Pilih satu Halaman

Sesi Pembentangan Kertas Di Majlis Perundingan Industri (MPI) Perikanan Tangkapan Komersial Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 Jabatan Perikanan Malaysia bertempat di Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

Utama » Aktiviti » Sesi Pembentangan Kertas Di Majlis Perundingan Industri (MPI) Perikanan Tangkapan Komersial Peringkat Kebangsaan Tahun 2023 Jabatan Perikanan Malaysia bertempat di Seksyen 19, Shah Alam, Selangor.

23 Ogos 2023

Sebanyak 3 kertas telah dibentangkan pada sesi pagi iaitu Dasar Dan SOP Pelesenan Vesel oleh Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, Pemodenan Vesel Penangkapan Ikan oleh Bahagian Kejuruteraan dan Pengurusan Sumber Perikanan Melalui Pelan Pengurusan Perikanan (FMP) oleh Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan Pada sebelah petang pula disambung dengan pembentangan 3 kertas iaitu Taklimat Penggunaan Teknologi Fishing Site Identification (FSI) Dalam Operasi Penangkapan Ikan oleh Institut Penyelidikan Perikanan Bintawa, Peluang Latihan & Sumber Manusia oleh Kolej Perikanan Sultan Nazrin Shah (KPSN), dan Kajian Stok Sumber Tuna Di Laut Hindi oleh Institut Penyelidikan Perikanan, Kampung Acheh (FRIKA).Turut diadakan sesi soal jawab diantara pengusaha dan pihak jabatan. Semoga Majlis Perundingan Industri (MPI) dapat meningkatkan pembangunan industri perikanan negara.

Terkini

Banner Portal Rasmi Jabatan Perikanan Malaysia