YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah hadir ke Ironwood Shipyard Sdn. Bhd. di Bintawa, Kuching, Sarawak bagi melihat sendiri kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan bot/kapal P40, P42, P43 dan P302 milik Jabatan Perikanan Malaysia dan seterusnya menandatangani perjanjian perkhidmatan tersebut bersama Syarikat Universal Engineering Works.
Tujuan Penyelenggaraan Dan Pembaikan untuk meningkatkan keupayaan unsur melalui peningkatan kapasiti enjin utama daripada 810 kuasa kuda kepada 1000 kuasa kuda dan memastikan kesiapsiagaan unsur untuk menjaga perairan Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Turut hadir ke sesi ini ialah Encik Norazri bin Ismail, Timbalan Pengarah Kanan Bahagian Kejuruteraan, Puan Liza binti Haji Long, Timbalan Pengarah Jabatan Perikanan Laut Sarawak dan pegawai-pegawai dari Ibu Pejabat serta Jabatan Perikanan Laut Sarawak dan wakil dari syarikat.