W3C
 
Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T

Album JABATAN PERIKANAN MALAYSIA 2018 Back to Top

Albums

Sesi temuramah Harian Metro bersama Ketua Pengarah Jabatan Perikanan
Malaysia mengenai industri kerang di Malaysia
Semporna; 24 Februari 2018

Soft Launch Seaweed Splash 2018 pagi ini di Dataran Regatta Lepa, Semporna.

Semua rakyat Semporna & Sabah serta seluruh Malaysia ramai2 kita serbu Semporna pada 30 Mac - 1 Apr nanti!

Mahek kamemon! Jom dtg ramai2! Ingat rumpai laut ingat Semporna
Warna-warni kemeriahan Semporna yang begitu sempurna di Hari Pertama Gelombang Nelayan Nasional 2018 : Seaweed Splash ??????

Seaweed Explorace, Sukan Tarik Tali, Pertandingan Kulinari & Masakan Seaweed, DJ Corner, Cabutan Bertuah, Seaweed Buskers, Tarian Mengalai, Duta Seaweed dan bermacam-macam lagi.
Warna-warni kemeriahan Semporna, antara daerah yang terindah di Malaysia di Hari Kedua Gelombang Nelayan Nasional 2018 : Seaweed Splash
Seaweed Fun Run & Cycling, Pelantar Rumpai Laut Lok Buton, Pertandingan Menulis Esei & Pidato Seaweed, Majlis Perasmian GNN2018:SeaweedSplash, Cabutan Bertuah dan bermacam-macam lagi
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) added 20 new photos.
22 hrs · 
Warna-warni sekitar Cabaran Pertandingan Memancing Wanita di Sungai Kuala Kerteh pagi ini Jumaat 6 April 2018.

Perasmian & penyampaian hadiah oleh Datuk Hajah Rohani Binti Abdullah, Pegawai Khas Parlimen Kemaman bersama En Badrul Hisham Mohd, Timb Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani

Menyusuri muara Sungai Kerteh sepanjang 1 km, kelihatan ribuan pemancing wanita telah beraksi ???????? Sebanyak 5,500 ekor benih ikan Siakap turut dilepaskan ke Sungai Kuala Kerteh untuk mengimbangi ekosistem & mempelbagaikan aktiviti rekreasi orang ramai.

Tahniah wanita Kemaman! ???????? Lebih 600 penyertaan dari kalangan wanita tempatan yg datang bersama keluarga masing-masing & hampir 3,000 pengunjung hadir.
PROGRAM JUALAN PASAR AKUAKULTUR MERIAH

Serdang, 7 April: Jabatan Perikanan Malaysia telah mengadakan program Jualan Pasar Akuakultur DOF yang diadakan minggu pertama setiap bulan di Laman Perikanan, MAEPS, Serdang, Selangor.

Program yang dihostkan oleh Bahagian Biosekuriti Perikanan disokong oleh bahagian/negeri yang berhampiran di hadiri kira-kira 200 pengunjung pelbagai lapisan bagi menyertai pelbagai acara yang di anjurkan pihak jabatan.

Turut hadir menyerikan majlis Puan Tan Geik Hong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan YBhg. Dato' Adnan Hussain, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan.
Warna-warni sekitar Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bagi tahun 2017. Meraikan seramai 167 warga #myDOF pelbagai gred di seluruh Malaysia.

Ketua Pengarah DOF menyentuh tentang Prinsip-Nilai Tiga Serangkai Wala-Wasatiyyah-Tabayyun yang perlu dijadikan teras dalam melaksanakan kerja dan tugasan.

Wasatiyyah, menekankan tentang kepentingan kesederhanaan, seimbang lagi cemerlang. Dan Tabayyun, menyelidiki dahulu sesuatu berita yang diterima dengan teliti, sebelum mempercayai dan membuat keputusan untuk disebarkan.

Perkongsian firman Allah SWT : Surah Al-Ankabut ; 69

Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
Sesi engagement bersama nelayan dan pengusaha produk perikanan di Kemaman serta liputan oleh TV9.

Wakil nelayan dan pengusaha produk perikanan berterima kasih kepada pihak kerajaan sediada di dalam menyelesaikan isu-isu akar umbi & memudahcara demi kesejahteraan serta pembangunan ekonomi masyarakat setempat.

Dataran Perikanan di Pantai Mok Nik, Kemaman akan menghimpunkan penggiat industri perikanan dengan mewujudkan jenama produk perikanan Kemamandan memasarkan produk berkualiti premium dengan harga borong. Juga memberi peluang untuk memperkembangkan ekonomi, pembangunan usahawanita dan peluang pekerjaan.
Siri Jelajah Perikanan Bertemu Nelayan & Pengusaha Perikanan di enam (6) Lokasi Komuniti Nelayan Johor Barat.

