Select Page

Borneo Empurau Farm and Resort Sdn Bhd (BEFR) merupakan syarikat pensendirian yang menjalankan aktiviti akuakultur empurau dan juga eco-resort.

Home » Activities » Borneo Empurau Farm and Resort Sdn Bhd (BEFR) merupakan syarikat pensendirian yang menjalankan aktiviti akuakultur empurau dan juga eco-resort.

13 November 2021

Borneo Empurau Farm and Resort Sdn Bhd (BEFR) merupakan syarikat pensendirian yang menjalankan aktiviti akuakultur empurau dan juga eco-resort berskala penuh yang mempunyai jumlah keluasan tapak sebanyak 10.51 hektar di mana keluasan tapak bagi penternak ikan empurau adalah sebanyak 0.67 hektar. BEFR memulakan operasi hatceri penternakan Ikan Empurau (Tor tambroides) sejak tahun 2018. Sehingga kini, hatceri tersebut mempunyai 7 tangki induk, 4 tangki fingerling, 5 tangki rawatan dan 11 tangki benihBEFR telah mendapat pensijilan Malaysia Good Aquaculture Practices (MyGAP) pada tahun 2020 untuk penternakan ikan empurau di hatceri. Operasi hatceri ini adalah khusus kepada penyelidikan dan pembangunan (R&D) sahaja dengan anggaran bilangan ikan kira – kira sebanyak 1526 ekor buat masa ini.BEFR juga menjalankan penternakan ikan tilapia merah secara komersial di dimana penternakan ini bergabung dengan pertanian secara akuaponik dengan keluasan ternakan ikan tilapia dan pertanian akuaponik masing masing sebanyak 3.93 hektar dan 0.5 hektar. Terdapat sebanyak 8 tangki ikan tilapia dimana setiap tangki dapat menampung sebanyak 3000 ekor tilapia. Jumlah kapasiti rumah hijau di unit akuaponik dapat menampung sebanyak kira – kira 15,500 sayur.Antara tapak – tapak lain yang ada adalah fertigasi (2.6 hektar), ladang buah-buahan (1.84 hektar), taman burung dan haiwan serta akuaria (0.97 hektar). Lain – lain kemudahan adalah seperti ballroom, chalet, bilik seminar, rumah Panjang Bidayuh, kem, tempat rekreasi serta kelas untuk sesi pembelajaranSyarikat BEFR mempunyai matlamat untuk membina kumpulan pelancongan, akuakultur dan pertanian yang kuat dan ini termasuklah mempunyai pegawai yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan, pengurus pemasaran, pengurus pelancongan dan pengurus projek yang bertujuan untuk menyediakan tempat eco-pelancongan yang menarik

Updates

Logo Official Portal DOF