W3C
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Melaka - Program AZAM Tani

Jabatan Perikanan Negeri Melaka telah mengadakan Program Azam Tani Peringkat Negeri Melaka pada 7 – 8 Disember 2011 bertempat di Puteri Resort, Ayer Keroh, Melaka serentak dengan pelancaran Buku Azam Tani. Program tersebut telah dirasmikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Hj. Mohd. Ali bin Mohd. Rustam, Ketua Menteri Melaka. Turut hadir Y.B. Datuk Wira Hj. Othman bin Muhamad, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Y.H. Dato’ Ahamad Sabki bin Mahmood, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Y.B. Datuk Perumal A/L Raju, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Negeri Melaka, Y.B. Datuk Latiff bin Datuk Hj. Tamby Chik, Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kebudayaan dan Warisan Negeri Melaka, Y.B. Datuk Norpipah bte Abdol, Pengerusi Jawatankuasa Wanita, Pembangunan Keluarga dan Kebajikan, Puan Rosmawati bte Ghazali, Pengarah Perikanan Negeri Melaka, Y.B. Datuk Latipah bte Omar, Timbalan Pengerusai Jawatankuasa Pembangunan Desa dan Pertanian Melaka, dif-dif kehormat dan ketua-ketua Jabatan. Seramai 400 orang peserta telah menghadiri program tersebut yang terdiri daripada 200 peserta azam tani dan 200 orang nelayan. 
 
Ketua Menteri, Y.A.B. Datuk Seri Haji Mohd. Ali bin Mohd. Rustam berkata, kerajaan sentiasa prihatin membela rakyat yang kurang berkemampuan menerusi pelbagai dasar,  termasuk Program AZAM Tani yang dilihat telah berjaya meningkatkan pendapatan sehingga melebihi RM1,000.00 sebulan. Beliau menjelaskan, seramai 200 peserta e-kasih di negeri ini telah dipilih menerima bantuan Azam Tani membabitkan 48 peserta dari Parlimen Jasin, 51 dari Parlimen Masjid Tanah, 31 peserta dari Parlimen Tangga Batu, 10 peserta dari Parlimen Bukit Katil, 43 peserta dari Parlimen Alor Gajah dan 17 peserta dari Parlimen Kota Melaka.
 
Kata Datuk Seri Mohd. Ali bin Rustam lagi, berdasarkan laporan pendapatan peserta Azam Tani di Melaka, secara puratanya pendapatan mereka meningkat sehingga 30 peratus daripada pendapatan sebelum menyertai program Azam Tani. ”Jika sebelum ini mereka (peserta) hanya memperolehi pendapatan sekadar RM250.00 hingga RM750.00 sebulan, tetapi melalui penyertaan dalam Azam Tani, mereka telah berjaya meningkatkan pendapatan melebihi RM1,000.00 sebulan bergantung kepada komitmen dan usaha mereka terhadap projek yang dijalankan”, ujarnya lagi. 
 
Datuk Seri Mohd. Ali Rustam menjelaskan, Kerajaan sentiasa komited membantu golongan yang kurang berkemampuan supaya dapat berdikari dan dapat merasai kehidupan yang lebih bermakna dan seterusnya keluar dari belenggu kemiskinan. Kata beliau lagi, Program Azam Tani telah dipertanggungjawabkan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani sebagai ”Projek Champion” menerusi peruntukan RM80 juta daripada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan sasaran 8,000 peserta diseluruh negara. ”Diperingkat negeri Melaka pula, Jabatan Perikanan Melaka dilantik sebagai ’Lead Agency’ selaku penyelaras, manakala MARDI sebagai agensi pelaksana dan pemantau program. Untuk menjayakan program ini, setiap peserta yang dipilih telah diberikan bantuan peralatan dan bahan input pelbagai projek pertanian serta pemprosesan.
 
Kata Ketua Menteri lagi, Program Azam Tani jelas membuktikan keprihatinan Kerajaan yang bertanggungjawab untuk memastikan kesejahteraan hidup masyarakat dan memastikan tiada yang hidup dalam keadaan dhaif.
 
Sementara itu, Dato’ Ahamad Sabki berkata, pihaknya telah melaksanakan program peningkatan pendapatan golongan sasar itu bermula sejak tahun 2009 membabitkan 239 peserta dan 655 peserta pada tahun 2010. Katanya lagi, antara projek yang dilaksanakan ialah penternakan ayam kampung, kiosk jualan, pemberian motosikal roda tiga, peralatan membuat kuih, penternakan kambing, itik dan peralatan menangkap ikan. Selain itu, peserta juga turut mendapat bantuan meliputi peralatan untuk melaksanakan projek, latihan motivasi, latihan teknikal, bimbingan pemasaran dan khidmat nasihat. 
 

 

[<< Kembali ]

Kemaskini pada 2015-01-23 10:13:07 daripada Admin Melaka

  •  
  • Print
  • Email this page

Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 39133 Tarikh Kemaskini : 17-06-2019
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.