Pilih satu Halaman

Sesi Penggambaran Wawancara Ketua Pengarah Untuk Terbitan RTM

Utama » Aktiviti » Sesi Penggambaran Wawancara Ketua Pengarah Untuk Terbitan RTM

11 Januari 2024

YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan berkesempatan diwawancara oleh Payang Group untuk terbitan RTM bertajuk ‘Peduli Tukun’ di Ibu Pejabat Perikanan, Wisma Tani, Putrajaya tentang penggunaan tukun di perairan negara.

Beliau turut menerangkan sebanyak 57 tukun tiruan dilabuhkan dalam Projek Pembangunan Tukun Tiruan pada tahun 2023 iaitu 12 tukun tiruan di negeri Kedah dan Johor manakala 11 tukun tiruan di negeri Selangor, Terengganu dan Kelantan dengan peruntukan sebanyak RM1.8 juta. Pada tahun 2024, sejumlah RM2.4 juta diperuntukan untuk projek pembangunan tukun tiruan yang akan dilabuhkan di 12 lokasi meliputi 6 buah negeri iaitu Kedah, Perak, Melaka, Pahang, Terengganu dan WP Labuan.

Beliau juga menerangkan tentang propagasi karang yang mudah, murah, praktikal dan mesra persekitaran, yang dinamakan sebagai My Coral Tripod yang sedang dijalankan di pusat ikan hiasan Port Dickson dan Pusat Penyelidikan Taman Laut Negara (PPTLN).

Akhir sekali, Dato’ Adnan bin Hussain menerangkan perancangan Jabatan Perikanan Malaysia terhadap tukun tiruan dalam tempoh 50 tahun akan datang didalam wawancara ‘Peduli Tukun’ ini.

#jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia