Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Album Jabatan Perikanan Malaysia 2020 Back to Top

Albums

Jabatan Perikanan Malaysia menerima aduan dari Pejabat Perikanan Daerah Bentong mengenai kematian ikan larangan di sekitar Janda Baik oleh pemiliknya pada 1 Januari 2020.

Ikan Terlarang tersebut merupakan ikan jenis Arapaima sp telah ditemui mati di kolam persendiriannya.

Sebelum ini, Jabatan Perikanan Malaysia telah menanam cip PIT di badan ikan tersebut sebagai pengenalan diri bagi memudahkan pihak jabatan memantau pergerakan ikan tersebut.

Kini, pemilik tersebut telah menanam ikan tersebut mengikut prosuder kematian ikan terlarang.

Pihak Jabatan menasihatkan orang ramai yang memiliki ikan terlarang untuk menghubungi pihak Jabatan Perikanan Malaysia bagi mendapatkan kebenaran pemilikan ikan larangan seperti termaktub dalam Akta Perikanan 1985.
Berlangsungnya, Pelancaran & Promosi Ikan Susu Malaysia di Ladang Ternakan Usaha Fadzilat (M) Sdn Bhd bertempat di Sg Petani Kedah.

Ikan susu atau nama saintifiknya Chanos chanos merupakan salah satu spesies ikan yang berpotensi untuk menyumbang kepada pengeluaran ikan negara dan juga aktiviti eksport. Syarikat Usaha Fadzilat (M) Sdn. Bhd. adalah syarikat pertama di Semenanjung Malaysia yang mengusahakan ikan susu di Batu Lintang, Sg Petani, Kedah.

Projek yang telah beroperasi sejak tahun 2017 dengan 31 buah kolam di kawasan seluas 200 ekar ini mampu mengeluarkan sehingga 3,000 tan metrik setahun dengan harga pasaran sekitar RM14–15 per kilogram. Terkini, projek yang diselia Usaha Fadzilat telah menghasilkan hampir 1,000 tan metrik ikan bernilai RM7.5 juta secara kumulatif sejak ianya mula diusahakan.

Majlis Pelancaran dan Promosi Ikan Susu Malaysia pada hari ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani. Turut hadir Yang Berhormat En. Azman bin Nasrudin Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Sumber Tani, Pengangkutan dan Industri Utama; Yang Berbahagia Dato’ Hj. Munir Mohd Nawi, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia; dan pegawai-pegawai kanan peringkat Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan peringkat negeri.

YB Menteri melihat potensi spesies ikan ini yang bukan sahaja menyumbang kepada pengeluaran negara dan membekalkan protein untuk rakyat, tetapi juga sebagai platform “contract farming” bagi menyediakan peluang pekerjaan, pelaburan dan perniagaan serta eksport.

Penyertaan sektor korporat dan Public- Private-Partnership adalah penting untuk menerajui pertumbuhan industri akuakultur ke tahap yang lebih berjaya.
Seluruh warga Jabatan Perikanan Malaysia termasuk dari Pejabat Perikanan Negeri dan Pusat/Institut/Akademi telah hadir ke majlis Amanat Tahun Baru & Perhimpunan Bulanan DOF Bilangan 1 Tahun 2020 di Dewan Arowana, Ibu Pejabat Perikanan pada 14 Januari 2020.

Dalam amanat yang disampaikan oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, YBhg Dato Munir Mohd Nawi, menyatakan bahawa kejayaan DOF yang melibatkan seluruh rantaian nilai perikanan telah menyumbangkan lebih RM20 Bilion setahun kepada negara.

Menurut beliau tugas DOF menjadi semakin kompleks dan mencabar apabila berada di tahun terakhir ke arah percapaian Dasar Agromakanan Tahun 2020.

Kejayaan DOF dapat dilihat pada Operasi Naga yang telah bermula pada April 2019 lalu, apabila berjaya menahan sebanyak 211 vesel nelayan asing dan tempatan, manakala 8 buah bot telah dilupuskan sebagai tindakan tegas apabila menceroboh perairan negara.

Dalam amanat tersebut beliau turut menjelaskan bahawa kejayaan DOF turut melibatkan pindaan Akta Perikanan 1985 khususnya bagi pengeluaran lesen penangkapan ikan laut lepas dan menggalak semua pemain untuk menceburi industri penangkapan ikan tuna yang mampu memberi pendapatan yang lumayan.

Ketua Pengarah Perikanan turut mengingatkan dalam mencipta kejayaan besar #myDOF, satu perubahan besar terhadap pemikiran harus dibuat terutamanya pada sikap, pengerahuan dan kemahiran supaya penyampaian jabatan akan terus lebih gemilang.

Dalam majlis tersebut turut berlangsung bacaan yasin, selawat ke atas junjungan Nabi Muhammad SAW dan Amanat Ketua Pengarah Perikanan.
Pada petang ini, YBhg Dato’ Haji Zainal Azman bin Abu Seman, Ketua Setiausaha MOA bersama delegasi telah meluangkan masa membuat lawatan kerja ke DOF untuk mendengar taklimat mengenai fungsi, aktiviti, isu dan halatuju strategik DOF secara keseluruhan rantaian nilai perikanan.

Dato’ KSU memberi penekanan terhadap intepretasi terhadap data perikanan yang menyumbang kepada KDNK, SSL serta mengurangkan defisit BOT. Beliau menetapkan pemantauan KPI bagi setiap 3 bulan terutamanya terhadap program-program yang dapat meningkatkan pengeluaran perikanan dan tambahan pendapatan kepada kumpulan sasar.

Beliau turut memberi penekanan terhadap isu perikanan IUU, bantuan subsidi perikanan serta isu-isu yang berbangkit mengenai obligasi peraturan perdagangan dan instrumen antarabangsa. Di samping isu-isu pelesenan, pencerobohan kawasan tangkapan, ketirisan sumber perikanan dan isu-isu operasi perikanan yang semakin kompleks ketika ini.

Satu kajian perbandingan dengan negara-negara ASEAN perlu diadakan bagi melihat kaedah pelaksanaan fungsi organisasi perikanan yang boleh mengurangkan birokrasi dan memudahcara pengurusan dan pembangunan industri perikanan di Malaysia.

Dato KSU juga menyatakan bahawa sektor perikanan/pertanian menjadi sumbangan terbesar dalam mencapai WKB2030.
KP DOF Selami Masalah 30 Nelayan Sg Balang & Batu Pahat

Seramai 30 orang nelayan Sg Balang dan Batu Pahat telah bertemu dengan Ketua Pengarah Perikanan, Dato Munir Mohd Nawi di Jeti Sg Balang, Muar, Johor pada 19 Januari 2020.

Dalam sesi ramah mesra tersebut, Pengerusi Persatuan Nelayan Muar telah mencadangkan kepada pihak Kerajaan untuk meningkatkan kadar rondaan dan penguatkuasaan di kawasan kurang 12 batu nautika yang sering menceroboh terutamanya pada waktu malam.

Selain itu juga, pihak komuniti mencadangkan satu penyelarasan operasi antara Jabatan Perikanan Malaysia, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia dan Polis Marin Malaysia sebagai satu badan penguatkuasaan utama bagi memudahkan pihak nelayan berhubung bagi mengelakkan pertindihan laporan dari pihak nelayan.

Satu jawatankuasa Keselamatan Rukun Tetangga (KRT) telah ditubuhkan oleh Persatuan Nelayan untuk bertindak menjaga hasil perikanan di sekitar Muar dan KRT tersebut adalah yang pertama di Malaysia yang membuat rondaan pada waktu malam.

Dalam sesi tersebut, pihak nelayan juga turut membangkitkan isu jualan bubu naga dah mencadangkan pihak Kerajaan mengambil tindakan kepada individu dan kedai yang menjual bubu tersebut.

Pengarah Bahagian Perlindungan Sumber DOF telah memaklumkan sebanyak dalam tempoh 2 minggu di bulan Januari 2020 ini sebanyak 3 bot pukat tunda telah ditahan di perairan Muat ini manakala 16 bot pukat tunda telah ditahan pada tahun 2019 oleh penguatkuasa perikanan.

Pihak Jabatan akan terus meningkatkan lagi penguatkuasaan terutama dalam melakukan rondaan bagi memastikan bot pukat tunda dapat dibendung dengan segera.

Bagi isu perlesenan pula, pihak Jabatan telah memaklumkan bahawa kesemua permohonan lesen baharu akan diproses mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan.

Dalam sesi tersebut, Ketua Pengarah Perikanan telah menegaskan dasar penghapusan pukat tunda akan diteruskan dari masa ke semasa dan akan juga mengkaji semula dasar sedia ada.
Pada petang ini berlangsungnya sesi libat urus Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani (MOA) bersama pengusaha vesel perikanan yang bertujuan untuk melahirkan usahawan yang berjaya dalam industri perikanan selaras dengan revolusi IR 4.0.

YB Datuk Seri Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dalam ucapannya menyeru agar semua pengusaha memanfaatkan peluang yang ada untuk terus maju kehadapan seiring dengan kepantasan teknologi yang dapat menghapuskan jurang orang tengah.

Beliau memberi jaminan bahawa pegawai-pegawai MOA akan memudahcara setiap isu dan memberikan perkhidmatan mesra pelanggan kepada kumpulan sasar. Polisi dan Dasar Kerajaan akan sentiasa dikaji semula mengikut keperluan rakyat untuk dimanfaatkan.

YB Menteri turut menyampaikan ucapan tahniah dari Perdana Menteri Malaysia tentang kejayaan Operasi Naga yang bertujuan mengawal pencerobohan nelayan asing yang telah mengakibatkan ketirisan hasil laut negara. Pindaan Akta Perikanan 1985 khusus bagi pengeluaran lesen penangkapan ikan laut lepas (high seas) juga telah dibuat bagi menggalakkan rakyat tempatan menceburi industri penangkapan ikan tuna.

Justeru beliau menggesa untuk semua pengusaha perikanan mematuhi syarat-syarat pelesenan dan tidak mensia-siakan peluang yang diberikan dalam memajukan industri perikanan negara.

Pihak Kerajaan akan mengambil tindakan tegas dan berterusan dalam menangani aktiviti IUU Fishing terutama bagi isu vesel klon dan vesel mendaratkan ikan ke luar negara, pindah-kapal ikan vesel di tengah laut serta pencerobohan vesel di zon kecil.
PUSAT BIOSEKURITI PERIKANAN JAMINAN KESELAMATAN MAKANAN NEGARA

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengadakan sesi libat urus Ketua Pengarah Perikanan bersama pengamal media untuk lebih mengenali peranan Makmal Biosekuriti Perikanan pada 11 Februari 2020 di Pusat Biosekuriti Perikanan Kuala Lumpur - PBPKL

Terdapat enam Makmal Biosekuriti Perikanan di seluruh Malaysia yang menawarkan perkhidmatan analisis untuk pemantauan kesihatan ikan dan kesihatan awam.

Makmal-makmal ini terletak di Tunjang, Kedah; Kuala Lumpur, Sepang KLIA; Kuantan, Pahang dan Gelang Patah, Johor serta Sarawak menjalankan analisis terhadap program pemantauan di bawah program kawalan rasmi dan jaminan rasmi Jabatan Perikanan Malaysia.

PBPKL merupakan salah satu makmal rasmi jabatan yang menawarkan perkhidmatan menganalisis sampel di bawah program kawalan rasmi bagi keselamatan makanan (ikan) terhadap kesihatan awam.

Pada tahun 2019, PBPKL telah menjalankan 3,158 analisis dan juga menerima sampel-sampel ad-hoc bagi kes pencemaran kimia seperti yang berlaku di Sungai Kim Kim dan kes kematian ikan bagi analisis residu pestisid, kes pencemaran DNA khinzir bagi analisis identifikasi porcine serta kes ledakan alga (algae bloom) bagi analisis identifikasi plankton.

Manakala, Pusat Biosekuriti Perikanan Selangor di KLIA merupakan sebuah Makmal Rujukan dalam hal berkaitan kesihatan ikan yang menerima Akreditasi ISO 17025. Ianya mempunyai 3 fungsi penting sebagai pintu perdagangan keluar masuk ikan hidup negara iaitu melaksanakan langkah kawalan rasmi, jaminan rasmi dan analisa rasmi. Keupayaan makmal ini adalah untuk menganalisa lebih 5,000 sampel setahun untuk pengesahan lebih 20 penyakit bawaan virus, parasit dan bakteria.

Makmal-Makmal Biosekuriti Perikanan ini bertindak sebagai Makmal Rujukan (Reference Laboratory) dalam hal berkaitan kesihatan awam dan kesihatan ikan di Malaysia.
Majlis Perhimpunan Bulanan Jabatan Perikanan Malaysia Bil. 2/2020, di dewan Arowana, Putrajaya. Majlis telah dirasmikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Dato Munir B Mohd Nawi.
Close Season: Nelayan Cadang Pulau Bunting & Pulau Sayak

Seramai 30 orang nelayan kawasan Yan Zon B telah menyertai sesi libat urus bersama Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Ybhg. Dato' Munir Bin Mohd Nawi di Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Yan, Kedah pada 20 Februari 2020.

Sesi perjumpaan tersebut bertujuan untuk melihat kefahaman nelayan mengenai Exit Policy yang akan dilaksanakan di kawasan Yan dan mendapatkan pandangan serta cadangan demi meningkatkan ekonomi nelayan setempat.

Dalam sesi tersebut, pihak nelayan mencadangkan agar Close Season dapat dilakukan di kawasan Pulau Bunting dan Pulau Sayak demi kelestarian sumber perikanan negara.

Pihak nelayan juga turut mencadangkan agar pihak kerajaan melakukan kajian menyeluruh terutamanya pertukaran fakta dan akta yang telah dilaksanakan pada ketika ini.

Untuk makluman, pelaksanaan close season vesel pukat tunda Zon B telah dilakukan di kawasan Pontian, Johor dan Larut Matang, Perak.

Jabatan Perikanan Malaysia amat komited dalam penjagaan sumber perikanan dan akan terus berusaha membantu meningkatkan ekonomi nelayan negara.
Jabatan Perikanan Malaysia akan menganjurkan Program Save Our Sea pada hari Sabtu ini (22 Februari 2020) secara serentak di seluruh Malaysia. Program ini terbuka kepada orang awam yang bertujuan untuk memulihara kebersihan dan keindahan perairan di Malaysia. Selain itu juga ia dapat memupuk semangat cintakan alam sekitar di kalangan anak - anak muda.

Terdapat pelbagai aktiviti - aktiviti lain yang menarik kami sajikan buat anda yang turut serta dalam aktiviti gotong - royong ini nanti.
Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 45748 Tarikh Kemaskini : 28-02-2020
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.