Pilih satu Halaman

 Wawancara Ketua Pengarah Perikanan Bersama CNA 

Utama » Aktiviti »  Wawancara Ketua Pengarah Perikanan Bersama CNA 

12 Januari 2024

12 JANUARI 2024 I WISMA TANI 

 WAWANCARA KETUA PENGARAH PERIKANAN BERSAMA CNA 

 Ketua Pengarah Perikanan, YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain berkesempatan diwawancara oleh syarikat berita Channel News Asia (CNA) dengan topik ‘Industri Perikanan Malaysia’ di Ibu Pejabat Jabatan Perikanan Malaysia, Wisma Tani, Putrajaya. 

 Ketua Pengarah Perikanan menerangkan isu – isu semasa yang dihadapi didalam industri perikanan negara seperti pengurangan jumlah pendaratan ikan, pencerobohan vessel nelayan asing, perubahan iklim dunia serta kesan dari peningkatan aktiviti Pembangunan, penambakan dan pengorekan tanah pesisir pantai. 

Beliau juga menerangkan beberapa langkah yang diambil oleh Jabatan Perikanan dalam memastikan kelestarian sumber perikanan antaranya pembangunan tukun tiruan serta melaksanakan program penguatkuasaan melalui Pemantauan, Pengawalan dan Pengawasan (Monitoring, Control and Surveilance/MCS) berasaskan punca kuasa Akta Perikanan 1985 (Pindaan 2019) dalam menguruskan sumber perikanan bagi menjamin sekuriti makanan negara.

 #jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia