Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah menganjurkan satu sesi temu sua bersama pemain industri akuakultur marin sebagai medium komunikasi yang berkesan di antara pemain industri dengan pihak jabatan.
Sesi tersebut, yang dipengerusikan oleh YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), berjaya menarik penyertaan 78 individu terdiri daripada wakil persatuan, syarikat, pengimport & pengeksport yang telah berkongsi pandangan, cadangan, serta maklum balas bagi menangani pelbagai cabaran yang dihadapi oleh industri ini.
Ahli panel sesi temu sua ialah YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, YBrs. Encik Shamsul Akbar bin Sulaiman Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS), YBrs.Puan Rashima Binti Baharuddin Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan YBrs.Ts. Mahamad Sukor bin Senapi Pengarah (Pematuhan dan Pembangunan Industri) Kementerian Kesihatan Malaysia.
Hadir sama YBrs. Puan Yeo Moi Eim Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) , YBhg Dato’ Haji Azahari bin Haji Othman Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pembangunan) dan kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.