Select Page

Working Visit of the Director General of Fisheries Malaysia to Company Bionestro SDN BHD, Teluk Senangin, Perak.

Home » Activities » Working Visit of the Director General of Fisheries Malaysia to Company Bionestro SDN BHD, Teluk Senangin, Perak.

23 October 2021

Aktiviti pengeluaran benih udang adalah salah satu aktiviti penting dalam rantaian pengeluaran ternakan udang baik, untuk pasaran tempatan mahupun pasaran eksport. Penghasilan benih udang yang berproduktiviti dan berkualiti tinggi akan menjamin kelangsungan industri ternakan udang di Malaysia. Menyedari kepentingan penghasilan benih udang ini, banyak hatcheri telah diwujudkan di Malaysia secara umumnya dan Perak secara khususnya. Salah satu daripada hatcheri udang yang telah membina reputasi sebagai pengeluar benih udang laut yang berjaya di Negeri Perak ini adalah Bionestro Sdn. Bhd ataupun sebelum ini dikenali sebagai Manjung Bio Ocean yang beroperasi di Teluk Senangin, Manjung. Hatcheri yang ditubuhkan pada 26 Mac 2010 ini dibina di kawasan berkeluasan 1.71 Hektar dan mampu menempatkan kemudahan hatceri yang mempunyai 3 tangki kuarantin Induk, 6 tangki maturation, 32 tangki spawning, 32 tangki asuhan larvae. Spesis yang di fokuskan adalah Udang Harimau (Penaeus Monodon) dengan kapasiti pengeluaran benih bersaiz PL12 sebanyak 360 juta ekor setahun. Pasaran utama adalah ladang ternakan udang sekitar negeri Perak selain luar negeri. Misi utama Bionestro dalam industri pengeluaran benih udang harimau ini adalah seperti berikut:- · Penghasilan Benih SPF · Hasil Ternakan yang Konsisten · Kadar Kelangsungan Hidup Tinggi · Pertumbuhan Cepat · Saiz Hasil ternakan Lebih Besar · Pelaksanaan Amalan Biosekuriti · Tiada Penggunaan Antibiotik Selaras dengan keperluan penghasilan benih udang yang menepati keperluan pasaran eksport, Bionestro telah berdaftar dengan Unit Biosekuriti Perikanan Negeri Perak sebagai hatcheri (A-0066-H32), premis pengekport (A-0066-E32) dan juga premis pengimport (A-0066-M32). Seterusnya, Bionestro telah diaudit dan dipersijilkan dengan pensijilan MyGAP & FQC di mana pematuhan hatcheri ini dengan keperluan-keperluan yang ditetapkan seperti prosedur kebersihan dan sanitasi premis, kebersihan dan kesihatan pekerja, kawalan makhluk perosak, pengurusan kesihatan udang, prosedur kuarantin dan banyak lagi telah dinilai dan diperakui. Bionestro juga telah diletakkan dalam pemantauan Unit Biosekuriti Perikanan dan tertakhluk kepada proses audit survelan dan audit pensijilan semula setiap tahun. Dengan adanya pensijilan MyGAP dan FQC, Bionestro kini layak untuk membekalkan benih udang harimau yang dihasilkan kepada ladang-ladang yang berhasrat untuk menghasilkan ternakan udang untuk pasaran eskport terutamanya ke Negara Kesatuan Eropah (EU). Pensijilan ini juga memberi keyakinan serta jaminan kepada pembeli kerana Bionestro telah mematuhi keperluan ketat ditetapkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia dalam menghasilkan benih udang yang berkualiti tinggi. Semoga Bionestro Sdn. Bhd. akan terus maju dan ke hadapan dalam industri pengeluaran benih udang laut bagi memenuhi permintaan benih udang negara yang meningkat selain menjadikan Malaysia dikenali dunia sebagai pengeluar benih udang yang berkualiti tinggi.

Updates

Logo Official Portal DOF