Pelbagai aktiviti menarik yang diadakan antaranya Pertandingan Mewarna, Kuiz Interaktif, Permainan Dam Ular Gergasi, Tayangan Video, Pameran oleh Kementerian / Jabatan / Agensi, Fish Scooping, Wheel of Fortune dan Cabutan Pengunjung Bertuah.
Beberapa siri taklimat mengenai Penguatkuasaan Ikan Larangan Import, Pengurusan Perikanan Darat dan Implementasi Peraturan-Peraturan Perikanan juga telah disampaikan oleh pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia.
Turut hadir sama Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, Puan Noraisyah binti Abu Bakar, Pengarah Perikanan Negeri Selangor serta kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.