Select Page

Majlis Pra Pelancaran Simposium Ke-11 Disease In Asian Aquaculture (DAA11) yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I di Dewan Arowana, Wisma Tani, Putrajaya.

Home » Activities » Majlis Pra Pelancaran Simposium Ke-11 Disease In Asian Aquaculture (DAA11) yang telah dirasmikan oleh YB Datuk Seri Haji Ahmad bin Hamzah, Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan I di Dewan Arowana, Wisma Tani, Putrajaya.

16 June 2022

Jabatan Perikanan Malaysia di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dengan kerjasama Fish Health Section of the Asian Fisheries Society (FHS-AFS), Kementerian Pemodenan Pertanian, Tanah Asli dan Pembangunan Wilayah (MANRED) dan Marine Fishery Resources Development and Management Department, Southeast Asian Fisheries Development Center (SEAFDEC MFRDMD) akan menganjurkan ‘The 11th Symposium on Diseases in Asian Aquaculture’ yang akan diadakan secara fizikal dan maya (platform hibrid) pada 23-26 Ogos 2022 di Borneo Convention Center di Sarawak. DAA11 akan dirasmikan oleh Yang Amat Berhormat Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Haji Abdul Rahman Zohari bin Tun Datuk Abang Haji Openg, Premier of Sarawak. Simposium DAA merupakan satu forum peringkat antarabangsa yang membincangkan mengenai penemuan terkini dalam penyelidikan kesihatan ikan, teknologi pengesanan penyakit, maklumat pengawalan penyakit, peraturan antarabangsa dan maklumat lain yang berkaitan pengurusan kesihatan ikan.DAA juga turut memaparkan pengkongsian strategi-strategi dalam menangani penyakit baru di Negara Asia Pasifik.Siri DAA telah berjaya mengumpul saintis, penyelidik, industri akuakultur, pihak berkuasa dan industri berkaitan dalam kesihatan ikan dari pelbagai benua.

Logo Official Portal DOF