Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Album Serdang : 24 September 2018 Persidangan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Tahun 2018 diteruskan lagi hari ini dengan pembentangan 10 lagi Kertas Utama dan Kertas Makluman Back to Top

Photos

Persidangan Pegawai-Pegawai Kanan Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) Tahun 2018 diteruskan lagi hari ini dengan pembentangan 10 lagi Kertas Utama dan Kertas Makluman yang membawa rumusan berikut :

1. Pengeluaran akuakultur negara meningkat 4.8% pada tahun 2017 berbanding 2016 dan peningkatan 9.2% dari segi nilai. Pengusaha sediada mampu mengembalikan Malaysia sebagai pengeluar utama di Asia dengan memperkasakan engagement, khidmat nasihat teknikal dan bantuan pasaran untuk meningkatkan taraf hidup kumpulan sasar.

2. DOF komited untuk inisiatif e-Catch Documentation & Traceability (e-CDT) bagi membenteras kemasukan ikan dan produk ikan dari aktiviti IUU.

3. Agen pengembangan #myDOF meningkatkan integrasi pengembangan perikanan dilakukan dengan melibatkan komuniti nelayan, seperti menguruskan konservasi sumber perikanan dan perluasan produk perikanan.

4. Kesedaran di dalam pematuhan peraturan dan kawalan biosekuriti penting untuk mengatasi halangan perdagangan global. DOF memberi fokus kepada peningkatan kapasiti barisan hadapan dan kerjasama dgn pihak berkepentingan.

5. Dasar Pembangunan Sumber Manusia dibentangkan bagi melahirkan modal insan yg berkualiti, berkemahiran, berilmu, bertindak pantas dan cekap. Pengukuran pencapaian #myDOF berdasarkan kemampuan sebagai fasilitator, pemudahcara kepada kump sasar dan menyelesaikan masalah di peringkat akar umbi.

6. Pemodenan vesel penangkapan ikan adalah selaras dengan dasar DOF untuk tidak mengeluarkan permit laut dalam bagi bot terpakai/dibeli dari luar negara. Dalam usaha mentransformasi nelayan, DOF akan mengatur engagement bagi mempertemukan syarikat pembina bot, pemilik permit bot dan pihak industri.

7. R&D&C merupakan keperluan kritikal untuk hasilkan inovasi dan produk baru melalui ‘creative solution’ untuk digunapakai secara industrial link research di dalam seluruh rantaian nilai industri perikanan. DOF juga akan mewujudkan stesen penyelidikan untuk penyelarasan kokus kerang-kerangan.

8. Di dalam persidangan ini, taklimat kepada Ketua PTJ/Peg Pengawal juga diadakan supaya semua pegawai mematuhi kpd Arahan Perbendaharaan. Ini amat penting untuk kawalan pengurusan kewangan yang cekap, sumber kerajaan diurus dengan berhemat, telus, menghasilkan output, outcome serta efisien.

9. Pelan Strategik ICT DOF telah dibangunkan ke arah pengurusan data perikanan yang lebih inovatif dan efisien. Prestasi pelaksanaan terus ICT & model-model sistem sediada perlu dinilai keberkesanan dan kecekapannya supaya data-data dapat dimanfaatkan secara Big Data Analytics (BDA).

10. Dengan kapasiti yang terhad, DOF perlu mengoptimum dan memantapkan sumber sediada melalui penguatkuasaan maritim dengan kerjasama agensi penguatkuasaan lain, serta memerkasakan MCS bagi mengurangkan kerugian kepada sumber perikanan disebabkan ketirisan ikan selain konflik nelayan yang berpanjangan
Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 40619 Tarikh Kemaskini : 22-07-2019
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.