Pilih satu Halaman

Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Perikanan Dan Underwater World Langkawi Sdn Bhd di premis Underwater World Langkawi.

Utama » Aktiviti » Sesi Menandatangani Memorandum Persefahaman Antara Jabatan Perikanan Dan Underwater World Langkawi Sdn Bhd di premis Underwater World Langkawi.

29 Januari 2024

28 JANUARI 2024 I LANGKAWI, KEDAH

SESI MENANDATANGANI MEMORANDUM PERSEFAHAMAN ANTARA JABATAN PERIKANAN DAN UNDERWATER WORLD LANGKAWI SDN BHD

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) dan Underwater World Langkawi Sdn. Bhd. (UWL) telah disempurnakan pada hari ini di Underwater World Langkawi, Kedah bagi perjalinan persefahaman untuk aktiviti penyelidikan, pemuliharaan dan pembiakan melibatkan spesies kuda laut dan ikan inggu.

MOU ini turut melibatkan pembangunan program pertukaran dua hala merangkumi pelbagai aspek dari segi penyelidikan, kemudahan fasiliti, dan penerbitan bersama.

Melalui MOU ini, pihak Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) Batu Maung, Pulau Pinang di bawah DOF akan merancang dan menjalankan pemindahan teknologi pembiakan bagi kuda laut dan ikan inggu ke fasiliti UWL bagi tempoh dua tahun manakala pihak UWL akan menyediakan kemudahan fasiliti yang melibatkan pembangunan tangki dan seliaan hidupan marin tersebut sepanjang tempoh MOU.

Majlis menandatangani Memorandum Persefahaman ini telah disempurnakan oleh YBhg Dato Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan dan YBrs. En. Wan Husaini bin Wan Ab Rahman, Pengurus Besar UWL, disaksikan oleh YBrs. Dr. Azhar bin Hamzah Pengarah Kanan, Institut Penyelidikan Perikanan (IPP) dan Pn. Nor Azaniza Azahash Pengawai Kewangan Kumpulan (GFC) Eden Group.

Turut hadir, En. Nazri bin Ishak,Pengarah Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik, En. Pang anak Nyukang, Pengarah Perikanan Negeri Kedah dan Pegawai – pegawai Perikanan Negeri Kedah.

#jabatanperikanan#mydof#penerajuperikanan#tamanlautkhazanahnegara#KPKMMalaysia