1? Lokasi pertama di Sg Ayam, Senggarang Johor. Pengusaha kerang di sini mampu mengutip 1 tan metrik kerang sehari di mana hasilnya dijual dengan harga RM3.50-8.00/kg & RM15/kg untuk isi kerang. Juga membincangkan mengenai isu penggunaan bubu naga untuk tangkapan udang/ikan yang menjejaskan sumber. Selain dari isu pelesenan dan aduan nelayan.

2? Lokasi kedua #myDOF bertemu mata dengan nelayan Tampok, Pontian yang membangkitkan isu pencerobohan pukat tunda, permohonan lesen dan pengkomersilan ternakan kerang yang memerlukan dana besar. Pihak Kerajaan akan meneliti setiap isu serta tidak akan membiarkan rakyat terbeban.

3? Lokasi ketiga di Ayer Baloi, Pontian bertemu nelayan dan pengusaha kerang. Potensi Pontian sebagai Hub Kerang-Kerangan Negara melalui sistem pengurusan ternakan dan nilai tambah yang dapat meningkatkan pendapatan. Komuniti nelayan turut membantu memantau di dalam menguatkuasakan peraturan untuk mewujudkan suasana harmoni antara nelayan.

4? Destinasi keempat ke Kg. Penerok, Pontian bertemu nelayan yang menghadapi masalah taburan serta pasaran kerang di mana harga jualan tidak stabil akibat penglibatan orang tengah. Nelayan turut menyuarakan keperluan bantuan infrastruktur mengangkut kerang serta isu pencerobohan pukat tunda dan lesen sampan.

5? Lokasi kelima bersama nelayan Pangkalan Penghulu Mukim Serkat, Pontian. Transformasi Pukat Tunda diteruskan demi kemampanan sumber dan kebajikan nelayan kecil. Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) komited perubahan kepada nelayan dengan sokongan Komuniti Perikanan #myKP. Lihat potensi nilai tambah seperti memancing dan kitaran hutan paya bakau.

6? Lokasi terakhir (keenam) bersama nelayan Mukim Serkat, Tg Piai yang terkesan dengan pembinaan benteng pemecah ombak. Nelayan disyorkan untuk terlibat di dalam aktiviti Agrotourism, Akuakultur, Pasar Nelayan, Medan Ikan Bakar, Homestay, Pelancongan dan membekalkan bahan makanan kepada kapal berlabuh
Majlis Serah Tugas Datuk Seri Shabery Cheek kepada YB Tn Hj Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani

1. Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani umpama universiti yang amat bererti dalam kehidupan. Menerajui Kementerian yang strategik demi memastikan bekalan rantaian makanan yang mencukupi kepada rakyat.

2. Persahabatan yang mempunyai nilai sentimental, penuh liku-liku perjuangan yang masih belum selesai di antara kedua-duanya. Matlamat dan visi yang sama demi kualiti hidup rakyat. Dasar sediada diteruskan dengan nilai tambah dan keterbukaan dlm menerima ilmu.

3 Asas kekuatan warga MOA adalah keikhlasan mereka untuk melihat negara adalah selamat dah kecukupan bekalan makanan kepada rakyat.

4. Dalam Sidang Media YB Menteri Pertanian & Industri Asas Tani memaklumkan bahawa MOA memberi jaminan bahawa bekalan makanan semasa bulan Ramadhan dan musim perayaan adalah mencukupi. Manakala penguatkuasaan bagi memastikan harga barangan terkawal adalah di bawah tanggungjawab KPDNKK
 Taklimat Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) kepada YB Tn Hj Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.

YBM akan menyelesaikan isu pelesenan dan pencerobohan dengan segera serta membangunkan nelayan darat. Birokrasi akan dihapuskan tanpa menjejaskan kecekapan serta sumber. Penjawat awam perlu bertugas dengan baik dan berkhidmat untuk rakyat.
Warna-warni sekitar Promosi Jualan Murah Belanja Aidilfitri di Pasar Tani, Shah Alam. Jualan ikan tongkol, ikan kembung, udang, kerang dan kupang segar dengan harga yang amat berpatutan!

YBM Tuan Haji Salahuddin Ayub mempromosikan udang segar dari ladang MyGAP sekitar Selangor yang habis terjual sebanyak setengah tan pagi ini! Manakala kerang dan kupang dara dibawa terus dari Pontian turut mendapat permintaan tinggi. Ikan tongkol berat melebihi 1 kg/seekor serta ikan kembung dijual dengan harga di pelabuhan
Tinjauan Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) ke sekitar Kompleks LKIM Endau, bertemu dengan pemilik bot dan pengusaha perikanan.

DOF mencadangkan untuk pemodenan vesel perikanan yang menarik minat golongan muda. Juga mencadangkan peningkatan kemudahan infrastruktur jeti pendaratan seperti kren, freezer, cold room dan sebagainya
Sesi Engagement Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) bersama komuniti nelayan kawasan Endau, Mersing.

Jawatankuasa Pembangunan Perikanan di Endau dianggotai kumpulan nelayan akan ditubuhkan. Dengan pertambahan bilangan bot mendarat, Endau Mersing berpotensi sebagai hub perikanan melalui penubuhan syarikat konsortium dan transformasi nelayan.

Ketua Pengarah DOF juga telah menyerahkan surat tawaran pelantikan Ketua Komuniti Jaringan Perikanan kawasan Endau khusus untuk merangka, mewujudkan kelompok untuk mengenalpasti isu dan mencadangkan penyelesaian isu serta halatuju pembangunan pelabuhan perikanan Endau.
Mersing; 25 Jun 2018. Sesi Engagement bersama penternak akuakultur Kg Gajah Mati, Mersing.

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) akan mewujudkan projek berkelompok kepada 50 penternak akuakultur Mersing seperti ternakan ketutu dan kerai lampam dalam kolam/lombong. Projek Belia tilapia merah di Felda Tenggaroh juga akan dikembangkan kepada tilapia gift
Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengadakan satu perjumpaan bersama Nelayan Tanjung Sepat bagi mendengar pemasalahan serta isu yang melibatkan Komuniti nelayan khasnya di Tanjung Sepat.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi berkata perjumpaan ini bagi mendengar keluh kesah nelayan setempat disamping bertukar-tukar pandangan berhubung isu perikanan di Selangor.

Dalam pertemuan yang dihadiri kira-kira 50 orang nelayan Tanjung Sepat, antara isu yang dibangkitkan seperti isu pencerobohan, isu pengurusan sumber serta hal ehwal bantuan dari pihak DOF, jelas Munir lagi.

Beliau berkata demikian sejurus perjumpaan bertempat di Pondok Nelayan Tanjung Sepat di sini hari ini. Turut hadir Azlisha Ab Aziz, Pengarah Perikanan Selangor.

Pada perjumpaan tersebut, Munir turut menyerahkan pelantikan Ketua Jaringan Komuniti Nelayan kepada 3 wakil nelayan dari 2 pengkalan berhampiran & turut melekatkan pelekat aduan FISHCOMM kepada sebuah vesel zon A.

Rata-rata nelayan di Tanjung Sepat, Sepang adalah terdiri dari nelayan zon A dan sebilangan kecil nelayan zon B
Sesi perjumpaan Ketua Pengarah Perikanan bersama warga Jabatan Perikanan Perlis berlangsung penuh ceria dan harmoni.

Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi dalam ucapan beliau berkata, perjumpaan tersebut dirangka bagi menyampaikan hala tuju perkembangan DOF serta dasar terkini kepada warga DOF Perlis bagi makluman bersama supaya setiap kakitangan DOF faham dan jelas peranan DOF dalam memberikan perkhidmatan kepada kumpulan sasar jabatan, jelas beliau.

Turut hadir pada majlis tersebut adalah Ismail Ibrahim, Pengarah Perikanan Perlis. Program tersebut turut diselitkan dengan sambutan hari raya aidilfitri peringkat DOF Perlis dan Sambutan Hari Lahir Warga Kerja pejabat tersebut
Warna-warni kemeriahan di #myDOF Valley, Laman Perikanan MAEPS Serdang hari ini.

Jualan ikan akuakultur segar dari ladang MyGAP & produk perikanan.

Pelbagai aktiviti menarik termasuk pertandingan memancing anjuran bersama Wak Jali. Anak-anak ceria bermain
YBM memaklumkan bahawa Elaun Sara Hidup Nelayan yang diberikan untuk meringankan beban nelayan akan diteruskan. Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani akan melakukan pemutihan, hanya nelayan tulen saja menerima bantuan.

MOA akan perkenalkan skim baharu e-card bertujuan untuk membantu keperluan asas hidup.

Nelayan diingatkan supaya jangan menceroboh kawasan dan sentiasa mematuhi peraturan dan syarat-syarat pelesenan.

Penggunaan bubu naga adalah tidak dibenarkan! MOA akan pastikan pengusaha bubu naga tidak mengganggu nelayan pantai.

MOA adalah Kementerian for the Malaysian! yang memberi beri bantuan dan insentif, tetapi juga mengambil tindakan kepada nelayan yang melakukan kesalahan.
Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan 1Malaysia
(1MOCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : hqhelp[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 33173 Tarikh Kemaskini : 21-07-2018
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.