Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Album Pulau Ketam, Klang : 27 September 2018 Lawatan kerja YB Sim Tze Tzin Timbalan Menteri Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani ke Pulau Ketam Back to Top

Photos

Pulau Ketam, Klang : 27 Sept 2018

Lawatan kerja YB Sim Tze Tzin,Timbalan Menteri Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani ke Pulau Ketam bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi oleh penternak ikan dan nelayan serta mencadangkan program transformasi sektor perikanan bagi meningkatkan produktiviti dan pendapatan mereka.

Beliau memaklumkan bahawa pihak kerajaan komited dan serius untuk melihat kekangan dari sudut perundangan, penguatkuasaan dan pengezonan kawasan perairan untuk mengatasi isu pencerobohan dan ketirisan hasil perikanan negara.

Di dalam program tersebut, YB Sim Tze Tzin telah mengumumkan bahawa satu Jawatankuasa Antara Kementerian (Inter Ministerial Committee) melibatkan MOA, MOH, KLN, MOT, KDN, MINDEF akan ditubuhkan untuk menyelesaikan isu pencerobohan vesel asing yang menyebabkan ketirisan ikan dan memberi kesan kepada ekonomi rakyat Malaysia.

Selain perikanan tangkapan dan ternakan ikan akuakultur, aktiviti agro pelancongan turut diberi perhatian dan MOA akan meningkatkan kemudahan infrastruktur bagi aktiviti ini di Pulau Ketam.

Dalam perkembangan yang sama, beliau telah meninjau aktiviti pemeriksaan vesel pukat tunda oleh Penguatkuasa DOF di sekitar perairan Pulau Ketam. DOF memandang serius kepada penggunaan saiz mata pukat keroncong kurang 38mm dan akan bertindak sekiranya saiz mata pukat yang digunakan tidak memenuhi syarat.

Di akhir lawatan kerjanya pada hari ini, beliau telah ke salah sebuah ladang ternakan ikan marin dalam sangkar di Pulau Ketam yang memiliki sijil MyGAP. Terdapat 750 unit sangkar di situ dengan kapasiti pengeluaran sekitar 300 tm ikan marin pelbagai spesis bernilai lebih RM6 juta setahun. YB Sim turut mengalu-alukan semua pengusaha akuakultur untuk mendapatkan Pensijilan MyGAP bagi perluasan pasaran tempatan dan eksport.
Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 40623 Tarikh Kemaskini : 22-07-2019
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.