Select Page

Visit of the Deputy Minister of Agriculture and Food Industry I, YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah to Kota Tinggi district, Johor.

Home » Activities » Visit of the Deputy Minister of Agriculture and Food Industry I, YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah to Kota Tinggi district, Johor.

9 October 2021

Lawatan YB. Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah ke daerah Kota tinggi telah berlangsung sekitar jam 09.30 pagi di Tg Sedili, Kota Tinggi. Sejumlah 2000 ekor benih ikan siakap bersaiz 8 inci telah dilepaskan disini bersama-sama Menteri Perpaduan Negara YB Datuk Halimah binti Mohamed Sadique, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) DOF Haji Mohd Sufian bin Sulaiman, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LKIM Hjh Khaironnesak binti Omar dan Pengarah Perikanan Negeri Johor Haji Zainudin bin Abd Wahab. Sejumlah 10,000 ekor benih (baung dan siakap) lagi dijangka akan dilepaskan pada awal tahun depan di sepanjang Sungai Sedili Besar ini.Tujuan program ini adalah untuk menjamin kelestarian sumber perikanan di samping meningkat sumber pendapatan nelayan. Usaha ini juga dapat menyokong pembangunan industri perikanan rekreasi agar ia dapat dinikmati generasi masa hadapan. Selain dapat menambah stok ikan yang semakin berkurangan disebabkan pencemaran dan penangkapan tidak terkawal, program ini juga dapat memberi kesedaran dan mendidik masyarakat setempat untuk menghargai sumber perikanan di perairan negara. Pada tahun 2020, sejumlah 634,000 ekor benih ikan pelbagai spesies telah dilepaskan di perairan sungai di negeri Johor.Program Pelepasan Benih Ikan ke Perairan Umum sangat sinonim dengan Jabatan Perikanan Negeri Johor. Sehingga Jun 2021, jumlah keseluruhan benih ikan yang dilepaskan adalah sebanyak 199,000 ekor bernilai RM75,385. Ini termasuklah spesies seperti baung sungai, lampam sungai dan tengas. Selain itu, sebanyak 105,500 ekor benih udang galah bernilai RM48,520 telah dilepaskan di perairan di negeri Johor. Anggaran keseluruhan nilai pendaratan hasil dari pelepasan adalah sebanyak RM2,089,500.00. Semoga dengan usaha sebegini kita mampu mengembalikan populasi ikan di sini dan sekali gus dapat mengimbangi ekosistem di kawasan ini.

Updates

Logo Official Portal DOF