Select Page

Confiscated Vessel Disposal Program in Kampung Acheh, Perak.

Home » Activities » Confiscated Vessel Disposal Program in Kampung Acheh, Perak.

25 September 2021

Vesel rampasan yang dilupuskan pada hari ini adalah merupakan vesel yang ditahan kerana melanggar syarat lesen di bawah Akta Perikanan 1985 pada 16 dan 22 Jun 2021 di perairan Sungai Tiang Bagan Datuk. Anggaran nilai sitaan bagi kedua-dua vesel ini adalah sebanyak RM130,000.Sehingga Ogos 2021, sebanyak 217 kes tangkapan berjaya direkodkan oleh Cawangan Perlindungan Sumber Pejabat Perikanan Negeri Perak dengan anggaran nilai sitaan berjumlah RM 445,400.00. Manakala nilai kompaun dan hasil lelong ikan yang berjaya diperolehi melalui keputusan kes adalah bernilai RM 250,491.00.Secara keseluruhan, Jabatan telah melaksanakan program pelupusan bot pukat tunda tanpa lesen sebanyak 17 buah vesel serta peralatan dari 2018 – 2021 dengan nilai hampir RM1,000,000.00. Tindakan pelupusan vesel yang didapati bersalah melanggar Akta Perikanan 1985 yang berkaitan adalah satu isyarat yang jelas oleh Jabatan untuk mengatasi masalah vesel yang beroperasi tanpa lesen. Turut hadir pada program pelupusan hari ini, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Jabatan Perikanan Malaysia, Tuan Haji Mohd Sufian bin Sulaiman dan Pengarah Perikanan Negeri Perak, Puan Hajah Noraishah binti Hashim.

Logo Official Portal DOF