Pilih satu Halaman

Sesi Townhall Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan (TKPP) Bersama Frontliner Akuakultur Zon Borneo.

Utama » Aktiviti » Sesi Townhall Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan (TKPP) Bersama Frontliner Akuakultur Zon Borneo.

2 April 2022

Sesi bual bicara Townhall oleh TKPP, YBrs. En. Mohd Mohtar bin Mahamud bersama Frontliner Akuakultur bagi Zon Borneo telah diadakan pada 30 Mac 2022. Kehadiran seramai 70 orang melibatkan frontliner akuakultur dari JPLS Srawak, PPN Labuan dan Jabatan Pertanian Sarawak.Industri akuakultur merupakan pengimbang kepada sektor perikanan tangkapan yang telah lama dieksploitasi. Industri akuakultur perlu dibangunkan dengan lebih cekap, effisyen dan mapan di kepulauan borneo yang luas dan kaya produk perikanan dari sumber darat dan laut. Namun cabaran dalam pembangunan akuakultur seperti pemindahan teknologi, pemindahan ilmu kepada kakitangan dan penternak perlu dihadapi oleh semua frontliner akuakultur di Borneo. Antara objektif pelaksanaan sesi Townhall ialah memperkasakan frontliner akuakultur, memberi penjelasan kepentingan peranan frontliner dalam pelaksanaan fungsi jabatandan bertukar-tukar pendapat serta berkongsi idea.Selain itu, setiap negeri termasuk DoA Sarawak juga telah membuat pembentangan Pelan Pembangunan Akuakultur masing-masing. Sesi Townhall ini dijalankan secara hibrid dan turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Hj Azahari bin Hj Othman, Pengarah Bahagian Pembangunan Akuakultur, Puan Liza bt Hj. Long, Timbalan Pengarah JPLS, PPN Labuan dan wakil-wakil Bahagian dari ibu pejabat Putrajaya.

Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia Kementerian Pertanian & Industri Perikanan