W3C
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Album JABATAN PERIKANAN MALAYSIA 2019 Back to Top

Albums

Lawatan Kerja YB Sim Tze Tzin, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani ke Syarikat Sarawak Slipways Sdn. Bhd. yang membina vesel perikanan moden, mempunyai ciri-ciri keselamatan serta keselesaan pekerja dan Hygene on Board (HOB).

Syarikat mempunyai kapasiti menyediakan rekabentuk vesel yang sesuai untuk nelayan tempatan serta mematuhi Garis Panduan Pembinaan Vesel Penangkapan Ikan bagi tujuan pengeksportan produk perikanan ke luar negara serta pensijilan Fish Quality Certificate (FQC) terutamanya ke negara Kesatuan Eropah.

Syarikat turut membina vesel penangkapan ikan untuk nelayan yang berpengkalan di Australia. Ini membuktikan Malaysia mampu membina vesel nelayan dengan kelengkapan moden dan kos munasabah yang dapat menarik minat anak muda menceburi sektor perikanan.

Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani melalui DOF akan membantu pengusaha dari segi bantuan khidmat nasihat teknikal dan memudahcara kemudahan kewangan dari institusi kewangan.
Bengkel Kajian Semula Pelan Strategik Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) selaras dengan penempatan Taman Laut ke DOF & dan juga Lima (5) Hala Tuju Baharu, Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani diadakan selama 2 hari (23-24 Jan 2019)

Bengkel ini terbahagi kpd 5 kumpulan utama iaitu : Visi/Misi/Fungsi, Penstrukturan Perjawatan, Budaya Korporat, Tadbir Urus dan Hala Tuju Baharu.

Bengkel lanjutan akan diadakan bagi mengharmoni dan memuktamadkan Pelan Strategik DOF ini dengan melibatkan “key person” dari setiap kumpulan.
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
22 hrs · 
Kota Kinabalu : 27 Januari 2019

Mesyuarat bersama Majlis Penasihat Pertanian Negara (MPPN) bagi membincangkan secara holistik mengenai isu dan cabaran sektor perikanan negara.

Pelan tindakan segera dilaksanakan bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan kumpulan sasar, mengeluarkan kumpulan sasar dari persepsi kemiskinan, menjadikan industri ini relevan seterusnya menyumbang kepada ekonomi negara.

Model strategik untuk pembangunan industri perikanan tangkapan dan akuakultur secara ‘private driven & community based’ direplikasi serta disebar luas di seluruh negara dengan mengadaptasi teknologi baharu serta
sesi engagement DOF bersama komuniti nelayan #myKP Ayer Baloi, bg melihat progress komuniti nelayan yg dilancarkan Julai 2018. 

Juga menilai kesediaan komuniti nelayan utk melaksanakan program secara bersepadu, berdasarkan pengalaman & pengajaran terdahulu.
DOF mengadakan tinjauan ke lokasi Projek Perintis Ternakan Ketam Renjung di Mukim Serkat, Pontian, Johor bersama pihak I-AQUAS, UPM sebagai inisiatif menambah sumber pendapatan komuniti nelayan #myKP Tg Piai, Pontian.

Dalam perkembangan yang sama, sebanyak 35,000 ekor benih ketam bersaiz 0.5-0.7 cm dibekalkan kpd FRI Gelang Patah untuk penyelidikan peringkat asuhan dan ternakan dalam raceway dan dalam kolam di FRI tersebut.
my Komuniti Perikanan (myKP) dibantu oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dalam jana pendapatan mereka.

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar) MOA, Dr. Zunika Mohamed berkata, bantuan yang berbentuk sebuah bot fiber kepada komuniti tersebut amat penting dalam membantu kumpulan sasar menjana pendapatan mereka disamping sebagai mata dan telinga DOF dalam melaporkan pekara yang menyalahi Akta Perikanan 1985.
Dr. Zunika turut berharap agar para nelayan dapat mengutarakan sebarang cadangan/idea atau isu dalam membantu kementerian menyediakan rangka kerja sesuai dengan hala tuju baharu kementerian tersebut.

