Pilih satu Halaman

Sesi Menandatangani Perjanjian Bagi Perkhidmatan Menaiktaraf Vesel KL Cermin Bagi Jabatan Perikanan Malaysia

Utama » Aktiviti » Sesi Menandatangani Perjanjian Bagi Perkhidmatan Menaiktaraf Vesel KL Cermin Bagi Jabatan Perikanan Malaysia

11 Januari 2024

Telah berlangsungnya sesi menandatangani perjanjian di antara Jabatan Perikanan Malaysia dengan Excel Corporation di Jabatan Perikanan Malaysia, Putrajaya hari ini.

Perkhidmatan Menaiktaraf Vesel KL Cermin Bagi Jabatan Perikanan Malaysia telah dianugerahkan kepada syarikat Excel Corporation dengan kos sebanyak RM10,138,831.01 untuk tempoh selama dua (2) tahun bermula 25 September 20232 sehingga 24 September 2025.

Vesel KL Cermin adalah sebuah vesel penangkapan ikan pukat jerut yang telah siap dibina pada 13 Mac 1992 oleh Niigata Shipyard, Jepun dan telah diserahkan kepada Kerajaan Malaysia melalui Japan International Cooperation Agency (JICA).

Vesel KL Cermin ini akan digunakan oleh Akademi Perikanan Malaysia (APM) dan pusat-pusat latihan di bawah Jabatan Perikanan Malaysia untuk melatih pelajar supaya mahir dalam bidang perikanan tangkapan dan kemahiran lain yang berkaitan seterusnya mengurangkan kebergantungan kepada tenaga luar.

Perjanjian ditandatangani oleh YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan diikuti oleh Tuan Haji Abdul halim bin Marzuki, Pengarah Kanan, Bahagian Kejuruteraan serta wakil daripada Excel Corporation. Turut hadir Puan Shamila binti Zainol, Pengarah Bahagian Pembangunan Modal Insan.

#jabatanperikanan #mydof #penerajuperikanan #tamanlautkhazanahnegara #KPKMMalaysia