Select Page

Majlis Penutupan Program Kecemerlangan dan Kecergasan Jabatan Perikanan Malaysia tahun 2022.

Home » Activities » Majlis Penutupan Program Kecemerlangan dan Kecergasan Jabatan Perikanan Malaysia tahun 2022.

3 June 2022

Majlis Penutupan Program Kecemerlangan dan Kecergasan Jabatan Perikanan Malaysia tahun 2022 yang dirasmikan oleh YBrs. Tuan Haji Mohd Sufian Bin Sulaiman, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia di Akademi Perikanan Malaysia.Keputusan akhir menyaksikan Zon Timur memenangi 9 acara daripada 13 acara pertandingan dan mengambil kira markah acara kecemerlangan yang melibatkan 5 sesi ceramah sekaligus membawa pulang trofi keseluruhan. Setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada atlet-atlet Zon Timur.Kedudukan akhir keseluruhan adalah seperti berikut : Johan : Zon TimurNaib Johan : Zon UtaraKetiga : Zon TengahKeempat : Zon Selatan Program yang berlangsung selama 4 hari ini disertai oleh 300 peserta dari seluruh warga Jabatan Perikanan Malaysia.Terima kasih diucapkan kepada Bahagian Pembangunan Latihan dan Kemajuan Kerjaya, Akademi Perikanan Malaysia, Kelab Sukan dan Sosial Ibu Pejabat, urusetia serta seluruh atlet yang bertungkus-lumus menjayakan program ini. Semoga kerjasama yang dipamerkan pada program ini dapat dikekalkan dan diterapkan pada masa yang akan datang.

Logo Official Portal DOF