- Semasa Ucapan Belanjawan 2021, Kerajaan telah mengumumkan peruntukan sebanyak RM 150 juta dengan kadar 3.0 % bagi tujuan pembiayaan Program Pemodenan Vesel dan Mekanisasi Peralatan bagi Vesel Zon dan Zon B . Peruntukan ini adalah di bawah Dasar Jaminan Makanan (DJM) Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI).
- Dana ini memberikan kelegaan kepada kebanyakan pemilik vesel dimana objektif utama projek ini adalah pengwujudan ke arah pembangunan industri perikanan pantai menerusi program pemodenan vesel, menggalakkan penggunaan peralatan mesra alam serta peningkatan mekanisasi peralatan tangkapan vesel di Zon A dan Zon B;
- Program ini juga bertujuan membuka peluang nelayan tradisi di Zon A dan Zon B menaik taraf dan memodenkan vesel, mekanisasi, peralatan tangkapan yang lebih efisien dan mesra sumber, peningkatan aspek keselamatan dan peningkatan kualiti hasil tangkapan. Secara langsung meningkatkan pendaratan ikan dan pendapatan nelayan A dan Zon B;
- Dalam program ini, nelayan boleh memohon pembiayaan untuk Pemodenan Vesel, Mekanisasi Peralatan Tangkapan Ikan sehingga 5 juta bagi membiayai semua perkara berkaitan pembangunan pemodenan dan mekanisasi vesel. Terdapat 34 limbungan yang telah diiktiraf jabatan untuk melaksanakan pembangunan vesel.
KAEDAH MEMOHON DAN KELAYAKAN
Kriteria Permohonan
- Mempunyai lesen vesel menangkap ikan dan Kad Pendaftaran Nelayan yang masih di dalam tempoh sah lesen;
- Vesel lama adalah vesel asal;
- Mempunyai kelulusan ganti kulit/ ubahsuai yang dikeluarkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) melalui sistem eLesen Jabatan Perikanan Malaysia; dan
- Bagi permohonan ganti kulit vesel kayu kepada vesel selain kayu di bawah pemodenan vesel;- General Arrangement (GA) Plan vesel moden hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Kejuruteraan, Ibu Pejabat Perikanan untuk pengesahan dan kelulusan
1.0 Tatacara Program Pemodenan Dan Mekanisasi Vesel
- Pemohon/Limbungan hendaklah mengemukakan General Arrangement (GA) Pelan kepada Bahagian Kejuruteraan bagi tujuan pengesahan dan kelulusan terhadap GA yang dikemukakan;
- Permohonan memohon Permohonan Ganti Kulit melalui sistem eLesen Jabatan Perikanan Malaysia bagi kelulusan dengan menyatakan permohonan adalah di bawah Dana Jaminan Makanan (DJM) Program Pemodenan Vesel;
- Setelah kelulusan GA dan kelulusan ganti kulit diperoleh melalui Jabatan Perikanan Malaysia, permohonan akan disemak sebelum dikemukakan kepada Agorbank;
- Pembinaan vesel akan dimulakan setelah semua proses berkaitan dengan pihak Agrobank diselesaikan;
- Pemantauan pembinaan akan dijalankan Pasukan Verifikasi (mengikut keperluan dan terma yang dipersetujui antara Pemilik, Limbungan dan Agrobank) bagi tujuan pembayaran dan pemantauan program oleh Jabatan Perikanan Malaysia atau recognised organisation (RO) atau 3rd Party Surveyors yang disahkan Jabatan Perikanan Malaysia;
- Bahagian Kejuruteraan dan Bahagian Perikanan Tangkapan dan Pelesenan akan membuat pemeriksaan akhir terhadap vesel sebelum lesen dikeluarkan;
- Pembayaran akhir oleh Agrobank akan dibuat telah pengesahan akhir pelesenan dikeluarkan Jabatan; dan
- Vesel dilesenkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia
2.0 Tatacara Program Pemodenan Dan Mekanisasi VESEL
- Vesel hendaklah asal dan layak layar dan dalam tempoh sah lesen;
- Pemohon mengemukakan cadangan pembelian atau/dan cadangan ubahsuai vesel di bawah mekanisasi kepada Pejabat Perikanan Daerah (PPD)/Pejabat Perikanan Negeri (PPN) atau Agrobank;
- Kemukakan buku lesen vesel dan peralatan menangkap ikan dan Kad Pendaftaran Nelayan serta sebutharga barang yang hendak dibeli;
- Pemohon memohon permohonan berkaitan (ganti enjin/ubahsuai) di dalam sistem elesen Jabatan Perikanan bagi kelulusan (sekiranya berkaitan);
- Setelah kelulusan pembiayaan diperoleh, pemohon boleh memulakan kerja pembaikan/penambahbaikan/pembelian mekanisasi;
- Pemeriksaan Vesel oleh Jabatan Perikanan Malaysia (sekiranya perlu);
- Pembayaraan dilaksanakan Agrobank
SENARAI LIMBUNGAN YANG BERKEMAMPUAN MEMBINA VESEL PERIKANAN MODEN
NO. | NAMA SYARIKAT | ALAMAT SYARIKAT |
1 | Johor Shipyard & Engineering Sdn. Bhd. | Lot PT8436-A, Mukim Hutan Melintang, 36400 Daerah Hilir Perak, Perak |
2 | Sarawak Slipways Sdn. Bhd. | Lot 2045 Kuala Baram Industrial Estate, Miri, Sarawak, Malaysia |
3 | Cerana Tekniq Group Sdn. Bhd. | No. 10-1, Jalan 14/56, AU3 Hulu Kelang, 54200 Kuala Lumpur |
4 | Laju Kurnia Maju Shipyard Sdn. Bhd. | Sublot 26 & 27 Of Parent Lot 2126, Kuala Baram Land District, Miri, Sarawak |
5 | Kinabalu North Shipyard & Maritime Sdn. Bhd. | Sepangar Bay, Jalan Mawilla 2, 1KM Off Jalan Sepangar, 88460 Kota Kinabalu Sabah |
6 | Samudra Shipyard & Engineering Sdn. Bhd. | 37, Lebuh IKL 2/1, Taman Perindustrian IKS 2, 32000, Sitiawan, Lumut |
7 | Preston Shipyard Sdn. Bhd. | KM 9, Jalan Rancha Rancha, 87301 WP Labuan |
8 | Golden Allrich Sdn. Bhd. | Lot 29, Lorong Tanjung Kibong 2, Rantau Panjang 96000 Sibu Sarawak |
9 | MSET Shipbuilding Corporation Sdn. Bhd. | No. 19, Jalan Hiliran, Pulau Kambing, 20300 Kuala Terengganu, Terengganu |
10 | Lumut Lee Marine Engineering Sdn. Bhd. | Plot D3(B), Kampung Acheh Industrial Park, 32000 Sitiawan, Perak |
11 | Asia Slipway & Engineering Sdn. Bhd. | Kampung Sematang Pinang, 06600 Kuala Kedah, Kedah |
12 | Wasilah Engineering Sdn. Bhd. | 45-2 Jalan Equine 10F, Equine Park, Bandar Putera Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor |
13 | Nam Cheong Dockyard Sdn. Bhd. | Lot 332, Kuala Baram Industrial Estate, 98000 Miri, Sarawak |
14 | Amenkay Teknik Sdn. Bhd. | No. 23-2, Jalan Medan PB 3, Sekyen 9, 43650 Bandar Baru Bangi, Selangor |
15 | BBV Engineering (M) Sdn. Bhd. | No. 171, Persiaran PM/2, Pusat Bandar Seri Manjung, 32040 Seri Manjung, Perak |
16 | Gading Marine Engineering Sdn. Bhd. | No.6-2B, Ukay Boulevard, Jalan Lingkaran Tengah Dua Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor |
17 | Sing Kiong Hong Dockyard Sdn. Bhd. | No.1, Road 3, Sungai Antu, 96000 Sibu, Sarawak |
18 | Tuong Aik Shipyard Sdn. Bhd. | Lot 199, Jalan Sg. Ma’aw, Sungai Bidut, 96000 Sibu, Sarawak |
