Pilih satu Halaman

Syarahan Awam Kebitaraan Mahasiswa HEPA UMT

Utama » Aktiviti » Syarahan Awam Kebitaraan Mahasiswa HEPA UMT

28 Julai 2024

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia merangkap Ahli Lembaga Pengarah Universiti Malaysia Terengganu (UMT) telah menghadiri Program Syarahan Awam Kebitaraan Mahasiswa HEPA UMT sebagai pensyarah jemputan yang bertempat di Auditorium Perpustakaan Sultanah Nur Zahirah, UMT.

Beliau menyampaikan syarahan bertajuk Sektor Perikanan dan Keterjaminan Makanan yang merupakan satu perspektif utama bagi meningkatkan sekuriti makanan negara serta beliau berharap agar mahasiswa dan mahasiswi yang mengambil bidang sains perikanan dapat belajar dengan lebih bersungguh-sungguh dan mendapatkan lebih banyak ilmu pengetahuan dalam persediaan menghadapi perubahan dunia yang semakin maju pada masa kini.

Turut hadir sama YBhg. Profesor Dr. Mohd Izani bin Mohd Zain, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UMT, YBrs. Profesor Madya Dr. Yusof Shuaib bin Ibrahim, Pengarah Pusat Alumni UMT, pensyarah-pensyarah, Barisan Majlis Perwakilan Pelajar UMT, mahasiswa dan mahasiswi UMT serta pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia.