Select Page

Dialog Industri Agromakanan 2022 Bersama Komuniti Agromakanan Johor.

Home » Activities » Dialog Industri Agromakanan 2022 Bersama Komuniti Agromakanan Johor.

9 March 2022

Program Jelajah Dialog di Sungai Balang pada hari ini telah dianjurkan oleh Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dengan konsep ‘walkabout’ yang dihadiri oleh YB. Datuk Seri Dr. Ronald Kiandee, Menteri Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi memberi peluang kepada usahawan agromakanan tempatan untuk sesi interaksi.Antara yang terlibat dalam program ini adalah pemain industri dalam sektor agromakanan yang berasaskan perikanan merangkumi nelayan pantai, nelayan darat, penternak akuakultur khususnya kupang, ahli myKP dan pengusaha produk hiliran berasaskan ikan yang berdaftar di bawah Jabatan Perikanan Negeri Johor. Seramai 108 orang nelayan pantai yang baru di Daerah Muar dan Tangkak telah menerima Lesen Nelayan Sampan. Selain itu, Lesen Peralatan Menangkap Ikan dan Bantuan Touchpoint berupa tong insulasi serta tali pelbagai guna turut diserahkan kepada 53 nelayan darat bagi membantu dari segi aktiviti perikanan nelayan darat.DOF juga telah menyerahkan Penyerahan Peralatan P-Line dan mesin pembersih kupang kepada my Komuniti Perikanan (myKP) Sg. Balang bernilai RM200,000. Bantuan Peruntukan Pembangunan Semula Projek Agromakanan (PPSPA) bernilai RM17,500 turut diserahkan kepada myKP Lenga yang terkesan semasa bencana banjir awal tahun ini. Satu demonstrasi mesin pembersih kupang juga telah diadakan bagi tujuan memperlihatkan kepada orang ramai kemudahan dan kemajuan teknologi dalam aktiviti pembersihan kupang. Mesin tersebut nyata lebih efisien serta menjimatkan masa. Program ini turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) MAFI, Datuk Badrul Hisham bin Mohd; Ketua Pengarah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia. Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Perikanan, En. Mohd Mohtar bin Mahamud dan Pengarah Perikanan Negeri Johor, Tuan Haji Zainudin bin Abd Wahab.

Logo Official Portal DOF