Pilih satu Halaman

Sesi Libat Urus Bersama Komuniti Nelayan Zon Pantai Barat

Utama » Aktiviti » Sesi Libat Urus Bersama Komuniti Nelayan Zon Pantai Barat

5 Mac 2025

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Perikanan Malaysia telah hadir ke Sesi Libat Urus bersama Komuniti Nelayan Zon Pantai Barat di Dewan Dato’ Lope Hashim, Bagan Datuk, Perak yang dianjurkan oleh Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM). Sesi libat urus ini bertujuan untuk berkongsi pandangan dan berbincang mengenai isu-isu berbangkit bagi memastikan pembangunan sektor ini seiring dengan pemodenan sektor perikanan.

Sesi libat urus yang melibatkan komuniti nelayan dari Negeri Sembilan, Selangor dan Perak telah disempurnakan oleh YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) dan disaksikan oleh YAB Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia 1 merangkap Ahli Parlimen Bagan Datuk.

YBhg. Dato’ Haji Adnan bin Hussain juga dilantik sebagai panel sesi libat urus ini bersama YBhg. Datuk Seri Isham bin Ishak, Ketua Setiausaha KPKM dab YBrs. Encik Hamdan bin Mamat Ketua Pengarah LKIM.

Turut hadir dalam sesi libat urus ini YBrs. Encik Ruzaidi bin Mamat, Pengarah Kanan Bahagian Sumber Perikanan Tangkapan, Tuan Haji Mohd Ghazali bin A. Manap Pengarah Perikanan Negeri Perak, Puan Noraisyah Binti Abu Bakar Pengarah Perikanan Negeri Selangor, Encik Kasim Bin Tawe Pengarah Perikanan Negeri Sembilan serta pegawai dan kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia.