Pilih satu Halaman

kursus kepimpinan kakitangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 44 pada 29 – 30 September 2021.

Utama » Aktiviti » kursus kepimpinan kakitangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 44 pada 29 – 30 September 2021.

30 September 2021

Unit Integriti dengan kerjasama Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) telah menganjurkan satu kursus kepimpinan melibatkan kakitangan Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 44 pada 29 – 30 September 2021. Kursus tersebut merupakan salah satu inisiatif yang dilaksanakan oleh Unit Integriti di bawah fungsi Pengukuhan Integriti bertujuan untuk meningkatkan penghayatan integriti di samping menerapkan nilai-nilai murni dalam kepimpinan peserta seterusnya menjadi tonggak di dalam diri masing-masing serta organisasi.Kursus tersebut telah dihadiri oleh seramai 45 orang kakitangan daripada setiap Bahagian di Ibu Pejabat, Pejabat Perikanan Negeri, Insitut Latihan serta Institut Penyelidikan Perikanan seluruh Malaysia secara atas talian.Pengisian kursus selama 2 hari tersebut telah disampaikan dengan penyampaian yang penuh interaktif daripada barisan Penceramah dan Fasilitator daripada Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) Kampus Utama Bangi diketuai oleh Ustaz Zulkifli Tukiman, Penolong Pengarah Kanan, Institut Latihan Islam Malaysia.

Terkini

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan