Pilih satu Halaman

Usahawan myAP Berjaya Tembusi Pasaran Antarabangsa.

Utama » Aktiviti » Usahawan myAP Berjaya Tembusi Pasaran Antarabangsa.

13 Februari 2024

13 Februari 2024 | Shah Alam , Selangor

YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan hari ini mengadakan lawatan kerja ke Projek Industri Asas Tani (IAT) Keropok House & Industry Sdn Bhd. Lawatan kerja ini adalah bertujuan bagi meninjau perusahaan pemprosesan produk berasaskan ikan yang telah berjaya menembusi pasaran antarabangsa ke Australia, Singapura dan Brunei.

Bertapak sejak 23 tahun lalu, syarikat yang menjalankan perusahaan keropok lekor di Parlimen Kota Raja ini merupakan usahawan myAgropreneur Perikanan (myAP) di bawah bimbingan Jabatan Perikanan Negeri Selangor. Keropok House & Industry Sdn Bhd menerima bantuan dari jabatan pada 2016 dan 2022 melalui bantuan Sistem Penyampaian dan Khidmat Sokongan Pengembangan (SPEKS) sebanyak RM43,500 bagi mempertingkatkan hasil produk yang dipasarkan.

Syarikat milik Bumiputera ini juga telah memperolehi pensijilan Hazard Analysis and

Critical Control Point (HACCP) dan kualiti dan mutu produk keluaran syarikat turut diperlengkap dengan penerimaan pensijilan Good Manufacturing Practise (GMP) dan pensijilan Halal.

Turut hadir sama dalam lawatan ini YBrs Tuan Haji Bohari bin Haji Leng, Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan), Puan Khazlita Adzim binti Abdul Aziz Pengarah Bahagian Pengembangan Perikanan, Puan Nor Farahiyah binti A. Aziz Ketua Cawangan Pengembangan Perikanan Negeri Selangor dan Kakitangan Pejabat Perikanan Negeri Selangor.

#jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia