Pilih satu Halaman

Pemakluman Pelaksaan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Bilangan 1/2022

Utama » Hebahan Warga » Pemakluman Pelaksaan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Bilangan 1/2022

22 April 2022

Dimaklumkan bahawa Jabatan Perikanan Malaysia akan mengadakan Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan dan Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) Bil 1 Tahun 2022  seperti butiran berikut :

Bil

PEPERIKSAAN

TARIKH

TEMPAT

1.

Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan

18 Mei 2022
(Rabu)

Dewan Sri Siantan
Perbadanan Putrajaya
Jalan P3F, Presint 3,
62100 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

2.

Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL)

18 & 19 Mei 2022
(Rabu – Khamis)

Dewan Sri Siantan
Perbadanan Putrajaya
Jalan P3F, Presint 3,
62100 Putrajaya,
Wilayah Persekutuan Putrajaya

Bagi kakitangan Jabatan yang telah memohon untuk menduduki Peperiksaan Perkidmatan Subjek Jabatan bagi tahun 2021, (seperti senarai di Lampiran A) permohonan terdahulu telah diambil maklum oleh pihak urusetia dan tidak perlu membuat permohonan baharu. Dimaklumkan juga bahawa permohonan bagi menduduki Peperiksaan Peningkatan Secara Lantikan (PSL) adalah dihadkan kepada lima puluh (50) calon sahaja atas kekangan kapasiti dewan peperiksaan. Keutamaan akan diberi kepada calon Peperiksaan Perkhidmatan Subjek Jabatan bagi urusan pengesahan dalam jawatan.

Sehubungan dengan itu, YBhg. Dato’ / Dr. / tuan / puan dimohon untuk menghebahkan pengumuman peperiksaan ini kepada pegawai di bawah seliaan YBhg Dato’ / Dr. /  tuan / puan. Untuk makluman, Jadual Peperiksaan, Sukatan Peperiksaan dan Borang Permohonan boleh dimuat turun dari laman web Jabatan di Warga > Peperiksaan >> Jadual Peperiksaan / Borang / Sukatan.

Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah difaks atau dikemukakan ke alamat di bawah selewat-lewatnya pada atau sebelum 29 April 2022 (Jumaat) 

Ketua Pengarah Perikanan Malaysia
Jabatan Perikanan Malaysia
Bahagian Khidmat Pengurusan
Wisma Tani, Aras 4, Blok 4G2
No.30, Persiaran Perdana, Presint  4
62628 PUTRAJAYA
(u.p: Seksyen Naik Pangkat & Prestasi)
Fax No : 03- 88 88 9972

Banner Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia