A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: session_start(): open(/var/lib/php/session/sess_2k3vfchqlg17rpminnurjae0p0, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: libraries/Session.php

Line Number: 141

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Album Jabatan Perikanan Malaysia 2021 Back to Top

Albums

Lawatan Kunjungan Hormat oleh Persatuan Tuna Malaysia (MTA) yang diketuai oleh Encik Jimmy Mesir, Presiden MTA bersama delegasi ke atas YBrs. Tuan Ahmad Tarmidzi bin Ramly, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Bilik Mutiara, Jabatan Perikanan Malaysia.
Lawatan Kunjungan Hormat oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang diketuai oleh YBrs. Encik Mohd Fakhran Arzmi bersama delegasi ke atas YBrs. Tuan Ahmad Tarmidzi bin Ramly, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Bilik Discus, Jabatan Perikanan Malaysia.
Program Kerjasama Rakan Strategik “Usahawan Bimbingan Jabatan Perikanan Malaysia, # CSR Mangsa Banjir. 
Penyerahan Produk Perikanan dari Rakan Strategik Jabatan Perikanan Malaysia kepada YB Dato' Haji Che Abdullah bin Mat Nawi, Timbalan Menteri II Kementerian Pertanian dan Industri Makanan. 
Sebanyak 150 bungkusan mengandungi Sardin sos cili,  tomato / Nasi goreng kampung(bilis), keropok kering, keropok perisa udang dan pekasam keluaran Syarikat Bioharuan Tech Sdn. Bhd. dan  Syarikat Cekal Bestari Trading telah diserahkan kepada YB Timbalan Menteri II,  Kementerian Pertanian dan Industri Makanan untuk diagihkan kepada mangsa-mangsa bencana banjir di Negeri Johor pada 9 Februari 2021. 
Turut hadir sama, YBrs Tuan Ahmad Tarmidzi Bin Ramly Ketua Pengarah Perikanan Malaysia , YBrs Tuan Haji Mohd Sufian Bin Sulaiman, Pengarah Kanan Bahagian Taman Laut dan Pengurusan Sumber.
Jabatan Perikanan Malaysia berharap dengan sumbangan yang diberikan akan dapat membantu meringankan beban penduduk yang terjejas akibat banjir.
Satu lawatan kerja telah diadakan oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ybrs Encik Ahmad Tarmidzi bin Ramly  bagi memantau  projek bot nelayan moden dalam masa yang sama melihat kemajuan perkhidmatan penyelenggaran Kapal/Bot Jabatan, P304 & P41. Lawatan ini turut dihadiri oleh Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I, YB Datuk Seri Haji Ahmad Hamzah.
Ketua pengarah Perikanan Malaysia berharap dengan usaha pembuatan bot moden nelayan, akan dapat memberi impak besar pada industri perikanan. Disamping itu juga ia akan dapat memberi peluang pada para nelayan menggunakan bot moden yang akan membawa perubahan baharu dalam industri perikanan.
Antara projek yg dipantau adalah  Perkhidmatan Penyelenggaraan Bot 304 Di Sulong Marine Slipway, Perkhidmatan Penyelenggaraan Bot P41 Di MSET Shipbuilding, Perkhidmatan Penyelenggaraan Bot P41 Di MSET Shipbuilding dan Pembinaan Bot Moden Pukat Jerut.
Program Pelepasan Benih Ikan di Tasik Kenyir
Program Pelepasan Benih Ikan Ke Perairan  Umum di Sungai Leban, Tasik Kenyir telah dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF). Program dimulakan dengan tinjauan ke Galeri Pameran Perikanan Darat di Pusat Penerangan Kenyir (PPK), Pengkalan Gawi.
Antara benih  ikan yang dilepaskan adalah kelah, baung, lampam sungai dan udang galah yang bernilai RM379,668. Kesemua benih dilepaskan di tiga lokasi di Sg. Leban yang diperoleh dari Pusat Pengembangan Akuakultur (PPA) Jabatan Perikanan dan perolehan dari pusat swasta.DOF berharap program ini akan dapat mencapai objektif bagi meningkatkan stok ikan air tawar di perairan berkenaan.
Pelepasan Benih Ikan ke Tasik Kenyir disempurnakan oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan 2, Dato’ Haji Che Abdullah Bin Mat Nawi. Usaha ini akan meningkatkan stok ikan perikanan darat dan sumber perikanan darat dalam menjamin bekalan makanan serta meningkatkan sosio-ekonomi nelayan darat di sungai serta tasik.
Program ini merupakan program Jabatan Perikanan Malaysia dengan kerjasama Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (KETENGAH).
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menganjurkan Program Pemantauan ke Tapak Rig to Reef di Pulau Kapas. Program dihadiri Ketua Pengarah Perikanan Ybrs En Ahmad Tarmidzi bin Ramly, bersama YB Timbalan Menteri 1 Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Haji Ahmad Bin Hamzah.
DOF telah bekerjasama dengan PETRONAS melalui Memorandum Persefahaman (MoU) yang dimeterai pada 4 Mei 2017 bagi tujuan pelaksanaan program pembangunan Rig to Reef. 
Pembangunan tukun tiruan diteruskan dengan alternatif terkini yang menggunakan pelantar minyak PETRONAS yang telah dinyahaktif.
Pembangunan Rig To Reef yang dijalankan oleh DOF telah membuktikan potensi dan keberkesanan tukun ini dalam membantu menyumbang kepada pemuliharaan habitat laut serta membantu meningkatkan sumber marin dan perikanan negara.
Perhimpunan Bulanan Mac 2021 Edisi Hibrid , Jabatan Perikanan Malaysia
Perhimpunan Bulanan Edisi Hibrid Bil.1/2021 Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah diadakan bertempat di Ibu Pejabat DOF Putrajaya
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia Ybrs En Tarmidzi bin Ramly menyampaikan  perutusan mengenai perlaksanaan program program Jabatan Perikanan Malaysia sempena Rancangan Malaysia ke-12 serta hala tuju DOF bagi meningkatkan lagi sektor perikanan.
Pra-Pelancaran Bulan Pengembangan Perikanan turut diadakan menerusi simbolik pelancaran logo myAP dan buku Peralatan Penangkapan Ikan di Malaysia.
Majlis turut dihadiri oleh Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) Yang Mulia Raja Bidin bin Raja Hassan, Pengarah Kanan Bahagian Taman Laut dan Pengurusan Sumber, Tn. Haji Sufian bin Sulaiman, Pengarah- Pengarah Kanan, Pengarah Bahagian Biosekuriti, Pengarah- pengarah Bahagian secara fizikal manakala pengarah-pengarah Negeri dan kakitangan DOF hadir secara virtual.
Majlis ‘Clock Out’ sempena persaraan wajib Timbalan Ketua Pengarah Perikananan (Pembangunan) telah diadakan di Ibu Pejabat DOF Putrajaya. Majlis diadakan bagi meraikan dan mengenang jasa Yang Mulia Raja Bidin bin Raja Hassan sepanjang menggalas tanggungjawab dan perkhidmatannya sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) DOF Malaysia.
Ketua Pengarah Perikanan DOF YBrs En Tarmidzi bin Ramly telah menyampaikan cenderahati kepada YM Raja Bidin bin Raja Hassan .
YM Raja Bidin Bin Raja Hassan telah berkhidmat lebih kurang 34 tahun bermula dari tahun 1986 dalam bidang Perikanan.
Seluruh warga DOF mengucapkan ribuan terima kasih di atas kepimpinan dan kerjasama yang diberikan sepanjang perkhidmatan Yang Mulia di DOF. Selamat maju jaya dan selamat menjalani alam persaraan. Segala jasa amat dihargai.
‘Anak tanjung anak mami
Reti masak nasi dan laksa
Kasih dijunjung sekalung budi
Takkan dilupa selagi bernyawa’
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia YBrs En Ahmad Tarmidzi Bin Ramly,AMK. telah mengadakan lawatan kerja bagi melihat cadangan tapak projek-projek perikanan di Pulau Pinang. Lawatan ini diteruskan dengan melawat ke tapak Cadangan Jeti Baharu Perlindungan Sumber Teluk Tempoyak dan lawatan ke Kompleks Pendaratan Ikan (LKIM) Batu Maung serta lawatan ke Tapak Cadangan Pontoon Cawangan Perlindungan Sumber di Batu Maung. 
Lawatan diiringi oleh Pengarah Kanan FRI Batu Maung, Dr Zainoddin bin Jamari, Pengarah Perikanan Negeri Pulau Pinang, Puan Noraisyah Bt Abu Bakar, Ketua Unit Komunikasi Korporat, En Ahmad Faizal Bin Mohamed Omar dan pegawai –pegawai perikanan Negeri Pulau Pinang. Selesai lawatan, satu sesi perbincangan diadakan bagi memastikan perlaksanaan projek berjalan lancar dan dapat disiapkan pada tempoh yang ditetapkan.
Sekitar lawatan kerja  Ketua Pengarah Perikanan, Encik Ahmad Tarmidzi Bin Ramly, AMK. ke Pusat Taman Laut Pulau Payar Kedah bagi memantau kemajuan projek peningkatan taraf kemudahan di kawasan tersebut.
Lawatan juga bertujuaan memastikan perkembangan persiapan menerima lawatan oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah yang akan diadakan pada 24 Mac 2021. 
Lawatan dimulakan dengan taklimat status semasa Taman Laut Pulau Payar. Seterusnya diadakan satu demonstrasi karang dan Remote Operated Vechicle (ROV) dan juga aktiviti gotong –royong. 
Pusat Taman Laut Pulau Payar lengkap dengan pelbagai kemudahan serta  memberi panduan dan maklumat kepada pengunjung. Penerangan mengenai gugusan pulau serta perairan di sekitarnya telah disediakan di pusat dalam bentuk carta, poster, peta, risalah, tayangan slaid/video untuk informasi pengunjung terhadap persekitaran marin dan pulau.
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia YBrs En. Ahmad Tarmidzi bin Ramly, AMK telah melawat Projek Hatceri Udang Galah Syarikat GK Aqua SDN BHD bagi meninjau perkembangan dan operasi pembenihan udang galah monoseks.
?Beliau telah diiringi oleh Pengarah Kanan Penyelidikan Dr. Zainoddin bin Jamari dan Pengarah Perikanan Negeri Sembilan En. Halimi bin Abu Hanip.
Lawatan Kerja Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II, YB Dato’ Haji Che Abdullah bin Mat Nawi ke Sangkar Ikan Marin, KK Samudera Enterprise Pulau Jerejak Pulau Pinang telah dilaksanakan.
Pengusaha Projek Sangkar Ikan Marin , Mohamed Gany b. Mohd Ibrahim memulakan projek pada tahun 2016 yang mana keluasan sangkar 5000 meter persegi dengan 100 buah sangkar. Antara spesis ikan yang diternak adalah merah, kerapu, nyok nyok dan siakap.
Syarikat telah menerima bantuan dari Jabatan Perikanan melalui peruntukan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Akuakultur (SpeKS) serta bantuan di bawah program Kluster SME. DOF sentiasa membantu dan menyokong usaha penternak-penternak dalam meningkatkan pengeluaran ternakan ikan marin.
Hadir sama dalam lawatan, Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur DOF YBhg Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman bersama pegawai-pegawai perikanan Pejabat Perikanan Negeri Pulau Pinang.
Program pelepasan benih udang galah ke perairan umum dan penyerahan bantuan SPeKS telah dilaksanakan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah.
Sebanyak 100,000 ekor benih udang galah dilepaskan dalam program ini. Jabatan Perikanan Negeri Melaka telah menjalankan program inventori sungai di kawasan-kawasan yang sesuai sebelum program pelepasan benih ikan diadakan bagi mengenalpasti spesies asli yang berada di kawasan sungai tersebut. Usaha ini adalah sebagai salah satu tanggungjawab Jabatan bagi melestarikan sungai dan perairan di negeri ini.
Turut diadakan penyerahan Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) kepada 40 orang nelayan Darat Daerah Alor Gajah dan 5 orang nelayan Daerah Jasin.
Selain itu, penyerahan bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan (SPeKS) Akuakultur yang melibatkan seramai 5 orang penternak di Daerah Alor Gajah dan 4 orang penternak di Daerah Jasin.
Hadir sama, YB Datuk Norhizam bin Hassan Baktee, SPEAKER Dewan Undangan Negeri Melaka, Adun Sungai Rambai dan Pengarah Perikanan Negeri Melaka.
Ketua Pengarah Perikanan Malaysia YBrs En. Ahmad Tarmidzi bin Ramly, AMK telah meninjau perkembangan terkini keadaan Pulau Payar sempena lawatan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah ke Pusat Taman Laut Pulau Payar pada 25 Mac 2021.
Lawatan ini turut diiringi oleh Pengarah Perikanan Negeri Kedah.
Menteri Pertanian dan Industri Makanan YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee telah melancarkan Ibu Wira 1 (IW1) yang merupakan salah satu kapal tangkapan tuna yang membawa bendera Malaysia.