19 | Pernepa Engineering & Maritime Services Sdn. Bhd. | Kompleks LKIM Kuantan, Jalan Sri Kemunting 2, Tanah Putih, 25150 Kuantan, Pahang |
20 | Vitawani Shipbuilding Sdn. Bhd. | Lot 525 & 526, Block1 Land District, Seduan Land District, Rantau Panjang, 96000 Sibu, Sarawak |
21 | Grade One Marine Shipyard Sdn. Bhd. | Lot 10133 1st Floor, Jalan KP/2, Kawasan Perindustrian Manjung, 32040 Seri Manjung, Perak |
22 | Boustead Langkawi Shipyard Sdn. Bhd. | Bukit Malut, Mukim Kedawang, 07000 Langkawi, Kedah |
23 | Shin Yang Shipyard Sdn. Bhd. | Sub Lot 153 (Parent Lot 70), Jalan Kuala Baram, Kuala Baram, 98100 Miri, Sarawak |
24 | Syarikat Bengkel Dan Limbungan Majulah Sdn. Bhd. | 736, Jalan Apas 3.5, 91000 Tawau, Sabah |
25 | Kay Marine Sdn. Bhd. | Lot 2650 & 2651, Kampung Bukit Tumbuh, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu |
26 | Alumarine Engineering Sdn. Bhd. | Royal Selangor Yacht Club, Jalan Syahbandar, 42000 Port Klang, Selangor |
27 | Hi Marine Shipyard Sdn. Bhd. | Lot 1A, Kompleks LKIM, Pelabuhan Kuala Linggi, 78200 Kuala Sungai Baru, Melaka |
28 | Labuan Shipyard & Engineering Sdn. Bhd. | KM9, Jalan Rancha-Rancha, 87031 Labuan |
29 | Sulong Marine Slipway | Lot 10583, Kampung Batin, Seberang Takir, 21300 Kuala Terengganu, Terengganu |
30 | LMT Maritime Sdn. Bhd. | 77A, Jalan Lawan Pedang 13/27, Tadisma Business Park, 40100 Shah Alam, Selangor |
31 | Sumber Samudra Sdn. Bhd. | KM 6, Jalan Maharaja Lela, 36000 Teluk Intan, Perak |
32 | Limbongan Batu Maung Sdn. Bhd. | 204B, Batu Maung, 11960 Penang |
33 | Marlin Marine Sdn. Bhd. | 5892, Kawasan Perindustrian Tanjung Agas, 84000 Ledang, Johor |
34 | Selat Medina | GM15, Lot 2178, Jalan Kampung Terus, Kesang Laut, 84000 Ledang, Johor |
* Ini merupakan panduan sahaja dan lain-lain limbungan yang berminat boleh menghubungi Bahagian Kejuruteraan, Ibu Pejabat Perikanan bagi penyelarasan lanjut
SOALAN LAZIM
Bil | Soalan | Jawapan |
1 | Saya berminat untuk memohon dana ini. Dengan siapakah saya perlu berhubung? | Pemohon yang berminat boleh menghubungi Pejabat Perikanan Daerah atau negeri berhampiran atau Ibu Pejabat Perikanan Putrajaya atau mana-mana cawangan Agrobank untuk pertanyaan lanjut. |
2 | Saya tidak mempunyai penyata bank. Apakah dokumen lain yang boleh saya kemukakan sebagai bukti pendapatan saya? | Pemohon boleh membawa Borang Maklumat Pendaratan Ikan, penyata jual beli untuk dikemukakan semasa permohonan diproses oleh bank. |
3 | Bagaimanakah kaedah kiraan bayaran balik pinjaman ini? | Kaedah kiraan untuk bayaran pinjaman akan dikira sebanyak 3% berdasarkan baki pinjaman bagi tempoh 10 tahun. |
4 | Sekiranya saya hendak membeli enjin dan jaket keselamatan, apakah perkara pertama harus dilakukan? | Pemohon hendaklah mendapatkan sebut harga daripada pembekal dan membawa Bersama Buku Lesen dan Kad Pendaftaran Nelayan ke Pejabat Perikanan Daerah berhampiran untuk diproses. Pihak Agrobank akan menghubungi bagi urusan Bersama bank seperti melengkapkan penyata akaun atau maklumat pendaratan ikan. |
5 | Bagaimanakah dana ini akan disalurkan kepada pemohon yang berjaya? | Pembayaran akan terus dibuat kepada pembekal peralatan atau limbungan pilihan pemohon. |
6 | Bilakah pemohon perlu memulakan proses pembayaran pinjaman? | Proses pembayaran pinjaman akan bermula pada tempoh jangkaan vesel siap atau barangan telah dibekalkan bergantung kepada proses di Agrobank. |
7 | Saya telah berumur 67 tahun. Adakah saya layak untuk memohon pembiayaan ini? | Layak. Pembiayaan ini dibuka kepada mereka yang berumur 18 sehingga 70 tahun. Namun, bagi pemohon yang berumur 65 tahun dan keatas, pemohon dinasihatkan agar membawa penama kedua (contoh: anak). |
8 | Sekiranya pemohon gagal membayar ansuran bulanan samada disebabkan PKP atau musim tengkujuh, apakah yang akan dilakukakan oleh pihak bank? | Pemohon dinasihatkan untuk pergi ke cawangan bank yang berhampiran dan bank akan menstrukturkan semula kaedah pembiayaan dan pembayaran. |
9 | Saya sudah memohon untuk membeli peralatan baru, namun berhasrat untuk menambah peralatan yang lain. Adakah saya boleh memohon untuk kali yang kedua di Agrobank? | Boleh, permohonan kali kedua dibenarkan. Namun, pemohon dinasihatkan untuk membuat perancangan pembelian peralatan dengan sebaiknya dengan menyediakan sebut harga yang lengkap agar proses pembiayaan dapat dilaksanakan dengan mudah. |
10 | Adakah pemohon boleh memilih pembekal atau limbungan yang diminati? | Boleh. Untuk pembekal, pemohon perlu memastikan pembekal yang dipilih itu mempunyai kod pembekal dan merupakan pembekal peralatan penangkapan ikan yang hendak dibeli. Bagi limbungan pula, jika limbungan yang diminati tidak disenarai, pemohon perlu mengemukakan profil limbungan tersebut kepada Bahagian Kejuruteraan Jabatan Perikanan Malaysia untuk proses ditauliah. |
11 | Saya merupakan nelayan di Zon A. Sekiranya saya memohon dana ini, adakah saya perlu berpindah ke zon yang lebih jauh? | Tidak. Pemohon boleh untuk kekal beroperasi di zon yang sama, namun perpindahan ke zon yang lebih jauh adalah digalakkan. |
12 | Adakah permohonan untuk dana ini dibuka untuk individu atau entiti syarikat? | Permohonan dana ini hanya dibuka untuk pemilik lesen yang kebanyakannya merupakan pemohon individu. Namun, pihak bank memerlukan maklumat syarikat sebagai syarat tambahan untuk pembiayaan komersial. |
13 | Saya ingin memoden dan menambahbaik vesel saya. Adakah saya tertakluk kepada dasar pelesenan yang sedia ada? | Ya. Semua vesel yang ingin ditambahbaik melalui dana ini masih lagi tertakluk kepada Dasar Pelesenan Jabatan Perikanan Malaysia. |
14 | Adakah nelayan perlu menyediakan kertas kerja jika mahu memohon dana ini? | Tidak perlu. Pemohon hanya perlu menyediakan dokumen-dokumen yang diperlukan dan terus membuat permohonan di Pejabat Perikanan Daerah atau Negeri. |
15 | Bilakah tarikh akhir permohonan dana ini? | Permohonan dibuka sehingga 31 Disember 2021 dan berdasarkan kepada konsep ‘first come, first serve’. |
16 | Adakah nelayan Tunda Zon B perlu berpindah zon sekiranya hendak membuat pemodenan vesel. | Ya. Nelayan masih tertakluk kepada Dasar dan Prosedur Pelesenan yang berkuat kuasa dimana vesel tunda B yang diganti kulit perlu juga bertukar Kawasan zon operasi |