Pilih satu Halaman

Wawancara Ketua Pengarah Perikanan Berkaitan Ikan Kelisa Bukit Merah.

Utama » Aktiviti » Wawancara Ketua Pengarah Perikanan Berkaitan Ikan Kelisa Bukit Merah.

23 Februari 2024

23 Februari 2024 I Wisma Tani

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain,Ketua Pengarah Perikanan berkesempatan ditemu ramah oleh Macaranga berkaitan ikan kelisa di Tasik Bukit Merah di Pejabat Perikanan Malaysia, Wisma Tani hari ini.

YBhg. Dato’ Adnan menyatakan bahawa DOF telah mewujudkan Pelan Pengurusan ikan kelisa emas Tasik Bukit Merah 2008-
2012 bagi memastukan Sungai Merah menjadi habitat asal kepada ikan kelisa emas.

Antara 5 objektif utama pelan ini adalah melindungi sumber semulajadi ikan kelisa emas, memulihara stok ikan kelisa emas, meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan sumber ikan kelisa emas, mengembangkan industri ikan kelisa emas serta Meningkatkan penyelidikan dan pengurusan maklumat ikan kelisa emas.

Beliau juga memambah bahawa Jabatan Perikanan melalui Perikanan Negeri akan terus melindungi ikan Kelisa Emas di Sungai Merah ini serta menyenaraikan ikan kelisa sebagai ikan yang dilindungi di bawah Kaedah – kaedah Perikanan Sungai Negeri Perak.

jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia