View Photo in Album 'Putrajaya , 5 Jun 2018 : Tazkirah Ramadhan oleh YB Tuan Haji Salahuddin Ayub, YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani'

Next PhotoPrevious Photo

1 / 6
Tazkirah Ramadhan oleh YB Tuan Haji Salahuddin Ayub, YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani 1. Bersyukur dengan Ramadhan kali ini. Ramadhan yang akan datang belum pasti kerana manusia umpama sepohon pokok hijau yang akan gugur jua. 2. Manusia ciptaan Allah yg mempunyai darjat paling tinggi dianugerahkan dua penasihat agung iaitu Al Quran serta Al Hadith dan juga MAUT. 3. Al Quran perlu dibaca selalu & bukan sekadar di bulan Ramadhan, jangan jadi sekular dalam Ibadah. 4. MAUT merupakan penasihat kedua kepada manusia, tanpa wajah & tanpa suara. Kematian tetap akan sampai. Hafal surah Al Mulk & beramal dengan surah ini tidak dihisab di dalam kubur. 5. Perkara yang dibawa mati : ilmu yang bermanfaat, doa anak-anak yang soleh & amal jariah. 6. Falsafah Allah mencipta kematian & kehidupan supaya manusia dapat menilaikan KPI hidup melalui indikator amalan paling baik yang kita persembahkan 7. Rasulullah merupakan manusia agung yang paling baik. 8. Berjihad dalam keadaan senang atau susah, kaya atau miskin, sihat atau sakit, lelaki atau perempuan. 9. Allah terima setiap amalan walaupun remeh. Contoh seorang pelacur yang dimasukkan ke syurga, kerana memberi air kepada anjing yang kehausan 10. Islam Rahmatan Lil Alamin.
Upload by Iszni in 05-06-2018 3.35pm