Pilih satu Halaman

Sambutan Rasmi dan Kunjungan YB Datuk Arthur Joseph Kurup ke KPKM

Utama » Aktiviti » Sambutan Rasmi dan Kunjungan YB Datuk Arthur Joseph Kurup ke KPKM

13 Disember 2023

Selamat Datang dan Selamat Menjalankan Tugas kepada YB Datuk Arthur Joseph Kurup, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan.

Kehadiran YB Timbalan Menteri disambut oleh YBhg. Datuk Lokman Hakim bin Ali, Ketua Setiausaha KPKM, Timbalan Ketua Setiausaha, YBhg. Dato’ Adnan bin Hussain, Ketua Pengarah Jabatan Perikanan Malaysia, Ketua-ketua Jabatan dan Agensi, serta barisan pegawai kanan Kementerian.

YB Timbalan Menteri juga telah membuat kunjungan hormat kepada YB Datuk Seri Haji Mohamad bin Sabu, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, di mana beliau telah diberikan taklimat mengenai fungsi, dasar, dan peranan Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM).

Warga Jabatan Perikanan Malaysia mengucapkan tahniah dan selamat datang kepada YB Datuk Arthur Joseph Kurup di KPKM. Semoga terus cemerlang dalam memimpin KPKM ke arah masa depan yang lebih baik.