Select Page

Program MAFI Prihatin Bantuan Kepada Nelayan Orang Asli Pulau Carey, Kuala Langat Selangor.

Home » Activities » Program MAFI Prihatin Bantuan Kepada Nelayan Orang Asli Pulau Carey, Kuala Langat Selangor.

13 January 2022

Akibat daripada bencana banjir yang melanda, Pulau Carey antara kawasan yang turut terjejas. Seramai 30 orang asli kaum Mah Meri nelayan tulen yang berdaftar turut mengalami kerosakan kediaman dan terjejas mata pencarian.Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) amat bersimpati dengan keadaan yang menimpa Nelayan Orang Asli di pulau tersebut. Justeru itu, Jabatan di peringkat negeri akan berusaha membantu mereka yang terjejas untuk beroperasi semula.Jabatan juga telah mengambil peluang pada hari ini untuk menziarah dan menyampaikan sumbangan kepada 30 Nelayan Orang Asli kaum Mah Meri di Pulau Carey. Hadir menyampaikan sumbangan adalah Yang Berusaha Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan), Tuan Haji Mohd Sufian bin Sulaiman bersama Puan Noraisyah binti Abu Bakar, Pengarah Perikanan Negeri Selangor.Dalam program itu, Tuan Haji Sufian turut menyatakan bahawa Bahagian Pengembangan Jabatan akan membantu nelayan Orang Asli Kaum Mah Meri dari segi pemasaran selain memberi bantuan latihan membaiki enjin bot dan penternakan.Turut hadir, En. Johari bin Tim, wakil Pengarah Bahagian Pengembangan dan Pemindahan Teknologi, dan En. rosman bin wahab Ketua Daerah Perikanan Kuala Langat, dan En. lanuza A/L Layun, Pengerusi Penduduk Kampung Orang Asli Nelayan Pulau Carey.

Logo Official Portal DOF