Reset Setting
web2.jpg
default_bg.png
seam1.jpg
newbg3.jpg
W3C
Reset Setting Change contrast to brightChange contrast to originalChange contrast to darkChange font size to lower sizeChange font size to original sizeChange font size to large size
T
T
T
T
T
 
 
image
Soalan
Lazim
image
Hubungi
Kami
image
Aduan dan
Maklum Balas
image
Peta
Laman

Album ALBUM JABATAN PERIKANAN MALAYSIA 2017 Back to Top

Albums

Projek Kluster Pantai Kundor Kota Bharu (10 peserta). Hasil 2.5tm/RM30k Siakap dan Kerapu dituai sebelum banjir.
28 March 2017; Pelepasan 25,500 ekor benih ikan di Lubuk Yu, Maran bersama KDYMM Tengku Puan Pahang
Hasil kajian pencemaran logam dalam ikan dari aktiviti bauksit adalah rendah
40 SUPER Kelantan bantu cari mangsa lemas di Kg Laut, Tumpat. Mayat mangsa lemas dijumpai.
DOF membantu kerja-kerja pembersihan 6 unit sangkar yang pecah ditimpa pokok di Kelompok Sangkar Air Tawar Pulau Musang, Kuala Terengganu. Anggaran kerugian ikan baung dan patin dianggarkan sebanyak RM50 ribu.
Ternakan Kelah di Mersing Johor yang diusahakan oleh En Mohamad Hanafi Awang, Syarikat Far East Planet Agro Farm.
Pengusaha berjaya menternak Ikan Kelah Biru dan Kelah Merah di samping ternakan Tilapia, Lampam dan Kerai.
Mendapat bantuan Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri untuk pembiakan benih ikan kelah serta bantuan dari segi kawalan penyakit serta peningkatan kemudahan aspek Biosekuriti.
Pengusaha juga mempelbagaikan aktiviti yang sesuai bagi tujuan agro pelancongan seperti ternakan haiwan lain & tanaman serta mempunyai restoran. Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
Kluster Ternakan Kupang Menggunakan Sistem Smartline di ZIA Teluk Jawa, Pasir Gudang, Johor Bharu.
Melibatkan 25 orang nelayan di bawah seliaan Jabatan Perikanan (DOF) dengan kerjasama Persatuan Nelayan Kawasan Johor Selatan (PNKJS) sebagai peneraju pemasaran.
Tuaian hasil sebanyak 10 tan metrik pada akhir Dis 2016 dengan nilaian RM15,000.
Projek berjaya meningkatkan pendapatan tambahan kepada nelayan terutama yang tidak dapat ke laut ketika musim tengkujuh, di antara RM350-1,000
Putrajaya, 2 Feb 2017. Majlis Penyerahan Bendera Kontinjen DOF Sempena Sukan MOA 2017 Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani
Semoga Berjaya #myDOF!!
Pantang Undur Pantang Menyerah #myDOF Terus Mara!
Majlis plepasan benih ikan smpena Hari Wilayah Persekutuan. Kerjasama DOF dan Perbadanan Putrajaya. Sumbangan benih dari pusat DOF
Temuramah DOF bersama En. Laupa dari Utusan Malaysia mengenai pengurusan ikan yu di Malaysia
Perjumpaan Ramah Mesra KPP bersama nelayan laut dalam mengenai PLKS di Kedah
Sematan, 10 Feb 2017. Program Permata Lautan Bersama Komuniti Nelayan Sematan
Kuantan, 10 Feb: Majlis Ramah Mesra Ketua Pengarah Perikanan bersama pengusaha bot laut dalam di Pusat Biosekuriti Perikanan Kuantan di sini hari ini.
Turut hadir YBhg Dato' Adnan Hussien, Pengarah Perikanan Negeri Pahang
Gelang Patah, 13 Feb: Majlis Penyerahan Bangunan Kompleks Jabatan Perikanan Negeri Johor dari Jabatan Kerja Raya Johor kepada Jabatan Perikanan Malaysia.
Majlis ini disaksikan oleh YBhg. Datuk Ismail Abu Hassan, Ketua Pengarah Perikanan. Turut hadir sama Dr. Mazuki Hashim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan serta pegawai kanan JKR Johor/Jabatan Perikanan.
Jabatan Perikanan Malaysia ingin memberitahu orang awam mengenai Spesis- Spesis Ikan Bukan Asli Yang Di Larang Di Lepaskan ke Perairan Umum seperti dalam jadual tertera.
Program pelepasan ikan di perairan umum oleh Jabatan Perikanan Malaysia (Negeri Sembilan) di Empangan Teriang, Jelebu
Disempurnakan oleh ADUN Kuala Klawang YB Dato Hj. Yunus Rahmat. Sebanyak 5,000 anak ikan Loma & Jelawat telah dilepaskan.
Di penghujung tengkujuh Pantai Timur. Bekalan ikan stabil.
Majlis pelepasan benih udang galah di Rompin oleh YB Rompin
Pelepasan benih ikan & udang ke perairan umum oleh YB EXCO Pertanian Johor
DOF Kedah menyita 4 jenis peralatan menangkap ikan larangan : Pukat Rawa, Pukat Tunda Haram & Pukat Pari
Perasmian Program
 Operasi rampasan pukat kenka dua bot dibuat oleh DOF Penang. Pukat 300 kaki ini ditarik dengan tangan
#myDOF sertai gotong royong program GTN di kawasan Sawah Padi di Kg Sg Rambai Sg Manik
DOF Selangor jalankan operasi tangkapan pengutip benih kerang tanpa lesen di Kuala Selangor. Kerang saiz > 4mm dilelong
MPI bersama nelayan berkaitan PLKS & stok sumber ikan kembung
Putrajaya, 1 Mac 2017. Majlis Perundingan Industri (MPI) bersama nelayan.
Nelayan mengucapkan terima kasih di atas penangguhan pelaksanaan Pas Lawatan Kerja Sementara (PLKS).
DOF mengumumkan hasil kajian sumber ikan kembung.
3 Mac 2017. Perhimpunan Bulanan Jabatan Perikanan Malaysia.
Kg. Gajah, Perak : 7 Mac 2017
Majlis Penyampaian Elaun Sara Hidup Nelayan Darat (ESHND) kepada 94 orang nelayan darat di Daerah Kecil Kg Gajah, oleh YB Dato' Sri Haji Tajuddin Abdul Rahman, Timbalan Menteri Pertanian & Industri Asas Tani.
Kuala Lumpur, 9 Mac : Temubual Dalam Segmen Agro Tani di Radio Nasional.FM mengenai Isu Bekalan Ikan Kembung menampilkan Encik Abu Talib Ahmad, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan selaku jurucakap jabatan di Wisma Radio, Angkasapuri
Pendaratan sebanyak 98 t.m ikan tuna dari 3 buah vesel hari ini di Penang Port
Masjid Tanah ; 13 Mac 2017. Perjumpaan Nelayan Bersama Ketua Pengarah DOF di Pusat Konservasi Penyu, Padang Kemunting, Melaka
Subang, 16 Mac: Operasi Pemantauan Ikan Larangan Import di Premis-Premis Akuarium di sekitar Subang diketuai oleh Encik Mohd Fauzi Salehon, Pegawai Perikanan dari Bahagian Perlindungan Sumber. Turut serta seramai 25 kakitangan jabatan, MAQIS serta pihak kementerian.
Operasi pemantauan pada kali ini bertujuan untuk memberi pendedahan serta pendidikan kepada penjual ikan hiasan mengenai perkara tersebut
Kunjungan Datuk Ketua Pengarah Perikanan ke booth Jabatan Perikanan sempena LIMA17
Program CSR GTN. Gotong royong membersihkan tali air Kg Sungai Rambai, Teluk Intan #TransformasiPertanian
Gelombang Tani Nasional (GTN) di Kg. Chikus, Sg Manik bersama YBTM1 MOA
Pasir Puteh, 25 Mac 2017 ; Ketua Pengarah Perikanan meninjau aktiviti pendaratan ikan di Kompleks LKIM Tok Bali. Lebih 4,000 tm ikan sebulan (kebanyakkannya tuna neritik) yg didaratkan di pelabuhan ini dieksport ke Thailand melalui Pangkalan Kubor.
YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek meninjau aktiviti pendaratan ikan di Pelabuhan Tok Bali yg berpotensi sbg hub perikanan laut dalam
Pemasangan Alat AIS di atas vesel pukat tunda Zon B di Jeti LKIM Kuala Kedah
High Level Workshop for National Fisheries Transformation.MOA,DOF,LKIM,ECER,PEMANDU,PNK & NEKMAT
YBM DS YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek meninjau progress pemasangan alat AIS di atas vesel pukat tunda Zon B di Jeti LKIM K.Kedah
YBM YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek : Menjelang 2020, persatuan nelayan mampu sumbang 50% daripda seluruh nilai industri perikanan negara
Nelayan memukat sotong di perairan Langkawi di sekitar Nov-Apr (musim sotong) untuk tambah pendapatan
Ternakan ketutu dlm tangki RAS di K.Sanglang,Kedah oleh Sykt WildMarbleGoby.Pasaran utk restoran sekitar A.Setar dgn hrga RM100/kg
Sekitar lawatan kerja YAB Dato' Seri Utama Haji Mohamad Hasan, Menteri Besar Negeri Sembilan ke Pusat Ikan Hiasan Port Dickson pada 4 April 2017.
Kerajaan Negeri komited untuk bekerjasama dengan Jabatan Perikanan dalam membantu usaha-usaha pemuliharaan sumber perikanan di perairan Port Dickson.
Pewujudan kawasan perlindungan marin di Tanjung Tuan pada tahun 1994 telah membuahkan hasil apabila hidupan marin yang dipamerkan di Pusat Ikan Hiasan Port Dickson seperti karang (coral) dan ikan inggu (clown fish) adalah produk asli di perairan di daerah ini.
5 April ; Dato' Sri Haji Tajuddin Bin Abdul Rahman (YBTM1) bersama kakitangan DOF & penduduk kampung dalam aktiviti demonstrasi masakan, gotong royong & memancing di Kampung Sungai Rambai
Temui kami di Jabatan Perdana Menteri sempena Pelancaran Kempen MYsavefood yang dirasmikan oleh YBhg.Tan Sri Dr. Ali Hamsa (KSN)
Sekitar Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) Jabatan Perikanan Malaysia pada 6 April 2017.
Seramai 170 warga #myDOF diraikan sebagai penerima anugerah APC bagi tahun perkhidmatan 2016. Syabas & tahniah diucapkan!
9 April 2017 : Aktiviti gotong royong di Pra Pelancaran #GTN2017 Sungai Rambai
NELAYAN SABAH DAN PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN SEBULAT SUARA MENYOKONG USAHA KERAJAAN UNTUK MENYENARAIKAN 2 SPESIS IKAN PARI DAN 4 SPESIES IKAN YU DALAM PERATURAN PERATURAN PERIKANAN (PENGAWALAN SPESIES IKAN YANG TERANCAM) 1999
Sandakan, 13 April: Konsultasi dengan pihak berkepentingan bagi cadangan menyenaraikan tambahan spesies ikan yu dan pari dalam Peraturan Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999 , Akta Perikanan 1985 peringkat Sabah telah diadakan di Pejabat Perikanan Daerah Sandakan
Ia merupakan anjuran bersama Jabatan Perikanan Negeri Sabah dan Ibu Pejabat, Jabatan Perikanan Malaysia.
Konsultasi dihadiri oleh 100 orang wakil yang terdiri daripada nelayan, Persatuan Nelayan, agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO seperti WWF, Sabah Shark Protection Assoociation). Semua wakil yang hadiri konsultasi ini menyokong usaha kerajaan untuk menyenaraikan 2 spesies ikan pari dan 4 spesies ikan yu dalam Peraturan Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999 seperti berikut:-
1. Yu Sirip Putih (Carchahinus longimanus)
2. Yu Tanduk (Sphyrna zygaena)
3. Yu Tanduk (Spyhrna mokarran)
4. Yu Tanduk (Eusphyra blochii)
5. Pari manta (Manta birostris)
6. Pari manta (Manta alfredi)
Seramai 7 wakil nelayan dari Tanjung Aru, Sandakan , Ahli Lembaga Pengarah Persatuan Nelayan Sabah, Persatuan Nelayan Tawau, WWF dan Sabah Shark Protection Association telah memberi sokongan untuk menyenaraikan 6 spesies ikan yu dan pari dalam Peraturan Peraturan Perikanan (Pengawalan Spesies Ikan Yang Terancam) 1999.
Pulau Pinang ; 11 September 2017
Sekitar lawatan kerja Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek ke kilang memproses tuna/udang di Bukit Minyak, Seberang Perai untuk hasilkan tuna cube dan tuna saku bagi pasaran tempatan mahupun eksport serta majlis pendaratan 520 tan metrik tuna bernilai RM8 juta Dari vesel Malaysia milik syarikat Kha Yang Marine Sdn Bhd di Dermaga Air Dalam, Butterworth. Kementerian Pertanian & Industri Asas Tani melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) mensasarkan sebanyak 3,000 tan metrik dengan nilai RM 60 juta akan didaratkan di pelabuhan ini pada tahun ini. Sehingga September 2017 sahaja, sebanyak 1,100 tan metrik telah berjaya didaratkan di sini dan tidak mustahil sasaran pendaratan 3,000 tan metrik didaratkan dengan dengan usaha Kerajaan dan sokongan pihak swasta. Bagi pembangunan industri hiliran, disasarkan 10% dari tuna yang didaratkan adalah untuk pasaran tempatan. Penang Port Sdn. Bhd. menyokong penuh program pendaratan tuna di pelabuhan ini kerana ianya merupakan satu inisiatif strategik yang akan membawa limpahan manfaat ekonomi kepada penduduk tempatan
Perasmian Fiesta Ikan Sungei Lenggong oleh YB Dato' Sri Ahmad Shabery Cheek  Perak pengeluar ikan air tawar terbesar Negara
Ramah Mesra KP DOF bersama nelayan & penyerahan watikah ketua komuniti perikanan negeri Pahang
MERIAH | YB Dato' Sri Haji Tajuddin bin Haji Abdul Rahman, Timbalan Menteri Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani melancarkan Pesta Sukan Air anjuran Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
Tumpat, 22 Okt. 2017 - Sekitar Majlis Ramah Mesra YB Dato' Haji Tajuddin bin Abdul Rahman bersama nelayan Tumpat.
Sebelum majlis bermula, beliau berkesempatan turun ke laut untuk melihat operasi pukat hanyut di perairan Tumpat dan juga meninjau aktiviti ternakan ikan dalam sangkar di Sg Geting.
Di dalam majlis tersebut, beliau mengumumkan bantuan Kerajaan Persekutuan sebanyak RM250,000 bagi membina jeti tambatan bot nelayan kawasan pulau di Tumpat untuk kemudahan penduduk dan nelayan setempat.
Beliau turut menyampaikan Elaun Sara Hidup Nelayan, bantuan touch point makanan ikan, penyerahan kad nelayan, dan pelbagai bantuan lain di dalam program tersebut.
Turut mengiringi, pemangku Ketua Umno Bahagian Tumpat, Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz dan Adun Pengkalan Kubor, Mat Razi Mat Ail.
Dalam perkembangan yang sama, bantuan persekolahan kepada murid-murid Sek Keb Pengkalan Kubor, Tumpat turut diadakan bagi memberi motivasi dan semangat kepada pelajar dan guru-guru.
ASPIRASI PERIKANAN MENUJU TN50
Batu Maung, 1 Nov: Majlis Sentuhan dan Aspirasi Warga #myDOF Zon Utara di Institut Penyelidikan Perikanan di sini hari ini.
Menurut Ketua Pengarah Perikanan, Datuk Munir Mohd Nawi berkata, program ini diadakan adalah bagi mengeratkan silatulrahim antara pengurusan atasan bersama kakitangan jabatan disamping bertukar pandangan mengenai industri dan hal ehwal jabatan khasnya di zon utara ini.
Tambah Munir, program ini bagi memastikan halatuju jabatan berada dalam landasan betul melalui peranan kakitangan jabatan membantu kumpulan sasar jabatan iaitu penternak ikan dan nelayan
Turut hadir sama Tan Geik Hong, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) dan Abu Talib Ahmad, Pengarah Kanan Bahagian Penyelidikan dan dihadiri juga oleh 100 kakitangan jabatan pelbagai lapisan gred.
Chendering; 05 Nov 2017.
Sekitar sambutan ulangtahun ke 25 SEAFDEC/MFRDMD dan perasmian nama baharu ISMAT (Institut Marin Asia Tenggara)
Lawatan Rasmi His Royal Highness Prince Charles Philip Arthur George, Prince of Wales ke Worldfish, Pulau Pinang, pada 7 November 2017
Membincangkan mengenai kerjasama R&D bagi spesis tilapia, pemakanan ikan dan ekosistem perikanan.
Turut memberi penekanan terhadap isu coral reef degradation, port state measures, illegal, unreported, unregulated fishing (IUU) & destructive fishing method.
10.11.2017 : Perasmian Seafood Festival di Lulu Hypermarket & Department Store Capsquare, KL, dirasmikan oleh YBrs Pn. TKPP
Pelancaran Teknologi Peningkatan Pematangan & Pembenihan Ikan Kelah Biru
Batu Maung, Pulau Pinang, 21 Nov 2017. Pasukan Penyelidik Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui FRI Glami Lemi telah menghasilkan teknologi hatcheri pengeluaran benih kelah bagi mengurangkan kebergantungan kepada sumber benih liar.
Kajian berjaya meningkatkan kadar penetasan telur daripada 50% kepada 90% dan kadar peneluran ikan kelah juga meningkat dari sekali kepada empat kali setahun melalui penggunaan diet yang dirumus khas untuk kematangan induk ikan kelah.
Program ini adalah untuk menghasilkan stok baka induk kelah biru yang mendapat tumpuan, permintaan dan bernilai tinggi di pasaran sehingga mencecah sehingga RM1,000 sekilo, dan digelar raja ikan sungai.
23 November 2017 : YBM melawat sangkar teruk terjejas air pasang bsr di Pulau Aman, P.Pinang libatkan 2440 sangkar, 23 orang, kerugian RM43.3 juta. Penyerahan bantuan ihsan kpd penduduk Pulau Aman yg terkesan air pasang besar di Pulau Pinang.
 #myDOF salurkan bantuan touch point bernilai RM500 ribu. Bantuan touch point - benih ikan,mknn ikan,peralatan & pembaikan bernilai RM500ribu disalurkan kpd mangsa terkesan banjir di Pulau Pinang
PUTRAJAYA, 29 NOV 2017
Majlis Perhimpunan Bulanan dan Ikrar Bebas Rasuah (IBR) Jabatan Perikanan Malaysia (DOF)
YBhg Dato' Munir Mohd Nawi, Ketua Pengarah Perikanan memberikan penekanan terhadap pengurusan sumber perikanan melalui paradigma dan pendekatan mesra bersama nelayan serta rakyat.
DOF juga komited melaksanakan tanggungjawab dengan integriti dan menyokong penuh tindakan SPRM dalam membanteras gejala salah laku dan rasuah anggota perkhidmatan awam.
Perhimpunan ini juga diadakan secara konferensi video bersama warga #myDOF di Pejabat/Pusat Perikanan peringkat negeri.
Jabatan Perikanan Malaysia
Aras 1-6, Blok Menara 4G2,
Presint 4, 62628 Putrajaya

Pusat Panggilan Kerajaan Malaysia
(MyGCC) : 03-8000 8000
Faks : 03 - 8889 5490
E-Mel : pro[at]dof[dot]gov[dot]my
Dasar Privasi | Dasar Keselamatan | Penafian | Soalan Lazim | Bantuan | Peta Laman

Sesuai dipapar menggunakan IE 9.0, Firefox 3.0, Google Chrome 9.0 ke atas dengan resolusi 1024 x 768.
Sila klik disini untuk muat turun versi IE terkini dan muat turun Adobe Reader untuk melihat format PDF


Anda pelawat ke : 49425 Tarikh Kemaskini : 06-08-2021
Facebook Information FacebookFacebook adalah sebuah layanan jejaring sosial, pengguna dapat membuat profil pribadi, termasuk pemberitahuan otomatis ketika mereka memperbarui profilnya.     Twitter Information TwitterTwitter adalah layanan jejaring sosial dan mikroblog daring yang memungkinkan penggunanya untuk mengirim dan membaca pesan berbasis teks hingga 140 karakter, yang dikenal dengan sebutan kicauan (tweet).     Instagram Information InstagramInstagram adalah sebuah aplikasi berbagi foto yang memungkinkan pengguna mengambil foto, menerapkan filter digital, dan membagikannya ke berbagai layanan jejaring sosial, termasuk milik Instagram sendiri.     Youtube Information YoutubeYouTube adalah sebuah situs web berbagi video, situs ini memungkinkan pengguna mengunggah, menonton, dan berbagi video.     RSS Information RSSRSS adalah sebuah file berformat XML untuk sindikasi yang telah digunakan (di antaranya dan kebanyakan) situs web berita dan weblog. RSS digunakan untuk menyebar ringkasan tulisan terbaru di jurnal, artikel lengkap dan bahkan gambar dan suara.     QR Code Information Kode QRKode QR atau biasa dikenal dengan istilah QR Code adalah bentuk evolusi kode batang dari satu dimensi menjadi dua dimensi. Kode QR berfungsi bagaikan hipertaut fisik yang dapat menyimpan alamat dan URL.     Mobile Information Mobile WebMobile web bertujuan untuk mengakses layanan data secara wireless dengan menggunakan perangkat mobile seperti handphone, pda dan perangkat portable yang tersambung ke sebuah jaringan telekomunikasi selular.