Negeri Kedah telah merupakan salah satu Negeri yang giat membina tukun tiruan hasil dari peruntukan Kerajaan Persekutuan.Sehingga kini sebanyak 11 tapak tukun telah dibina di lokasi strategik di Negeri ini.
Tujuan tukun dibina adalah untuk menambah sumber perikanan dan dapat menambah sumber pendapatan Nelayan Tradisional.Selain itu juga bertujuan untuk menjadi penghalang vesel pukat tunda yang mencerobohan ke kawasan persisir pantai. Pembinaan tukun di Negeri Kedah telah memberi kesan positif kepada pendaratan ikan marin Negeri Kedah iaitu peningkatan dari 63,703 tan metrik pada tahun 2005 kepada 83,035 tan metrik pada tahun 2011.
Dengan komitmen kerajaan yang serius untuk membina lebih banyak tukun tiruan pada masa terdekat ini khususnya di perairan Kedah , Pihak Jabatan yakin pendapat nelayan tradisional akan terus meningkat dan industri perikanan rekreasi marin akan terus berkembang.
Jenis - jenis tukun yang dibina di Negeri Kedah
- Tukun konkrit
- Tukun Bot
- Tukun tayar
- Tukun PVC
- Tukun Dasar Lembut 3(TDL 3)
- Tukun Dasar Lembut Juvenil(TDLJ)
- Tukun Keluli
Lokasi Pelepasan Tukun Di Perairan Negeri Kedah dari Tahun 2009 hingga 2015
Lokasi | Bilangan Tukun | Jenis Tukun Yang Dilepaskan |
1. Kuala Kuar | 31 | Tukun Konkrit |
2. Kuala Jerlun |
196 | Dasar Lembut/Rekreasi/Penghalang Pukat Tunda/Juvenil/Tukun Keluli |
3. Kuala Sala | 27 | Tukun Keluli |
4. Pulau Tuba,Langkawi | 13 | Tukun konkrit |
5.Kuala Teriang,Langkawi | 13 | Tukun Dasar Lembut |
6.Pasir Hitam,Langkawi | 13 | Tukun Dasar Lembut |
7.Kuala Chenang,Langkawi | 13 | Tukun Dasar Lembut |
8.Pasar Hitam,Langkawi | 13 | Tukun Dasar Lembut |
9.Pulau Balar dan Cepu ,Langkawi | 18 | Tukun Dasar Lembut Juvenil |
Maklumat Tukun
Tukun Dasar Lembut 3 (TDL 3) |
3.75m x 3.75m x 3.85m(tinggi),Bilangan tingkat 4, Konkrit gred 50 Berat 23 Tan |
|
Tukun Dasar Lembut 3 (TDL 3) |
3.75m x 3.75m x 3.85m(tinggi),Bilangan tingkat 4, Konkrit gred 50 Berat 42 Tan |
![]() |
Tukun Keluli |
Tinggi : 6.244 m L : 3.5 m Berat : 13 Tan |
![]() |
Kemaskini pada 2018-05-29 00:56:09 daripada Admin Kedah