Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Album Batu Maung, 21 April 2018 : Galeri Tuna #myDOF Kini Dibuka Di Akuarium Tunku Abdul Rahman, Back to Top

Photos

GEORGETOWN, 21 April : Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) kini membuka satu galeri tuna sebagai daya tarikan baharu di Akuarium Tunku Abdul Rahman, Batu Maung.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi berkata, Galeri Tuna #myDoF di FRI Batu Maung ini mempamerkan model kapal penangkapan ikan tuna, jenis ikan tuna serta industri hiliran tuna yang boleh dijadikan tempat rujukan kepada para penyelidik tempatan, pihak universiti dan juga agensi-agensi luar yang menceburi industri tuna di Malaysia, jelas Munir.

Selain itu, Munir berkata jumlah pengunjung yang direkodkan melawat Akuarium Tunku Abdul Rahman melebihi 100 ribu orang setahun disifatkan beliau sebagai positif kerana pameran yang disajikan DOF amat menarik meliputi pameran pendidikan flora dan fauna marin dan juga ekosistem tempatan seperti kuda laut yang sesuai untuk semua lapisan umur masyarakat. DOF menjangkakan kunjungan akan semakin meningkat tahun ini dengan adanya daya tarikan baharu Galeri Tuna #myDoF yang memberi peluang pengunjung mengenali spesis tuna dengan lebih mendalam serta mendapatkan informasi mengenai penyelidikan tuna yang telah dijalankan oleh DOF, jelasnya.

Tambah Munir lagi, pembinaan galeri tuna di perkarangan Akuarium Tunku Abdul Rahman adalah kerana Pulau Pinang amat sinonim dengan industri perikanan tuna sejak tahun 1960an lagi dan kini pihak DOF komited bagi merancakkan pembangunan industri perikanan dengan meningkatkan pendaratan ikan tuna di Pelabuhan Pulau Pinang, ujar beliau.

Statistik DOF menunjukkan bahawa Pulau Pinang mencatatkan rekod pendaratan tuna sebanyak 2,500 tan metrik tuna daripada nilai keseluruhan sebanyak 99,200 tan metrik iaitu 2,143 tan metrik tuna oseanik dan 213 tan metrik tuna neritik dan 144 tan metrik tuna pelbagai spesis dengan nilai anggaran RM 45 juta daripada jumlah keseluruhan kira-kira RM 700 juta.

Beliau berkata kepada media selepas majlis perasmian Galeri Tuna sempena Fiesta Tuna #myDOF di sini hari ini. Majlis tersebut disempurnakan Yang Di Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Datuk Seri Utama Abdul Rahman Abbas,. Turut hadir Dr. Zainoddin Jamari, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan DOF.

Mengulas mengenai Pembangunan Industri Tuna Negara, Munir berkata, pada masa ini pihak Kerajaan telah meletakkan sasaran untuk mendaratkan 30,000 tan metrik ikan tuna dari Lautan Hindi yang bernilai RM300 juta menerusi pemberian lesen operasi kepada 135 unit vesel tuna menjelang 2020. Buat masa ini pihak Kementerian melalui Jabatan Perikanan telah melesenkan 19 buah vesel untuk beroperasi di Lautan Hindi. Ini bagi menyokong untuk mencapai sasaran pendaratan tuna Malaysia sebanyak 130,000 tan metrik dengan nilai RM 1 Billion menjelang 2020, jelas Munir lagi.
Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 40619 Tarikh Kemaskini : 22-07-2019
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.