Ekspo Pertanian 2025 yang berlangsung dari 20 hingga 22 Februari 2025 di Dewan A, MAEPS, Serdang, Selangor membawa pelbagai inovasi, peluang perniagaan dan seminar eksklusif .
Ekspo ini merupakan platform terbaik untuk penggiat industri pertanian, usahawan, penternak akuakultur dan orang awam mendapatkan maklumat terkini mengenai teknologi serta inovasi dalam sektor pertanian.
Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi reruai Jabatan Perikanan di Ekspo Pakar Pertanian dan dapatkan maklumat berguna bagi meningkatkan hasil perikanan anda.