Beliau ditemui dalam Program Ramah Mesra bersama my Komuniti Perikanan di Balai Nelayan Sungai Sembilang. Turut hadir sama ialah Dato' Munir Mohd Nawi, Ketua Pengarah Perikanan dan Norhizam Sarif, Ketua Nelayan Pengkalan Sungai Sembilang.

Norhizam yang ditemui media DOF selepas program mengucapkan syukur dan terima kasih kepada DOF kerana sejak dari penubuhan Rakan Fish hingga myKP, DOF banyak memberi bantuan kepada Komuniti tersebut hingga menjadi model contoh kepada komuniti perikanan yang lain. Di sini terdapat 30 nelayan yang bernaung dengan myKP, jelas Norhizam lagi
Lawatan kerja sehari YBhg Dato’ Munir Mohd Nawi, Ketua Pengarah Perikanan ke Pulau Payar dan pertemuan bersama warga #myDOF Taman Laut Negeri Kedah.

Awal pagi ini dimulakan dengan tinjauan ke atas kerja² menaiktaraf jeti dan sistem bekalan air di Pusat Taman Laut Pulau Payar. Juga diadakan “stakeholder engagement” bersama operator pelancongan di Platform Langkawi Coral yang menjalankan aktiviti snorkelling dan menyelam yang mampu menarik pengunjung hingga 10 ribu orang setiap bulan.

Di dalam sesi engagement tersebut, DOF menekankan tentang kesedaran pemuliharaan Taman Laut demi kelestarian biodiversiti perikanan dan juga pembiakan ikan. DOF turut berhasrat untuk menambahbaik aktiviti Taman Laut di sekitar Pulau Singa dan Pulau Simpang Tiga, Langkawi ke arah Revolusi Taman Laut melalui peneraju swasta.

Lawatan kerja diteruskan lagi ke tapak pembinaan Pangkalan Hadapan Taman Laut Kg Keluncur, Kuala Kedah untuk melihat kemajuan projek yang dijangka siap sepenuhnya pada September 2019. Kapasiti pangkalan ini melibatkan penempatan seramai 30 kakitangan yang menjalankan aktiviti pengurusan Taman² Laut di Kedah.

Di akhir lawatan, Ketua Pengarah Perikanan meluangkan masa untuk bertemu dengan warga Taman Laut Negeri Kedah, bertujuan untuk menambahbaik sistem penyampaian demi untuk negara. Penggabungan semula DOF dan Taman Laut membuka peluang lebih luas dalam peningkatan laluan kerjaya dan latihan kepada semua kakitangan.

Tugas utama adalah menguatkuasa dan memantau perairan taman laut dan juga di luar taman laut serta memperkasakan taman laut dan pengurusan sumber.
Pelancaran Program Kecergasan #myDOF oleh YB Dato Haji Salahuddin Ayub Menteri Pertanian & Industri Asa’s Tani.

Bertemakan “5S” yang bermaksud Sabar, Senyum, Sayangi, Selia & Setia untuk membentuk budaya positif dalam melaksanakan tanggungjawab kepada kumpulan sasar.

YBM menggesa semua warga Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani untuk meninggalkan status quo dan berjihad mengeluarkan kumpulan sasar dari kepompong kemiskinan.

Sesi interaksi bersama pegawai pengembangan #myDOF dan live 
streaming secara Skype bersama komuniti perikanan #myKP Sg Sembilang, Selangor yang merupakan aktiviti sangat baik selaras dengan perkembangan revolusi industri 4.0!

Pelancaran produk tuna melalui galakan usahawan menggunakan konsep food cart dan inovasi produk tuna shack sebagai galakan promosi hasilan tuna turut diadakan.

Tuna shack (tuna ball) diusahakan oleh kumpulan anak muda OKU, mengusahakan perniagaan secara SME yang akan dikembangkan ke 4 lokasi lain.
Selaras dengan pelancaran Hala Tuju Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani : Prioriti Dan Strategi 2019 - 2020 yang telah dilancarkan oleh YB Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani pada 14 Februari 2019 yang lalu, Ketua Pengarah Perikanan menggesa semua warga #myDOF untuk berkhidmat di luar kebiasaan dalam menyelesaikan isu dan cabaran rumit di dalam sub sektor perikanan yang tidak berkesudahan.

Pemerkasaan program “Monitoring, Control & Surveillance” (MCS) adalah sangat perlu bagi mengurangkan implikasi kerosakan dan kerugian besar kepada sumber perikanan disebabkan isu ketirisan ikan selain konflik nelayan yang berpanjangan. Lebih jauh ini boleh menjejaskan kestabilan negara Malaysia tercinta.

Ketua Pengarah Perikanan turut menyampaikan watikah perlantikan Pakar Peralatan Menangkap Ikan kepada seramai 21 pegawai yang dilantik untuk memberi khidmat kepakaran dalam bidang yang berkaitan dengannya.

Majlis turut merasmikan Arahan Tetap Pakaian Seragam Bahagian Perlindungan Jabatan Perikanan Malaysia sebagai tanda semangat yang dibawa oleh anggota penguatkuasa dalam menjalankan Program MCS DOF.

Dengan rasa penuh berintegriti, anggota penguatkuasa DOF akan sentiasa komited untuk melindungi sumber perikanan negara.
Pelancaran “Fun Fishing” di Tasik Laman Perikanan MAEPS, turut sama memeriahkan acara Pn Norafizah Rahman, COO MAEPS bersama pegawai² kanan Jabatan Perikanan Perikanan (DOF) dan pengusaha perikanan.
meningkatkan pendapatan mereka.

Di dalam program tersebut, YB Dato’ Hj Salahuddin Ayub telah melepaskan 20 ribu ekor benih Ketam Renjung di perairan Serkat yang mampu menghasilkan 2.2 tan metrik ketam dalam tempoh 6 bulan dan ianya dijangka dapat menyumbang kepada peningkatan pendapatan nelayan sediada sebanyak RM700 sebulan.

Dalam ucapan beliau, YBM menyatakan komitmen DOF & MOA untuk membantu nelayan tempatan mempelbagai serta menambah pendapatan dengan meningkatkan kemudahan jeti dan infrastruktur sediada.

Di samping aktiviti di laut, nelayan boleh mengusahakan ternakan ikan hiasan, kupang, ketam, pemprosesan serta agropelancongan.

Dalam perkembangan yang sama, penyerahan watikah pelantikan Komuniti Perikanan #myKP kepada Ketua Jaringan Perikanan (KJP) yang mewakili nelayan Tg Piai dan Pangkalan Penghulu bagi menambahbaik serta memperluaskan program Jabatan melibatkan komuniti di setiap rantaian nilai.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) merangka dan melaksanakan program akuakultur khusus yang dinamakan “Aqua Bijou” sebagai Quick Win melalui konsep komuniti/kelompok dan fokus kepada komoditi seperti ikan hiasan, keli, puyu, tilapia, ikan laut, udang, kerang²an dsb yang dapat menghasilkan outcome dalam masa singkat serta impak yang besar.
Berlangsungnya sesi engagement DOF bersama pengusaha perikanan Mukim Serkat bertujuan untuk mengembang dan membangunkan akuakultur khususnya bagi mempelbagai serta menambah pendapatan kumpulan sasar, selaras dgn Quick Win Aqua Bijou.

DOF akan memudahcara dan membantu aspek teknikal bagi isu mendakan dan kualiti air di perairan Kukup yang menyebabkan kadar hidup (survival rate) ternakan rendah serta memberi implikasi kepada penternak ikan tempatan.
Majlis Perasmian Hari Bertemu Pelanggan (HBP), Peringkat Negeri Pulau Pinang disempurnakan oleh YB Dato’ Haji Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, turut hadir sama YB Sim Tze Tzin ???, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani dan YB Dr. Afif Bahardin, Exco Pertanian dan Industri Asas Tani, Pulau Pinang serta YBhg Dato’ Salim Parlan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani.

Tahniah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) atas inisiatif mengetuai Hari Bertemu Pelanggan (HBP), Peringkat Negeri Pulau Pinang.

MOA akan mengorak langkah untuk mengurangkan birokrasi dan menjadi Kementerian terbaik dalam melaksanakan inovasi dalam sektor pertanian supaya rakyat mudah berurusan.

MOA dan DOF juga komited dalam pindaan terhadap Akta Perikanan 1985, untuk memberi peluang kepada pengusaha perikanan yang ingin pergi jauh ke laut lepas, terutamanya industri tuna yang menjanjikan pulangan baik serta menyumbang kepada KDNK negara.

Kami juga mengambil perhatian sgt serius mengenai isu pencerobohan kawasan perairan oleh bot asing dan juga tempatan. Aspek penguatkuasaan dan integriti akan dipertingkatkan!

“Bergerak kehadapan bukan secara tradisional dan status quo. ‘Work smart’ supaya kejayaan dapat ditinggalkan kpd generasi akan datang di Malaysia!” - Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.
YBhg. Datuk Salim Parlan, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani melakukan lawatan ke Pelabuhan Perikanan Tok Bali bagi meninjau operasi pelabuhan serta melihat pendaratan ikan di pelabuhan tersebut.

Turut hadir sama YBhg. Datuk Munir Mohd Nawi, Ketua Pengarah Perikanan dan Nazri Ishak, Pengarah Perikanan Kelantan

Perangkaan perikanan menunjukkan iaitu 40 peratus pendaratan ikan laut dalam Malaysia adalah disumbangkan dari Negeri Kelantan.
 Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengadakan satu Program Pemuliharaan Penyu sebagai usaha memelihara khazanah marin terancam di Santuari Mak Kepit di sini hari ini.

Satu taklimat program konservasi telah diberikn kepada delegasi dari PUSPANITA Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani berhubung usaha-usaha DOF dalam konservasi penyu negara

Taklimat ini turut disertai Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MOA, Datuk Salim Parlan dan Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi.

Sebelum itu, Salim dan Munir telah mengadakan perjumpaan bersama kakitangan di Pengkalan Taman Laut Kuala Besut dan pada sebelum petang nya meninjau Pusat Taman Laut Redang.
Ketua Pengarah Perikanan dalam ucapannya menyentuh mengenai transkrip ucapan YAB Perdana Menteri Malaysia yang mengingatkan bahawa penjawat awam adalah jentera kerajaan yang perlu taat dan setia dalam mentadbir negara supaya Malaysia terus aman dan maju untuk kebaikan kita semua.

Warga DOF perlu berusaha lebih giat dalam menawarkan perkhidmatan kerajaan yang holistik dan berkualiti demi untuk membantu nelayan, penternak ikan, pengusaha perikanan dan kumpulan sasar.

Imej dan kualiti perkhidmatan awam dapat dimantapkan ke arah memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan negara, dan seterusnya menjadikan penjawat awam efisien dan responsif dalam memberikan perkhidmatan kelas pertama.

Warga DOF perlu mempamerkan sikap tegas, berani, adil dan sanggup mengambil risiko bagi menentukan integriti dan governans tidak dikompromikan. Tidak kira apa halangannya, kita harus tekad untuk menjadikan cabaran dan masalah itu sebagai peluang untuk lebih berjaya.

Nilai PERMATA - Profesional, Efisien, Responsif, Mesra, Amanah, Telus, Akauntabiliti yang digarap oleh semua warga DOF yang sayangi.
program Pasar Perikanan hari ini berlangsung dengan meriah sekali! Pelbagai aktiviti menarik terutamanya untuk kanak² sempena penghujung cuti sekolah ini.

Sambil memborong ikan segar, membeli produk perikanan yang enak, pengunjung sempat beriadah bersama keluarga dengan menyertai pertandingan karaoke ????, pertandingan mewarna, conservation explorace, fun building bricks dsb yg sgt mengujakan!

Terima kasih kepada Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan), Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, YBhg Dato’ Salim Parlan sekeluarga sudi memeriahkan program hari ini
Warna-warni sekitar Majlis Perasmian Promosi Produk Perikanan Sihat & Pasar Perikanan Sempena National Urban Health Carnival (NUHC).

Program kerjasama strategik antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan kerjasama Kolej Tun Syed Nasir, Universiti Kebangsaan Malaysia - UKM, serta beberapa pengusaha produk inovasi tuna seperti Nasi Kandar Apollo, MyDr.Tuna dan QAF FOODS ini sebagai usaha menjayakan amalan gaya hidup sihat seterusnya memartabatkan inovasi produk TUNA yang kaya dengan nutrisi.

Bertemakan “Kesihatan Holistik Penjamin Kemajuan Negara” menjurus kepada penekanan terhadap kesihatan mental bagi menyemarakkan usaha dan budaya sihat dalam kalangan masyarakat bandar khususnya.

Pelbagai aktiviti berteraskan kesihatan diadakan seperti forum kesihatan, saringan kesihatan, psikologi, audiologi dan sebagainya di samping pengunjung memborong ikan segar serta membeli pelbagai produk perikanan yang sihat.

Laman perikanan ini juga termasuk di dalam Pakej Agrotourism MAEPS dalam usaha merancakkan lagi industri agropelancongan Malaysia yang mana pengunjung boleh menyertai pelbagai aktiviti menarik di sini.
YBhg Datuk Seri Dr Ismail Bakar, Ketua Setiausaha Negara telah membuat lawatan ke Far East Planet, Mersing, sebuah projek usahawan Pembenihan dan Ternakan Ikan Kelah dengan usahasama Jabatan Perikanan Malaysia.

Spesis Ikan Kelah atau Mahseer (Tor tambroides) ini merupakan salah satu fokus utama Pembangunan Sumber Baharu Akuakultur di bawah Rancangan Malaysia Malaysia Kesebelas (RMKe11) yang dijangka dapat memberi sumbangan yang signifikan kepada industri perikanan secara keseluruhannya.

Kelah mempunyai permintaan dan bernilai tinggi di pasaran sehingga mencecah sehingga RM1,000 sekilo, dan digelar raja ikan sungai.

Jabatan Perikanan Malaysia melalui Institut Penyelidikan Perikanan Glami-Lemi telah menghasilkan teknologi hatcheri pengeluaran benih kelah bertujuan untuk membantu pengusaha menghasilkan benih kelah secara mapan tanpa bergantung kepada sumber benih liar. Ianya juga dapat memulihkan dan meningkatkan kembali stok semulajadi di habitat asal ikan tersebut.

Penemuan penyelidikan termasuk kadar peneluran kelah & penggunaan diet yang dirumus khas diharap dapat membantu pihak industri dalam penghasilan benih ikan kelah secara intensif dan berterusan.
Pertandingan Memancing Udang Galah Daerah Tangkak Sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan DYMM Sultan Johor Tahun 2019.

Di program ini juga, YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Datuk Hj Salahuddin Ayub, membuat pelepasan 30 ribu ekor benih udang galah di Sg Muar sebagai simbolik dan usaha pengurusan sumber perikanan darat yang mempunyai kepelbagaian biodiversiti.
Penuaian Hasil Ternakan Kupang Sistem P-Line, Kesang Laut, Tangkak ~ 14 April 2019

Inovasi terkini diperkenalkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia yang lebih moden, teratur & mesra alam serta membantu penternak kupang mengatasi masalah ketahanan semasa ombak kuat, mampu menambah pendapatan sehingga RM500 sebulan.

Selaras dengan matlamat menjadikan Negeri Johor sebagai hab kerang-kerangan khususnya kupang, YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, Datuk Hj Salahuddin Ayub menyokong peranan komuniti perikanan #myKP Kesang Laut menjalankan aktiviti secara bersepadu di sepanjang rantaian nilai seterusnya menyumbang kpd industri perikanan utama di Malaysia.
Di dalam sesi dialog, para nelayan menyuarakan tentang elaun sara hidup, isu pelesenan, isu penggunaan pukat tunda yg mengancam sumber perikanan serta permohonan utk mendalamkan muara Sg Balok.

Semua pegawai Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani perlu bekerja untuk memudahkan rakyat TETAPI tidak boleh berkompromi dan bertolak ansur tentang integriti serta penipuan!
Perjumpaan Ketua Pengarah Perikanan bersama warga FRI Bintawa.

Julung-julung kalinya Ketua Pengarah Perikanan (KP DOF) mengunjungi FRI Bintawa di mana Sarawak boleh dikategorikan sebagai benchmark dalam pengurusan dan hospitaliti yang terbaik.

KP DOF menekankan tentang elemen kesederhanaan dan kebijaksanaan dalam membawa halatuju baharu terutamanya dalam aspek penyelidikan.

Tahniah FRI Bintawa atas pemerkasaan aktiviti-aktiviti utama di Pulau Layang-Layang termasuklah Ternakan Tuna di Sangkar Separa Tenggelam serta cadangan pembangunan Pusat Karang Negara.

DOF perlu memperbanyak dan mempergiatkan lagi kajian serta penyelidikan perikanan terutamanya di Pulau Layang-Layang.

Dalam majlis ini, turut disampaikan Sijil Penghargaan Pemantapan Aktiviti Perikanan di MARSAL Pulau Layang-Layang kepada FRI Bintawa.
1. YB Sim Tze Tzin ???, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani mengadakan lawatan kerja ke Projek Ternakan Ikan Dalam Sangkar Ladang Sinergi, Tasik Temenggor, Perak pada 22 April 2019.

2. Projek ini merupakan inisiatif Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) menggunakan sistem ternakan moden iaitu HDPE polar circle cages.

3. Syarikat peneraju Trapia Sdn. Bhd. melatih peserta-peserta Ladang Sinergi mengoperasikan sangkar-sangkar mengikut SOP yang ditetapkan dan mampu meraih pendapatan sebanyak RM3,000 sebulan.

4. Terdapat 5 modul yang telah dibangunkan, dan setiap modul mempunyai 20 unit bilangan sangkar berdiameter 20 meter yang mempunyai kapasiti pengeluaran sehingga 50 tan metrik setiap sangkar.

5. Sehingga kini sebanyak 3,800 tan metrik tilapia bernilai lebih RM15 juta telah dihasilkan dari program ini.

6. Hasil ternakan ini diproses untuk dijadikan produk ‘fillet’ untuk pasaran eksport ke luar negara seperti Amerika Syarikat, Kesatuan Eropah, Singapura, Taiwan serta pasaran tempatan dalam bentuk ikan hidup, sejuk beku dan fillet.

7. Selaras dengan Revolusi Industri 4.0, projek ini juga mengaplikasikan teknologi automasi dengan menggunakan auto feeder machine termasuk Internet of Things (IoT) dengan menggunakan CCTV dan WiFi untuk memantau aktiviti di sangkar. Sangkar juga mempunyai paddle wheel disokong dengan sistem solar dan alat memantau kualiti air secara automatik yang mempunyai sensor bagi bacaan oksigen terlarut (dissolved oxygen)

8. Matlamat program ini adalah untuk mewujudkan usahawan yang berdaya saing di dalam bidang perikanan khususnya akuakultur melalui pemindahan teknologi yang terkini dan moden kepada peserta, di samping menghasilkan produk perikanan yang berkualiti melalui pengamalan Good Aquaculture Practices (GAP).
Jabatan Perikanan Malaysia akan mengadakan Program Kecemerlangan dan Kecergasan Tahun 2019 di Akademi Perikanan Malaysia, Chendering.

Menurut Pengarah Institut Sains Marin Asia Tenggara (ISMAT), Raja Bidin Raja Hassan berkata program selama 4 hari ini yang menghimpunkan kakitangan pelbagai peringkat bakal mencungkil bakat insaniah untuk memacu kecemerlangan DOF pada masa hadapan disamping mengeratkan silatulrahim melalui aktiviti kesukanan dan kerohanian juga.

Beliau berkata demikian semasa Majlis Perasmian Program Kecemerlangan & Kecergasan DOF tahun 2019. Turut hadir Ruzaidi Mamat, Pengarah Akademi Perikanan Malaysia dan Rusman Rusdy, Timbalan Pengarah Perikanan Negeri.
Majlis Interaksi Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani, YBhg. Dato’ Mohd. Sallehhuddin Hassan bersama 30 wakil kumpulan sasar Taman Laut Pulau Tioman, Pahang daripada pelbagai segmen berkepentingan melibatkan pengusaha pelancongan, orang kampung, badan bukan kerajaan dan pengusaha pusat selam.

Majlis interaksi ini bertujuan untuk mendapatkan pandangan awam berkaitan usaha konservasi taman laut dan industri yang mampan aktiviti sumber pengurusan perikanan yang lestari.

YBhg. Dato KSU juga turut meninjau infrastruktur dan kemudahan yang terdapat di Pusat Taman Laut Pulau Tioman.
Sekitar kemeriahan Laman Perikanan MAEPS yang dibanjiri lebih 1500 pengunjung sempena sambutan Hari Bumi 2019 bertemakan “Lindungi Spesies Kita”.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan seperti pertandingan mewarna, pancing puyu, beyblade, pasar perikanan, amazing cyber race dan sebagainya.

Timbalan Ketua Pengarah Perikanan, Dato Dr Bah Piyan Tan memberi ucapan perasmian penutup Sambutan Hari Bumi 2019 dan menekan tentang kepentingan dan tanggungjawab bersama untuk menjaga kemampanan ekosistem perairan negara.

Majlis turut menyerahkan sijil penghargaan kepada agensi yang bekerjasama dalam menjayakan sambutan Hari Bumi 2019 pada hari ini yang melibatkan Jabatan Pertanian, Jabatan Perhutanan, Jabatan Bomba & Penyelamat, Agensi Pertahanan Awam, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan PTPTN.

DOF mengalu-alukan penyertaan dari agensi dan syarikat korporat di dalam aktiviti di Pasar Perikanan yang diadakan pada hari Sabtu setiap bulan ini.
Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)

Tahniah dan syabas diucapkan kepada 188 penerima APC yang telah menunjukkan prestasi cemerlang di sepanjang tahun lalu

Warga #myDOF perlu menetapkan penanda aras terbaik dgn menekankan elemen kesederhanaan dan kebijaksanaan dperkhidmatan.

Ketua Pengarah Perikanan menekankan tentang “Perkhidmatan Yang Mesra Rakyat” di mana kejayaan sesebuah organisasi diimbangi dengan kepuasan pelanggan.

Kita perlu pacu Kerajaan dengan positive vibes daripada rakyat!
Promosi Aiskrim Seaweed ~ Sweedties ????

DOF dgn kerjasama @mardimalaysia memperkenalkan inovasi produk berasaskan rumpai laut, dilaksanakan oleh QAF Foods yang menghasilkan aiskrim & kon.

Sweedties, mengandungi khasiat, vitamin & mineral serta sbg anti oksidan yang baik untuk badan.
Program Pra Persaraan Jabatan Perikanan Malaysia Tahun 2019 yang diadakan selama 3 hari bermula 2 - 5 Mei 2019 di rumah peranginan KoMARDI Cameron Highland, Pahang.

Kehadiran melibatkan seramai 38 orang warga #myDOF yang akan bersara pada tahun 2019/2020, termasuk Ketua Pengarah & Timbalan Ketua Pengarah DOF.

Taklimat disampaikan oleh Pengarah Pembangunan Latihan Kemajuan Kerjaya DOF, En Mohd Mohtar Mahamud.

Pogram ini sebagai persediaan menghadapi alam persaraan dari segi psikologi dan fizikal serta mengurus & merancang kewangan serta harta dengan lebih baik dan teratur selepas bersara.
The entourage being welcomed by WorldFish Director General, Dr. Gareth Johnstone and the Executive Team.

The objectives of visit is to learn more about how WorldFish’s work helping Malaysia to continue developing fisheries and aquaculture sustainably.

It also discussed the opportunities for advancing blue economy development through international research collaboration on fisheries and aquaculture in Malaysia as well as in the regional and global stages.

MOA is responsible for agriculture, agro-based industry, agritourism, livestock, veterinary services, fisheries, quarantine, inspection, agricultural research, agricultural development, agricultural marketing, pineapple industry, agribusiness, botanical garden, food security, food sovereignty.
Ketua Pengarah Perikanan, Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) meninjau aktiviti pendaratan ikan tuna dari bot jongkong di Labuan.

Terdapat 15 unit bot jongkong di sekitar Labuan yang mempunyai kapasiti mendaratkan sebanyak 500-800 tan metrik tuna oseanik setahun.

Sebagai usaha untuk memperkukuhkan pembangunan Tuna Oseanik, komuniti perikanan #myKP Tuna di Labuan telah diwujudkan melibatkan seramai 48 ahli bagi memperkembangkan aktiviti pemprosesan berasaskan tuna seperti sate, serunding serta industri huluan dan hiliran perikanan tuna di Labuan.

Sesi engagement bersama komuniti perikanan #myKP tuna di Labuan diadakan sebagai platform untuk menggabungkan pengusaha dan pemilik bot di bawah satu komuniti.

DOF membuka ruang kepada #myKP tuna menyuarakan hasrat dan keperluan bagi memantapkan pengurusan supaya menjadi model yang dapat dicontohi.

Pembangunan industri tuna di Labuan amat berpotensi bagi menjana pendapatan penduduk setempat, di samping memajukan ekonomi di Labuan selaras dengan hasrat untuk menjadikan WP Labuan sebagai hab pendaratan tuna di Malaysia Timur.
Mesyuarat Membincangkan Kemajuan KPI Jabatan Perikanan Malaysia, dipengerusikan oleh En Mohd Ramesh Krishna, Ketua Unit KPI Kemenerian Pertanian dan Industri Asas Tani

Indikator bagi KPI yang disasarkan adalah sebagai tanda aras DOF bagi mencapai outcome yg terbaik selari dengan Halatuju MOA, Prioriti & Strategi 2019-2020
Berlangsungnya, Majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani bersama YB Dato’ Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.

Turut hadir, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani, YB Sim Tze Tzin ??? bersama Ketua Setiausaha MOA, Ketua-Ketua Jabatan/Agensi dan warga MOA yang disayangi.

Bersempena dengan ulang tahun pertama YB Menteri di MOA, beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua warga MOA di atas sokongan dan berhasrat agar MOA akan terus maju kehadapan dan melakukan anjakan demi kejayaan industri agromakanan negara.

Beliau menekankan tentang prinsip keinsafan yang mendalam di mana dalam kehidupan ini adakala kita berada di bawah dan adakala kita berada di atas. Allah boleh muliakan kita dan juga boleh menghina kita pada masa-masa tertentu.

Peluang ini perlu dimanfaatkan sepenuhnya untuk mendirikan negara bangsa dengan penuh integriti. Institusi pentadbiran negara perlu diperkasakan dalam tempoh 5 tahun ini dengan melahirkan teknokrat yang penting untuk negara.
Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 39136 Tarikh Kemaskini : 17-06-2019
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.