Select Page

Kempen Jom Makan Ikan Air Tawar yang diadakan di Lotus’s Ampang.

Home » Activities » Kempen Jom Makan Ikan Air Tawar yang diadakan di Lotus’s Ampang.

2 May 2022

Sektor perikanan sememangnya diberikan perhatian dalam Jawatankuasa Kabinet mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara dan Dasar Agromakanan 2.0 yang digubal oleh kerajaan. Oleh yang demikian, perancangan hala tuju Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) serta Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) adalah selaras dengan dasar dan hala tuju sedia ada serta masa akan datang. Merancakkan Industri Perikanan akuakultur satu Kempen Jom Makan Ikan Air Tawar yang diadakan di Lotus’s Ampang pada petang ini, dapat menarik lebih ramai pengguna yang ada di sekitar pasaraya ini untuk mengenali dan mencuba ikan air tawar. Ada pelbagai jenis ikan air tawar yang amat sinonim dengan masyarakat tempatan seperti ikan keli, tilapia dan patin. MAFI melalui usaha Jabatan Perikanan Malaysia dan Pejabat Perikanan Negeri Selangor pada hari ini mengajak masyarakat di luar sana untuk memilih ikan air tawar sebagai pilihan menu masakan harian anda.Pada majlis ini juga bantuan input berkaitan perikanan diserahkan kepada 9 usahawan perikanan.

Logo Official Portal DOF