FUNGSI BAHAGIAN
Cawangan Pembangunan Laut Dalam
- Menilai, mencadang dan melaksana permohonan dasar dan prosedur permit vesel dan peralatan menangkap ikan laut dalam.
- Mencadang, menilai, melaksana dan memantau dasar, prosedur dan peraturan baru serta semakan/pindaan berkaitan pelesenan laut dalam.
- Merancang ,menyelaras, menilai, melaksana dan memantau program/projek berkaitan pembangunan perikanan laut dalam.
- Melaksana, menilai dan memantau pelesenan laut dalam melalui sistem e-Lesen dan pemeriksaan khas fizikal vesel.
- Merancang pembangunan dan pelaksanaan program/projek antarabangsa yang melibatkan pembangunan laut dalam.
- Menilai program pemantauan vesel untuk perikanan laut dalam melalui sistem Vessel Monitoring System (VMS), Laporan Operasi Vesel (LOV) dan sistem pemantauann vesel (keluar-masuk) C2 (SPVC2).
- Menyelaras maklumat dan data pelesenan perikanan laut dalam.
- Menyelaras, menilai dan memantau aktiviti pemutihan/naziran bagi vesel perikanan laut dalam.
- Menyelaras, menilai dan menyedia maklumat dan maklumbalas atau laporan kepatuhan berkaitan perikanan laut dalam di peringkat jabatan, kementerian, agensi dan antarabangsa.
- Menyelaras, melaksana dan menilai program perundingan Industri/konsultasi bersama pihak berkepentingan berkaitan perikanan laut dalam.
Cawangan Pelesenan
- Mencadang, menilai, melaksana dan memantau dasar, prosedur dan peraturan baru serta semakan/pindaan berkaitan pelesenan perikanan pantai dan nelayan tulen.
- Merancang, menyelaras, menilai, melaksana, memantau berkaitan pembangunan perikanan pantai.
- Merancang pembangunan dan pelaksanaan program/projek antarabangsa yang melibatkan perikanan pantai.
- Melaksana, menilai dan memantau pelesenan perikanan pantai melalui sistem e-Lesen.
- Menyelaras dan melaksanakan program pemantauan vesel untuk perikanan pantai melalui pemasangan alat pemantauan vesel.
- Menyelaras, menilai dan memantau perakuan perikanan tangkapan ikan bagi tujuan eksport.
- Menyelaras maklumat dan data pelesenan perikanan pantai.
- Menyelaras, melaksana dan menilai program perundingan industri/konsultasi bersama pihak berkepentingan berkaitan perikanan pantai.
- Menyelaras, menilai dan memantau aktiviti naziran bagi vesel perikanan pantai
Cawangan Pembagunan Tuna
- Mencadang, menilai, melaksana dan memantau dasar prosedur dan peraturan baru serta semakan/pindaan berkaitan mengenai pelesenan.
- Merancang, menyelaras, menilai, melaksana, memantau program/projek berkaitan pembangunan di bawah Rancangan Malaysia ke-11 berkaitan pengurusan perikanan tuna.
- Merancang, menyelaras dan melaksana program/projek antarabangsa yang melibatkan Industri Tuna.
- Melaksana, menilai dan memantau aktiviti pelesenan tuna.
- Menilai dan memantau aktiviti operasi vesel penangkapan ikan di laut lepas dan pendaratan ikan tuna melalui pelaporan log book VMS dan pemeriksaan vesel semasa pendaratan.
- Melaksana, menilai dan memantau program pembangunan rantaian Industri Tuna.
- Menyelaras pematuhan kepada resolusi IOTC dan undang-undang antarabangsa dan domestik.
- Menyelaras maklumat dan data pelesenan.
- Menyelaras, melaksana dan menilai program perundingan industri/konsultasi bersama pihak berkepentingan berkaitan Industri Tuna.
- Menjalankan aktiviti naziran pelesenan vesel tuna di Pulau Pinang dan Labuan.
- Menyelaras dan menyediakan pelaporan IOTC.
Cawangan Pemuliharaan Sumber dan Rekreasi
- Mencadang, menilai, melaksana dan memantau dasar, prosedur dan peraturan baru serta semakan/pindaan berkaitan pemulihaaran sumber marin dan perikanan rekreasi marin.
- Merancang, menyelaras, menilai, melaksana dan memantau berkaitan pembangunan pemuliharaan sumber marin dan perikanan rekreasi marin.
- Merancang pembangunan dan pelaksanaan program/projek antarabangsa yang melibatkan pemuliharaan sumber marin dan perikanan rekreasi marin.
- Merancang, menyelaras, menilai, melaksana dan memantau pendaftaran/pelesenan bagi aktiviti penangkapan ikan rekreasi kelautan.
- Menyelaras, menilai dan memantau pembangunan dan pemuliharaan kawasan penangkapan ikan rekreasi kelautan.
- Membangun, melaksana dan menilai pembangunan industri perikanan rekreasi marin.
|
Kemaskini pada 2020-12-03 20:42:01 daripada Iszni