Select Page

Lawatan Kerja YBhg Tuan Ahmad Tarmidzi Bin Ramly, AMK, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Pusat Pengeluaran Benih Ikan Laut di Santubong, Sarawak.

Home » Activities » Lawatan Kerja YBhg Tuan Ahmad Tarmidzi Bin Ramly, AMK, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia ke Pusat Pengeluaran Benih Ikan Laut di Santubong, Sarawak.

14 November 2021

Pada awalnya, PPBIL dikenali sebagai Stesen Asuhan Benih Ikan Laut (SABIL) yang telah ditubuhkan pada tahun 2003 dengan 6 orang kakitangan yang diketuai oleh Penolong Pegawai Perikanan G27 serta dibantu 4 orang Pekerja Khidmat Singkat. Pada asasnya SABIL mempunyai kemudahan asal iaitu kemudahan kolam takungan yang disalut plastik HDPE untuk kemudahan sumber air ternakan. 2 Unit tangki induk serta 6 unit kolam separa tanah untuk asuhanPada tahun 2006, stesen ini telah menukar namanya kepada Pusat Pengeluaran Benih Ikan Laut, Santubong (PPBIL) di mana menumpukan kepada pengeluaran benih ikan siakap bersaiz 1 inci dan keatas. PPBIL Santubong memfokuskan kepada pengeluaran dan asuhan anak benih Ikan Siakap atau nama saintifiknya adalah Lates calcarifer. Pemilihan ikan Siakap ini sebagai fokus utama pengeluaran adalah disebabkan oleh permintaan yang tinggi dalam pasaran sekaligus kerja-kerja memproduksi benih ikan Siakap lebih mudah dilaksanakan berbanding dengan spesis ikan yang lainPPBIL memberikan tumpuan pemasaran, pengedaran dan penjualan hasil benih ikan kepada pengusaha sangkar dan kolam di sekitar sungai-sungai di Wilayah I Kuching seperti sungai Rambungan, Sungai Santubong sehingga ke sungai Tanjung Manis dan Belawai di Wilayah II Sibu.Dengan kemampuan teknologi dan fasiliti yang terdapat di PPBIL, Pusat ini mampu mengeluarkan maksimum sebanyak 200,000 benih siakap dalam setahun. Pencapaian setakat ini, PPBIL telah berjaya memasarkan benih ikan siakap sebanyak 50,000 dan dijangka pada penghujung tahun 2021 ini, PPBIL mampu mencapai 150,000 benih berdasarkan benih siakap terkini yang sedia ada.Turut hadir bersama Puan Liza Binti Long, Timbalan Pengarah Perikanan Laut Sarawak.

Updates

Logo Official Portal DOF