Pilih satu Halaman

Sesi Perjumpaan Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri Bersama YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia

Utama » Aktiviti » Sesi Perjumpaan Setiausaha Politik Kepada YAB Perdana Menteri Bersama YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Perikanan Malaysia

21 Februari 2025

Satu perjumpaan antara Tuan Chan Ming Kai, Setiausaha Politik kepada YAB Perdana Menteri bersama YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah diadakan pada 21 Februari 2025 bertempat di Pejabat Ketua Pengarah Perikanan Malaysia.

Sesi perjumpaan ini bertujuan membincangkan tentang sektor perikanan negara terutamanya melibatkan urusan pelesenan vesel-vesel penangkapan ikan serta meningkatkan pengeluaran perikanan tangkapan negara agar berupaya menjamin sekuriti makanan dalam negara.

Hadir sama YBrs. Puan Yeo Moi Eim Timbalan Ketua Pengarah Perikanan (Pengurusan) , YBrs. Tuan Haji Bakri bin Miswan, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, Encik Norazri bin Ismail, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan, Yang Arif Puan Suhana binti Mohd, Penasihat Undang-Undang dan pegawai-pegawai Jabatan Perikanan Malaysia.