Pilih satu Halaman

Sesi Taklimat Cadangan Pindaan Rang Undang-undang Perikanan 1985 (Akta 317) kepada YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah

Utama » Aktiviti » Sesi Taklimat Cadangan Pindaan Rang Undang-undang Perikanan 1985 (Akta 317) kepada YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah

12 Disember 2024

Seperti sedia maklum, Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) melalui Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) sedang di dalam proses untuk pindaan Rang Undang-Undang Perikanan 1985 (Akta 317) bagi memperkasakan perundangan untuk digunapakai di seluruh Malaysia. Beberapa sesi libat urus bersama Kerajaan Negeri telah dilaksanakan bagi mendapatkan pandangan dan cadangan berhubung pindaan Rang Undang-Undang (RUU) tersebut.

Sehubungan dengan itu,sesi taklimat secara khusus mengenai pindaan RUU bagi Akta 317 oleh Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan kepada YB Datuk Seri Panglima Dr. Jeffrey G. Kitingan, Timbalan Ketua Menteri 1 dan Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI) serta Kementerian/Jabatan/Agensi terlibat telah diadakan pada 12 Disember 2024 (Khamis), di Bilik Mesyuarat Aras 8, Menara Lembaga Pertubuhan Peladang, Kuala Lumpur.

Sesi taklimat ini juga telah dihadiri oleh YBhg. Dato’ Haji Adnan Bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia, YBhg. Datuk Leonard Stephen Poyong Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), Encik Rizal bin Johari, Setiausaha Sulit Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah (MAFFI), Encik C.K. Low, Pegawai Tugas-Tugas Khas (PTTK), YBhg. Datuk Azhar bin Hj Kassim, Pengarah Perikanan Sabah, Tuan Hj. Yusof Hj. Ag Besar,
Pengurus Besar Ko-Nelayan, Tuan Syed Mohd Hamizan bin Roslan Pengurus Besar Sabah Fish Marketing Sdn Bhd. (SAFMA), Pn. Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, serta pegawai-pegawai kementerian dan jabatan.