pengukuhan kemahiran teknikal pemindahan teknologi dalam & luar negara
- Menyelaras aktiviti pemantapan Pusat Pengembangan & Pusat Inkubator Jabatan Perikanan (Pusat Transformasi Perikanan)
- Melaksanakan Program Demonstrasi Insitu dan Program pendedahan industri
- Melaksanakan program bengkel dan seminar pemindahan teknologi
- Memberi khidmat nasihat dan teknikal Teknologi Baru kepada kumpulan sasar
- Menjalankan percubaan dan penyesuaian teknologi & inovasi
- Menyelaras program pembangunan usahawan Bumiputera dan Agropreneur Muda Perikanan serta Rezeki Tani.
Kemaskini pada 2020-10-13 12:12:31 daripada Iszni