Select Page

Working Visit of the Director General of Fisheries Malaysia, to Hutan Melintang, Perak.

Home » Activities » Working Visit of the Director General of Fisheries Malaysia, to Hutan Melintang, Perak.

23 October 2021

Hutan Melintang merupakan sebuah pekan yang mempunyai berbagai aktiviti terutamanya industri Perikanan dalam daerah Bagan Datuk. Aktiviti ini banyak berjalan disekitar tepi Sungai Bernam yang membahagikan diantara 2 buah negeri iaitu Perak dan Selangor. Terdapat berbagai aktiviti lain juga seperti sektor perkilangan, perniagaan, perladangan dan perniagaan ekonomi. Industri Perikanan sangat aktif dan boleh dikatakan sebagai Kawasan industri Perikanan yang termaju dalam Semenanjung Malaysia di mana terdapat kilang kilang pemprosesan produk Perikanan seperti kek ikan, bebola ikan, pemprosesan sotong, ikan baja, kilang ais batu dan pelantar pendaratan ikan. BANJASAN SDN BHD merupakan sebuah syarikat tempatan telah mengambil peluang dan inisiatif membuat pembinaan, penyelenggaraan dan pembaikan vesel tangkapan ikan, penghawa dingin, kotak gear dan alat-alat ganti. Syarikat ini telah bermula seawal tahun 1997 dengan dengan permulaan bilangan pekerja seramai 6 orang. Syarikat ini diuruskan oleh En. Chia Siah Mong dan lebih mesra dengan panggilan A Mong. Kini En. A Mong telah jumpa cara untuk memajukan syarikat mereka dengan mencuba menggunakan teknik yang lebih moden kepada para nelayan. Maka terhasilnya sebuah syarikat yang di beri nama Tristar Avenue. Hampir 500 buah vesel tangkapan ikan setahun mendapatkan perkhidmatan disini, tempoh masa pembaikan bergantung kepada tahap kerosakan sesebuah vesel. Kebiasaannya sekitar 1 minggu tempoh masa diperlukan untuk pembaikan sebuah vesel dan kos pembaikan dianggarkan bernilai sekitar RM 15,000. Kebanyakkan vesel dan pelanggan beliau sekitar Hutan Melintang, luar dari negeri Perak dan juga luar negara. Saiz kebiasaannya dibawah 200 metrik tan sesebuah vesel mampu diselenggara ditempat ini Kini syarikat TRISTAR AVENUE telah berjalan selama 4 tahun dan mempunyai seramai 20 pekerja malah telah menambahkan perkhidmatan iaitu pembuatan Pemodenan Vesel Tangkapan Ikan Zon C yang di uruskan oleh Encik Kee Yau Leng dari Syarikat Leng Wah Fishery. Perancangan Syarikat dimasa hadapan adalah memberikan perkhidmatan berterusan dan menjadi penyumbang terbesar dalam Industri Perikanan dan perkapalan. Objektif utama syarikat ini adalah ingin para nelayan lebih dilindungi dengan keselamatan yang terjamin dan penjimatan dalam kos pembaikan yang kerap di hadapi oleh para nelayan selain cuba mencari teknologi-teknologi moden dalam Industri perkapalan. Lawatan tersebut disempurnakan oleh Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, Encik Ahmad Tarmidzi B Ramly bersama Pengarah Perikanan Negeri (PPN) Perak, Puan Noraishah Binti Hashim.

Updates

Logo Official Portal DOF