Assalamualaikum dan salam sejahtera,
Selamat datang ke laman web rasmi Jabatan Perikanan Negeri Sembilan.
Pada masa kini, sektor Perikanan merupakan sektor utama dalam bidang Pertanian yang menjana pertumbuhan ekonomi negara. Di Negeri Sembilan, sektor Perikanan adalah salah satu bidang yang menyumbang kepada peningkatan ekonomi dan ianya juga menunjukkan keupayaan untuk membekalkan sumber protein berasaskan ikan ke seluruh Negara dan bekalan yang mencukupi kepada penduduk Negeri Sembilan.
Selaras dengan usaha Kerajaan untuk meningkatkan kesejahteraan hidup rakyat yang terdiri daripada Pengusaha Industri Asas Tani, Penternak dan Nelayan, kakitangan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan sentiasa bersedia untuk melaksanakan pembaharuan dan perubahan kearah Program Transformasi Kerajaan yang memerlukan pelaksanaan yang pantas serta sentiasa responsif dan prihatin terhadap keperluan dan kehendak kumpulan sasar.
Menyedari peranan dan tanggungjawab untuk membangunkan kawasan-kawasan berpotensi melalui sektor ini dengan lebih responsif dan mesra alam serta secara mampan, Jabatan Perikanan Negeri Sembilan menganggap ianya merupakan satu cabaran besar untuk mentransformasikan perubahan gaya aktiviti perikanan melalui pendekatan tradisional kepada pengaplikasian teknologi terkini. Selain itu, minda masyarakat juga perlu di pertingkatkan dengan ilmu serta kemahiran dan informasi yang tepat mengenai kepentingan dan potensi sektor ini. Menyedari hakikat ini, Jabatan Perikanan Negeri Sembilan berharap agar masyarakat dapat memperolehi maklumat berkaitan senario semasa sektor Perikanan di Negeri Sembilan melalui pembangunan laman web yang dibangunkan ini. Adalah menjadi harapan Jabatan Perikanan Negeri Sembilan agar laman ini menjadi salah satu sumber rujukan dan wadah utama dalam penyebaran maklumat serta informasi berkaitan sektor Perikanan Negeri Sembilan kepada pihak berkepentingan dan mereka yang berminat. Akhir kata, semoga laman web ini dapat memberi manfaat kepada kita bersama terutama dalam mengangkat martabat sektor perikanan di Negeri Sembilan.
Sekian, terima kasih.
Pengarah
Jabatan Perikanan Negeri Sembilan
Kemaskini pada 2019-07-18 11:21:26 daripada Admin Negeri Sembilan