Bagi tahun 2021 (sehingga 31 Mac), 10 buah vesel tuna berbendera Malaysia telah masuk ke pelabuhan untuk mendaratkan tuna. Pada tahun 2020, kekerapan kemasukan vesel tuna ke Pelabuhan Pulau Pinang adalah sebanyak 30 kali.

Menurut Menteri Pertanian dan Industri Makanan YB Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, DOF mensasarkan 70 buah vesel penangkapan ikan tuna berbendera Malaysia beroperasi di Lautan Hindi menjelang tahun 2030. Oleh demikian, pemain industri tuna perlu mengambil peluang untuk menghantar lebih banyak vesel perikanan untuk menangkap ikan tuna di Lautan Hindi dan didaratkan di Malaysia.

Turut sama hadir Y.T.M Dato Johan Pahlawan Lela Perkasa Setiawan Dato Muhammad bin Hj. Abdullah Undang Luak Johol merangkap Pengerusi AORB, YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian I dan YB Dato Haji Che Abdullah bin Mat Nawi, Timbalan Menteri Pertanian II bersama Dato' Haslina binti Abdul Hamid, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Industri Makanan.
Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia
(MyGCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 49002 Tarikh Kemaskini : 15-05-2021
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.    
 

 

 
 

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: open(/var/lib/php/session/sess_2k3vfchqlg17rpminnurjae0p0, O_RDWR) failed: No space left on device (28)

Filename: Unknown

Line Number: 0

A PHP Error was encountered

Severity: Warning

Message: Unknown: Failed to write session data (files). Please verify that the current setting of session.save_path is correct (/var/lib/php/session)

Filename: Unknown

Line Number: 0