Pilih satu Halaman

Sesi Aktiviti Kecergasan Dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Laman Agrofood Perikanan Sempena Maha 2024

Utama » Aktiviti » Sesi Aktiviti Kecergasan Dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Laman Agrofood Perikanan Sempena Maha 2024

6 September 2024

Jabatan Perikanan Malaysia (DOF) telah mengadakan Sesi Aktiviti Kecergasan dan Mesyuarat Jawatankuasa Kerja Laman Agrofood Perikanan sempena Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2024 yang akan berlangsung pada 11 higga 22 September 2024 di Maeps, Serdang.

Sesi aktiviti kecergasan yang juga merupakan aktiviti gotong-royong kakitangan Jabatan Perikanan Malaysia dalam membuat persiapan seperti membersihkan kawasan Laman Agrofood Perikanan agar sentiasa bersih dan terkawal.

Mesyuarat jawatankuasa yang dipengerusikan oleh YBhg Dato’ Haji Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia bagi membincangkan status semasa persediaan Laman Agrofood Perikanan dan perbincangan mengenai isu-isu semasa atau berbangkit agar segala persiapan dalam keadaan teratur.

Hadir sama, Puan Yeo Moi Eim, Pengarah Kanan Bahagian Biosekuriti Perikanan, YBhg Dato’ Azahari bin Haji Othman, Pengarah Kanan Bahagian Akuakultur serta pegawai-pegawai perikanan ibu pejabat.